<$BlogRSDUrl$>

Sunday, October 31, 2004

Tambahan

Nak print PDF ke printer:
- dari jguru
- dari javaworld

Printing docs dari sun.



Kehilangan Buku - Minta bantuan!!

Saya baru perasan buku Analysis Patterns tak de dgn saya. Saya agak ada salah seorang rakan saya ada pinjam buku tersebut, tapi tak ingat siapa. Boleh tak sesiapa yg tahu kat mana buku saya tu, utk tolong hubungi saya melalui email ke, atau balas kat sini ke, atau ym saya ke. Thanks!

Nak berhasrat nak bawa beberapa buku rujukan saya ke bengkel tu nanti.


Bengkel Pengenalan Kpd Object Modeling - User Requirements Sistem

OK. Spt yg dijanjikan, user requirements sistem yg pertama iaitu sistem rekod pelajar. Sila go thru, fahamkan dan bagi apa2 komen tentangnya. Saya juga meminta sesiapa yg berminat, utk tolong lengkapkan use case yg lopong2. Sengaja. Latihan utk sape2 yg berminat.

Use case ini semua adalah rekaan semata2. Walau bagaimanapun, ia cuba tiru spt requirements yg sebenar. OK, dipersilakan:



User Requirements Sistem Rekod Pelajar

Senarai Use Case:

Kategori Use Case Setting Up:
1.Daftar Pelajar
2.Daftar Guru
3.Daftar IbuBapa
4.Masukkan Pelajar kpd Kelas masing2
5.Letakkan Guru Kelas kpd Kelas masing2
6.Letakkan Guru MataPelajaran kpd MataPelajaran masing2
7.Masukkan Tarikh Peperiksaan Tahunan

Kategori Use Case Doing The Business:
8.Masukkan Kedatangan Harian Pelajar
9.Masukkan Keputusan Peperiksaan Pelajar
10.Sahkan dan Pra-Publish Keputusan Peperiksaan Pelajar
11.Sahkan dan Publish Keputusan Peperiksaan Pelajar
12.Lihat Keputusan Peperiksaan Pelajar dan Perakuinya


Detail Use Case:

Use Case 1: Daftar Pelajar
Actor: Admin Sekolah / Guru Besar / Guru Kelas
1.Pilih utk daftar Pelajar.
2.Sistem paparkan skrin utk daftar Pelajar.
3.Masukkan butir2 pelajar.
4.Sekiranya keputusan telah dibuat tentang Kelas yg akan diduduki Pelajar tersebut, pergi ke Use Case 4.4b.


Use Case 4: Masukkan Pelajar kpd Kelas masing2
Actor: Admin Sekolah / Guru Besar / Guru Kelas
1.Pilih utk masukkan Pelajar kpd Kelas.
2.Sistem paparkan tahap2 beserta kelas2 yg ada utk setiap Tahap. Sistem juga paparkan carian utk Pelajar tertentu.
3.Pilih tahap dan kelas.
4.Sistem paparkan senarai pelajar utk tahap tersebut, disusun mengikut keputusan peperiksaan atau secara susunan abjad jika belum ada keputusan peperiksaan. Mana2 pelajar yg telah dimasukkan ke Kelas utk Tahap tahun depan akan berada dlm senarai lain.
5.Pilih Pelajar2 yg hendak dimasukkan dan simpan.
6.Kembali ke no 3.

3b. Pilih carian Pelajar tertentu
4b. Sistem paparkan Pelajar yg dicari beserta Kelas2 pada Tahap Pelajar tersebut.
5b. Pilih Kelas utk Pelajar tersebut dan simpan.


Use Case 7: Masukkan Tarikh Peperiksaan Tahunan
Actor: Guru Besar
1.Guru pilih utk memasukkan Tarikh Peperiksaan Tahun itu.
2.Guru boleh hasilkan 1 atau lebih Peperiksaan yg hendak diadakan sepanjang tahun. Setiap Peperiksaan hendaklah dimasukkan sekali tarikhnya. Tarikhnya hanya boleh dipinda jika belum sampai tarikh bermulanya Peperiksaan tersebut.


Use Case 8: Masukkan Kedatangan Harian Pelajar
Actor: Guru Kelas
1.Guru pilih utk memasukkan Kedatangan Harian Pelajar
2.Sistem paparkan senarai pelajar guru tersebut.
3.Guru tandakan semua pelajar yg hadir utk hari itu.
4.Guru boleh pilih hari kedatangan yg sebelumnya
5.Sistem paparkan kedatangan pada hari yg dipilih dlm mode read-only, kecuali bhgn asalan tidak hadir utk Pelajar yg tidak hadir.


Use Case 9: Masukkan Keputusan Peperiksaan Pelajar
Actor: Guru MataPelajaran
1.Guru pilih utk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar.
2.Sistem paparkan senarai semua MataPelajaran yg diajar oleh Guru berkenaan beserta Status setiap satu, sama ada 'belum' dimasukkan, 'sedang' dimasukkan, 'sudah siap' dimasukkan atau 'sudah disahkan' oleh Guru Kelas.
3.Guru pilih MataPelajaran mana yg hendak dimasukkan, kecuali MataPelajaran berstatus 'sudah disahkan', yg hanya read-only.
4.Sistem paparkan semua pelajar utk MataPelajaran tersebut.
5.Guru masukkan/ubah/simpan markah Pelajar.
6.MataPelajaran yg dah siap sepenuhnya, bolehlah disahkan sebagai Siap.
7.Guru boleh kembali ke no 2 utk meneruskan memasukkan markah MataPelajaran yg lain atau logout.


Use Case 10: Sahkan dan Pra-Publish Keputusan Peperiksaan Pelajar
Actor: Guru Kelas
1.Guru pilih utk melihat keputusan semua MataPelajaran utk Kelasnya.
2.Sistem paparkan senarai semua MataPelajaran beserta Status setiap satu, sama ada 'belum' dimasukkan, 'sedang' dimasukkan, atau 'sudah siap' dimasukkan oleh Guru MataPelajaran, atau 'sudah disahkan' oleh dirinya.
3.Guru boleh pilih utk melihat detail mana2 MataPelajaran yg 'sudah siap'.
4.Sistem akan paparkan markah semua pelajar utk MataPelajaran tersebut dlm mode read-only.
5.Sekiranya ada kemusykilan, Guru boleh email kpd Guru MataPelajaran tersebut.
6.Apabila Guru dah berpuas hati dgn keputusan satu2 MataPelajaran, Guru boleh sahkan keputusan tersebut.
7.Apabila semua MataPelajaran utk Kelasnya 'sudah disahkan', Guru boleh 'Pra-Publish' Keputusan Peperiksaan Pelajarnya.


Use Case 11: Sahkan dan Publish Keputusan Peperiksaan Pelajar
Actor: Guru Besar
1.Guru pilih utk melihat keputusan semua Kelas.
2.Sistem paparkan senarai semua Kelas beserta Status setiap satu, sama ada 'sedang' dimasukkan atau 'Pra-Publish'.
3.Guru boleh lihat detail semua keputusan Kelas berstatus 'Pra-Publish'.
4.Guru boleh sahkan keputusan Kelas yg ia berpuas hati.
5.Apabila semua Kelas telah disahkan, Guru boleh 'Publish' keputusan keseluruhan Kelas kpd IbuBapa dan Umum.


Use Case 12: Lihat Keputusan Peperiksaan Pelajar dan Perakuinya
Actor: IbuBapa
1.IbuBapa pilih utk melihat Keputusan Peperiksaan Anak(2) mereka.
2.Sistem paparkan senarai anak2 mereka yg berada di dlm sekolah tersebut. Jika ada seorang anak shj di sekolah tersebut, Sistem terus ke no 4.
3.IbuBapa pilih salah seorang dpd anak2 mereka.
4.Sistem paparkan Keputusan Peperiksaan anak mereka.
5.Apabila IbuBapa berpuas hati, mereka bolehlah memperakuinya.



Macam2

Presentation mamat bernama Bruce Tate tentang sw dev menggunakan Java yg lebih ringan, tanpa menggunakan EJB yg berat. Presentation itu disertai dgn audio dia bercakap. So, pastikan speaker volume dikuatkan sikit. Menarik gak. Lagi satu pendapat yg menembak sw dev menggunakan EJB.

Kaprekar Series Generator. Apa kebendanya ini? Errr, NTAH!!!

Bamboo adalah satu sw Java forum yg open source. Satu lagi open source forum dlm Java.

Perbincangan tentang OOPSLA 2004 kat theserverside. Perdebatan tentang J2EE dan .Net kat OOPSLA 2004 yg dibincangkan kat theserverside. Menarik gak, perbincangan Guru2 OO ni.




(0) comments

Friday, October 29, 2004

Macam2

Simple adalah satu embeddable "... Java based HTTP engine".

Bangsamusnah. Menarik gak link yg friza bagi ni. Jangan lupa utk pi ke web site sebenar dia kat sini.

Movie Fahrenheit 9/11 boleh didapati kat sini! Kononnya Michael Moore tak kisah. Demi utk jatuhkan bush.




(0) comments

Wednesday, October 27, 2004

Macam2

Sun dah release JavaMail ver 1.3.2. Boleh didownload kat sini. Artikel yg panjang lebar dan extensive, walaupun sedikit lama, kat sun. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Artikel tentang bagaimana nak skin web apps menggunakan xkins kat javaworld. Satu lagi artikel yg lebih kurang, tentangnya oleh pengarang yg sama kat sini.

Sejumlah JSP Tags dpd syarikat bernama Jenkov Development, yg diberi nama Prize Tags, nampak macam menarik, antaranya Tree Tags dan Calendar Tags. Check it out!

Java Open Single Sign-On project, berasaskan JAAS.

ClassLoader Confusion Part II.



(0) comments

Macam2

Bermula dgn J2ME. Plugin J2ME utk eclipse kat eclipseme.

Satu tutorial Lazslo. Perbincangan tentangnya di theserverside.

OFBiz dah semakin dasat sekarang. Kena check it out gak nampaknya.

Auto-pdf-printer.

Ilmu gak.



(0) comments

Monday, October 25, 2004

AOP

Hmmm... Nampaknya, penggunaan AOP saya spt yg saya post kat javalobby tu (link semalam), tak sesat. Yay! Tak sesat. Yay! Tak sesat. :D

OK, sekarang kena cari cara yg depa tak fikir lagi. ;)

Artikel lama tentang refactoring menggunakan AOP, part 1.

Sambungan artikel lama tentang refactoring menggunakan AOP, part 2. Lama2 pun, bulan disember tahun 2003.


Macam2

Hermes ver 1.7 dah release - Java GUI for JMS. Perbincangan tentangnya di theserverside.



(0) comments

Sunday, October 24, 2004

AOP

Aspect-Oriented Dependency Inversion.

AOP dgn Spring, part 1.

AOP dgn Spring, part 2.

abc: The AspectBench Compiler for AspectJ.

Perbincangan tentang AOP kat javalobby.



Macam2

Tips2 debugging kat theserverside.

SwtFox ver 3.0 beta dah released. Ia adalah lib SWT di atas Linux.

jScience - JavaTM Tools and Libraries for the Advancement of Sciences

Javolution - JavaTM Solution for Real-Time and Embedded Systems

Research Paper tentang perbandingan melakukan persistance, antaranya menggunakan EJB dan JDO. Sesuai utk mereka yg nak cuba meyakinkan bos2 tentang kelemahan standard2 tertentu. Kata2 spt (lebih kurang) "Entity Beans mesti bagus. Kalau tidak, takkan ianya mampu bertahan sampai sekarang. Kenapa nak cuba teknologi lain?" boleh dibukakan mata tukang cakapnya tentang betapa silapnya kata2 tersebut.

Adages: Wisdom of the Ages - tips2 programming.

Dependency Injection With Getters.



(0) comments

Thursday, October 21, 2004

Kursus/Bengkel Pengenalan kpd Object Modeling

Patterns ada satu term yg umum dlm sw dev. Ianya tidak terhad kpd hanya design patterns. ... patterns juga ada utk fasa analisa. object modeling adalah aktiviti diperingkat analisa dan memasuki juga design (definasi peter coad, lain guru, spt grady booch, lain sikit skopnya. tak kisahlah. yg penting, kita dpt rasai manfaatnya)

Patterns yg saya nyatakan spt person-role dan item-lineitem ada patterns dlm kumpulan analisa. Ada banyak gak patterns2 ini. Tambahan spt Thing-Thing Description, Place-Place Description dan Moment-Interval. Maaf kalau nama pattern ni tak tepat. Saya tak hafal, hanya ingat isinya shj. Boleh rujuk buku Modeling in Color, oleh peter coad.

Saya ada gak guna pattern martin fowler dpd buku Analysis Patterns dia, tapi penerangan dlm buku tu agak kompleks dan ini diakui oleh martin sendiri. Yg pernah saya guna ialah spt Org structure. rizan mungkin masih ingat lagi pattern ini.

Dlm bengkel ini, saya tak tekankan semua pattern2 yg ada krn:
1. ianya amat kompleks dan dgn itu, tak sesuai utk bengkel pengenalan
2. saya sendiri pun masih L dlm sejumlah besar pattern2 ini dan kantul terus dlm sejumlah yg lain terutamanya yg lebih advance dlm buku analysis patterns tu. hapah tak faham section2 yg akhir2 dlm setiap bab.

dgn ini, saya hanya akan tekankan patterns2 yg saya sendiri pernah cuba dan dpt merasai faedahnya. diperakui, pengalaman yg ada ni pun masih terlalu sikit krn saya tak berpeluang utk menggunakan patterns2 yg sama ini dlm konteks yg berbeza2, jadi, pandangan saya terhadap pattern2 ini masih agak sempit iaitu sekitar 1 atau lebih sistem shj yg pernah dicuba dgn pattern2 ini.

ringkasnya, saya belum expert dlm patern2 yg pernah saya cuba. masih mencari2 skop kesesuaiannya dan ketidaksesuaiannya. belum sampai sepenuh batasannya lagi.

walau bagaimanapun, saya yakin, dgn ilmu dan pengalaman yg sedikit ini, dpt gak dipertontonkan apa itu object modeling dgn menunjukkan sebahagian dpd apa2 yg saya tahu. kita fokus kat pattern2 yg berkenaan dgn problem domain shj.



usahlah ada yg 'takut' dgn sedikit penerangan yg diberikan. saya berhajat utk terangkan tentang object modeling hanya sekitar 1 jam pertama aje. lepas tu kita hands on dgn melakukan object modeling terhadap 2 sistem yg telah saya nyatakan. kalau bengkel ini nak jadi kompleks, ianya mestilah mengandungi sistem yg kompleks jua spt nak modelkan sistem warehouse management (wms) yg mempunyai beribu2 SKU, row, rack, asle, dan siap dgn floor lagi. tambah lagi dgn cross docking dan macam2 lagi proses warehouse.

point saya, bengkel pengenalan kita tak la komplek sangat krn sistem yg nak dimodelkan tu agak simple. kalau saya nak modelkan wms dgn extensive dan detailnya, atau sistem yg sewaktu dgnnya, bermakna, bengkel tu adalah amat advance dan memerlukan lebih 2 hari :)

oh ya, kita fokus hanya kpd melakukan object modeling, tanpa melakukan apa2 coding.



secara rasminya, kelas dpd 9 pagi sampai 4 petang. insyaAllah, saya akan cuba sampai sana sebelum pukul 8. jadi, sape2 nak bincang dulu, boleh la. balik plak, saya boleh stay back sampai pukul 5, max. lepas tu kena cau krn perjalanan merentas KL ke puchong tu, agak jauh gak. lebih 1 jam jangkaannya, kalau tak jam.

tentang handout plak, saya tak rancang utk sertakan apa2 handout. itu yg kena tulis banyak sikit masa 1 jam pertama, jangkaan saya la.

...

Pelajar && ITTUTORIAN = Pelajar
Professional && ITTUTORIAN= ITTUTORIAN
(lower rates applied)


tentang || atau && plak:
saya modelkan situasi kita, menggunakan pattern person - role.
1 orang boleh memainkan lebih dpd 1 peranan. dlm kontek kita sekarang ini, ada 3 peranan iaitu pelajar, ittutorian dan pro yg boleh dipegang oleh 1 orang.

katakan si A adalah pelajar UIA dan nak join kursus ini, maka, dia ada 1 object orang dan 1 object pelajar U.

si B plak adalah pelajar UIA dan juga ahli ittutorian. dia ada 1 object orang, 1 object pelajar U dan 1 object ittutorian.

si C ialah ittutorian shj. dia ada 1 object orang dan 1 object ittutorian.

saya pulak ialah ahli ittutorian dan juga pro. saya ada 1 object orang, 1 object ittutorian dan 1 object pro.

si D plak ialah seorang pro. D ada 1 object orang dan 1 object pro.


dlm situasi di atas:
A dpt rate pelajar krn dia hanya ada peranan pelajar shj
B dpt rate pelajar krn dia ada peranan pelajar. jadi, peranan ittutor dia, jadi don't care
C dpt rate ittutorian krn dia ada peranan ittutorian shj
saya dpt rate ittutorian krn saya ada peranan ittutorian. peranan pro saya jadi don't care.
D dpt rate pro krn dia hanya ada peranan pro.

nak pakai || ke && ke atau benda lain, mari la difikirkan. nah, satu cth object modeling yg sangat ringkas.




Macam2

Selain CVS, ada subversion pun boleh run dlm ms win. Buku percuma tentang subversion kat sini.

Artikel tentang ACID. Bagus, tapi jgn ambil sekali sekal.

Artikel Hasilkan dan baca J2SE 5.0 Annotations menggunakan ASM. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Artikel tentang Java Class loader kat javalobby.



(0) comments

Wednesday, October 20, 2004

Kursus/Bengkel Object Modeling

Setelah berbincangan dgn mnajem tentang ini, akhirnya kami setuju utk cuba mengadakannya di UIA gombak, pada 7/11/2004, minggu terakhir sebelum raya. Ini adalah percubaan utk melihat sambutan. Kalau kurang dpd 15 orang, saya akan batalkan shj, mungkin cuba lagi lain kali. Hmmm... ke nak cuba buat hari sabtu, 6/11/2004? Tengok la dulu feedback. Setakat ni, saya baru post kat ittutor aje.

Maklumat kursus:
Tajuk: Pengenalan kpd object modeling
Tarikh: 7/11/2004, hari Ahad, 1 hari shj
Masa: 9 pagi sampai 4 petang
Tempat: UIA gombak. Detailnya akan diberikan oleh najmi. Harap satu peta dpt dihasilkan.

Anggaran bayaran utk seorang:
Pelajar U: rm 10 - rm 13
ITTutorian: rm 15 - rm 17
Lain2/Professional: rm 23 - rm 25

Sijil: tiada sijil kehadiran dikeluarkan. jadi, kena niat sungguh2 utk belajar dpd kursus ini.

Saya meminta tempat/bilik yg boleh memuatkan antara 30 ke 40 orang. Sekiranya jumlah mereka yg nak hadir kurang dpd 15 orang, kursus ini akan dibatalkan.

Utk register, sila email butir2 berikut kpd najmi di md_najmi@yahoo.com:
1. nama
2. no handphone / no office / no rumah
3. pekerjaan (sertakan nama company) dan student(sertakan nama tmpt pengajian)
4. email

Butir lanjut tentang topik perbincangan:
1. Apa dia object modeling?
2. Di mana dan bila object modeling digunakan dlm sw dev dan oleh siapa?
3. Bagaimana nak melakukan / menggunakan object modeling dlm sw dev?
4. Apa faedahnya? Kenapa nak menggunakannya?
Utk jawap soalan 4 ini, kita akan lakukan amali object modeling. 2 sistem akan dimodelkan:
a. Sistem Rekod Pelajar
b. Sistem Portal utk pelbagai maklumat spt Berita, Artikel, dan Event.

Kedua2 sistem di atas akan membongkarkan beberapa rahsia object modeling spt pattern person-role, item-lineitem dan macam2 lagi.

Seperkara lagi. Kursus ini adalah, more or less, technology independent. Java ke, .Net ke, sepatutnya masih sangat releven.



Macam2

Jarhoo adalah satu service yg menarik di mana, ia cuba bantu developer java yg mengalami exception stack trace dan tak tahu class yg menyebabkan exception tersebut berlaku berada dlm jar yg mana atau kepunyaan siapa. Lebih kurang la. Perbincangan tentangnya di theserverside.

MyJavaPack adalah satu lagi java apps installer. Khabarnya, ia secara auto, akan cari semua jar2 yg menjadi dependency kpd application tersebut dan downloadkannya ke dlm pc yg diinstall. Perbincangan tentangnya di theserverside. Terdapat usaha utk jadikan ant supaya berfungsi macam apache maven yg juga mempunyai fungsi yg sama spt MyJavaPack ini di blog ini.

Sw tool utk testing bernama AppPerfect DevSuite version 4. Standard edition mereka adalah free.

JNIWrapper ver 2.6 dah release. Ia memudahkan melakukan JNI tanpa JNI dan juga boleh berhubung dgn ms com objects.

JDBInsight ver 3.0 EA5 dah release - J2EE/JDBC/SQL Analyser.

DataSift ver 1.0b1 dah release - Data validation & transformation

WarDriving - apa kebendanya?



(0) comments

KWSP dan Bank

Rupa2nya, agak banyak gak perubahan yg telah berlaku dlm tempoh 3 ke 4 tahun kebelakangan ini, di mana, duit yg dikeluarkan dpd KWSP utk mengurangkan pinjaman perumahan, tak boleh digunakan sebagai pengganti bayaran bulanan pinjaman. Duit itu mesti menolak duit pokok yg dipinjam oleh kita dpd bank.

Maksudnya, katakan saya pinjam rm 50,000, cara Islam. Utk tempoh tertentu, jumlah yg saya kena bayar balik adalah rm 100,000. Dulu, apa yg saya faham dpd penerangan pegawai bank ialah, saya boleh keluarkan duit KWSP ini dan sama ada terus bayar bulanan, menyebabkan tempoh pinjaman dipendekkan, atau kekalkan tempoh pinjaman dimana, saya tak perlu bayar bulanan sehingga la duit KWSP yg dimasukkan tu habis digunakan sebagai pembayaran bulanan tersebut.

Sekarang, ia tak lagi begini. Duit KWSP yg dikeluarkan MESTI ditolak kpd pinjaman rm 50,000 tersebut dan BUKAN dpd rm 100,000. Kebaikannya ialah, secara automatik, jumlah yg kita kena bayar kpd bank dah berkurangan krn mereka perlu kira semula kadar keuntungan mereka akibat berkurangannya jumlah pokok tersebut. Kita ada 2 pilihan, sama ada teruskan bayar jumlah yg sama, dan tempoh bayaran dipendekkan, atau kekalkan tempoh bayaran yg asal, dan kurangkan bayaran bulanan pinjaman. Hanya, kena tulis surat kat bank, memohon pengurangan bayaran bulanan ini. Hmmm... Kena karang surat la nampaknya saya ni.

Long term, cara ini lebih baik dan membantu kita dlm mengurangkan jumlah bayaran balik kpd bank.


Macam2

Alhamdulillah. Dah berjaya touch base dgn sistem fedex. Walaupun hanya 1 scenario shj yg dah disokong, tapi, at least, ia adalah usaha integration yg berjaya. Scenario2 lain akan menyusul, insyaAllah.

Perbincangan tentang docs utk Hibernate di theserverside. Memperkenalkan jalan ke Hibernate dan Bermula dgn Hibernate.

jBpm, salah satu open source workflow engine, telah menyertai jboss. Perbincangan tentangnya di theserverside.


(0) comments

Tuesday, October 19, 2004

Macam2

Sibuk plak tiba2. Ada demo sistem esok. Ada lagi customer nakkan sistem yg kena deliver minggu depan. Nak kena siap awal ni supaya boleh test dgn customer.

JGoodies Forms ver 1.0.5 dah release.


CVS

CVS ver ms windows ni ok ke? Stabil ke? Buku dlm format PDF utk CVS boleh diperolehi secara percuma.


(0) comments

Wednesday, October 13, 2004

Bulan Ramadhan

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan dah hampir. Semoga kita semua sempat menunaikan ibadah puasa yg difardhukan ke atas kita, sebagaimana yg telah difardhukan ke atas umat2 terdahulu.

Selamat menjalani ibadah puasa kpd semua pembaca blog saya yg muslim. Semoga Allah menerima ibadah kita ini. Amiin.


Web site tutorial

Best gak link yg vuLcruM bagi tentang object modeling. Antara yg menarik ialah:

"If we eliminate enough detail from an abstraction, it becomes generic enough to apply to a wide range of specific situations or instances. Such generic abstractions can often be quite useful."


dan

"As with all abstractions, all of our decisions of inclusion versus elimination when building a software system must be made within the context of the overall purpose and domain, or subject matter focus, of the future system. When representing a person in a software system, for example, is their eye color important? How about their genetic profile? Salary? Hobbies? The answer is, any of these features of a person may be relevant or irrelevant, depending on ... the system to be developed...", sama ada sistem pelajar sekolah ke, sistem hospital/klinik ke, sistem pelawat penjara ke, sistem bank ke, sistem kedatangan ke, dan lain2 lagi.



Di sini, saya kumpulkan web site2 yg saya tahu yg memberikan free tutorial yg agak baik kualitinya:

Beginners.co.uk - web site yg mengandungi link yg vuLcruM bagi. Bagus gak. Ada banyak tutorial utk pelbagai teknologi IT, termasuk Java. Check it out!

W3Schools - web site yg memang agak terkenal dgn tutorial utk internet base technology ini.

ZVON - web site yg tak kurang hebatnya berbanding W3Schools dari segi isinya, walaupun kurang sikit dari segi presentationnya.

Ada lagi? Share la :)




AspectJ in Action

Best! Ada banyak gak benda baru utk saya dlm bab 4. Antaranya:

1. walaupun dah biasa dgn thisJoinPoint, tapi tak pernah tahu pun tentang getStaticPart(), getKind(), getSignature() dan getSourceLocation().

2. aspect precedence menggunakan
declare precedence: TypePattern1, TypePattern2, ...

3. aspect association:
a. per virtual machine (default)
b. per object menggunakan perthis() atau pertarget()
c. per control flow menggunakan percflow() atau percflowbelow()

4. exception softening iaitu melenyapkan Exception dpd perlu di catch.

5. privilaged aspect iaitu membolehkan sesuatu aspect access private field target object nye.

Next, bab 5. Best!


Macam2

JoyAop satu lagi AOP implementation. Fuh! Makin banyak pulak AOP implementation ni. Sonang sangat ke nak buat AOP implementation ni?? Perbincangan tentangnya di theserverside.

Perbincangan tentang Using Event-Driven Architectures inside a JVM kat theserverside.

O/R Broker ver 1.1 dah release. Satu lagi OR mapper. Perbincangan tentangnya di theserverside.

jzForum ver 1.2 dah release.

iReport ver 0.4.0 dah release. iReport adalah ibarat IDE utk jasper report. Boleh tahan aaa.




(0) comments

Java GUI

Link yg menyenaraikan pelbagai Swing Libs:

Swing Depot.

Another 40 Swing Component Libraries.

Tambahan dari JavaLobby.


Peter Coad

Rupa2nya mamat Peter Coad ni dah pencen rupanya. Cis! Baru 49 tahun dan dah pencen. Oh well. Dia dah strike it rich setelah Borland beli company dia, togethersoft.

Web site tentang dia, pcoad. Terdapat banyak gak maklumat serta sample chapters utk buku2 dia. Antara yg saya dah hilang, ialah Strategies and Patterns Handbook. Best!

Adduuuhhh!! Tergoda dgn buku "Streamlined Object Modeling: Patterns, Rules, and Implementation". Kena kumpul duit utk beli ni.


Iraq

Post riverbend terkini.

Web site yg mempunyai video yg agak banyak tentang Iraq dan macam2 lagi.




(0) comments

Monday, October 11, 2004

Tambahan - Java Regular Expression

Regex Language Intro.

JRegex intro docs.

Java Regex Primer.

Regex Recipies dan tutorial dia.

Regex Info.

Java Developers Almanac 1.4 regex examples.



Tambahan - Belajar OOAD

OOAD sw dev ni amat luas. Requirements capturing menggunakan use case dan CRC, analysis and design guna object modeling, peter coad punya strategy, martin fowler punya analysis patterns, design patterns, aop, incremental & iterative sw dev life cycle, dan macam2 lagi.

chatid mengundi belajar object modeling. 1 kHz undi Design Patterns. ada sesiapa lagi yg berminat? kalau ada, tolong nyatakan nak belajar bhgn mana.

saya sebenarnya belum boleh janji akan adakan kelas, tapi, kalau ada permintaan yg cukup, insyaAllah, saya akan cuba utk luangkan 1 hari utk ini. Bagaimana arrange nye belum tentu lagi. Mungkin ada sedikit bayaran kalau saya guna sape2 punya tempat utk tujuan tersebut. Mungkin saya minta tolong mnajem utk contact company yg dia forwardkan info, juga tentang 'training' ini. Yg pastinya, saya tak pasti lagi camna nak buat.

yg saya minta, sapa2 yg berminat, undi la dulu, sama ada kat sini atau kat ittutor.


Tambahan - Java RMI

Soalan:
Class ISimpleMessageAppServerCommunicationRMI bukan ke lebih baik kalau dinamakan ISimpleMessageAppServerCommunication shj tanpa tanpa "RMI" dekat bakang. Sebab mungkin interface ni akan diimplementkan oleh class yg guna comm lain seperti socket etc. Begitu juga dgn class2 lain spt ISimpleMessageAppClientCommunicationRMI...

Jawapan:
Interface ISimpleMessageAppServerCommunicationRMI berada dlm package assignment.comm.rmi, bermakna, niat ia diwujudkan adalah khusus utk rmi. Method signature dlm interface tu pun khusus kpd rmi spt ada:

throws RemoteException

dlm setiap method. Socket, JMS, web services dll, mungkin mempunyai throws yg lain atau tak de throws langsung.

Pointnya, interface dlm package tersebut adalah khusus utk cara ia berfungsi. Interface dlm package assignment pulak adalah pada satu takat abstract yg berbeza (lebih tinggi) berbanding dgn interface dlm package assignment.comm masing2.


Macam2

Ehcache ver 1.0 dah released. Perbincangan tentangnya di theserverside. Ehcache adalah satu lagi lib utk lakukan caching. Saya sekarang guna ShiftOne Cache. Boleh tahan gak aa.

Daisy ver 1.0 dah released. Daisy ialah CMS yg open source. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Crionics jPDF Suite ver 4.0.11 - "... a state of the art PDF API composed of different modules: SIGNER, TEMPLATE, MERGER, ENCRYPTION and CREATOR. Its usage is especially optimized for server side environments where PDF documents need to be generated dynamically." Menarik gak sw komersial ni.

Advanced Installer ver 2.0 dah release. "Advanced Installer is FREE for the simplest, most common usages. If additional capabilities are needed, they are available at some of the lowest prices in the industry."

ObjectVisualizer "... is a business intelligence tool that builds upon Object Persistence technology to provide easy to use query, reporting, and charting capabilities."




(0) comments

Sunday, October 10, 2004

Macam2

Perbincangan tentang buku Pragmatic Project Automation kat theserverside.

Apache Pluto ver 1.0.1-rc-1 dah release. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Artikel pengenalan kpd Spring MVC.



(0) comments

Thursday, October 07, 2004

Macam2

Perbincangan dan artikel tentang Light Container dan Agile sw dev di theserverside.

Whirlycache, satu lagi cache lib utk Java. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Active MQ ver 1.1 dah release. Macam dasat. Ialah, developer dia memang terkenal dlm dunia open source Java iaitu James Strachan. Dah support clustered queues and topics. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Artikel Reduce code bloat with XDoclet.

Artikel language baru Nice.



(0) comments

Wednesday, October 06, 2004

Macam2

iBatis dah release ver 2.0.7 utk Java and yg pertama utk .NET. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Perbincangan tentang J# dan Java dlm .Net. Dah jadi flame war dah :D. Antara yg saya perasan, ramai gak developer2 yg kena buat developement menggunakan kedua2 Java dan .Net. Dan, masih ada gak developer .Net yg ingat Java hanya support language Java aje, tak macam .Net yg support multi language. Misinformed mamat tu.

Java Flash Remoting. Hmmm... Applet, Flash atau Laszlo? Hmmm...

Form Builder menggunakan Form JGoodies gak. Nampaknya, makin ramai product yg menggunakan JGoodies ni, ambil kesempatan terhadap kehebatan lib2 JGoodies.

Dictionary and Thesaurus API for Java. Artikel tentangnya di sini.

The World Factbook is the reliable and extremely popular source of information on all the nations of the world. Ia menggunakan Symbian UIQ style standard. Walaupun komersial, tapi nampak boleh tahan gak.



(0) comments

Tuesday, October 05, 2004

KWSP

Semalam, saya cuti separuh hari utk pergi ke KWSP utk memohon keluarkan duit dlm a/c 2, bagi pengurangan pinjaman perumahan. Punya la susah! Proses utk sesiapa yg beli rumah dan nak keluarkan duit a/c 2 dpd KWSP adalah amat senang dan dlm masa beberapa minggu boleh dpt duit dpd cheque yg dikeluarkan oleh KWSP kpd kita.

Masalahnya ialah, saya dah refinance rumah dpd Maybank kpd RHB. Disebabkan tu, KWSP memerlukan surat tebus yg menyatakan berapa jumlah yg RHB bayar utk tebus rumah saya dpd Maybank. Masalah lagi ialah, kedua2 RHB cawangan puchong dan lawyer mereka tak faham surat yg KWSP kehendaki. Lebih seminggu mereka hantar surat2 yg salah kpd saya.

Akhirnya, lawyer mereka faxkan surat yg betul hari jumaat lepas. Malangnya, bila saya bawa surat tersebut kpd KWSP pagi semalam (buat kali kedua), mereka nakkan surat itu disahkan atau CTC (Certified True Copy) Aduuhh! Berlari balik ke puchong utk cari lawyer firm utk mengesahkan salinan tadi. Lawyer tak de, dia pi mahkamah. Tengahari baru balik. Tinggalkan surat. Tengahari kembali utk ambil surat yg dah di CTC kan. Lari balik ke KWSP. Berjaya! Tapi... pelik la. Kenapa kedua2 pihak lawyer dan bank tak tahu tentang ini. Pelik tapi benar.

Seperkara lagi. Sesiapa yg beli rumah dan dpt S&P (Sales & Purchase agreement), boleh keluarkan duit KWSP a/c 2 dan boleh dptkannya HANYA dlm tempoh 3 tahun dpd tarikh S&P tersebut. Selepas tempoh tu, atau pengeluaran kali kedua, cheque yg dikeluarkan oleh KWSP adalah utk pihak bank dan bukan lagi utk kita.



Macam2

Laszlo (huh?? Tak pernah dengar pun?) dah direleasekan sebagai open source sw. Blog CTO depa tentangnya di sini. Perbincangan tentangnya di theserverside. Apa kebendanya Laszlo ini? Al kononnya, ia adalah satu utk rich client melalui web, macam flash. Perbincangan kat theserverside agak hangat tentangnya. Check it out!

Satu lagi perbincangan tentang bila nak guna dan bila tak payah guna SOAP kat theserverside.

HttpUnit ver 1.6 dah release. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Adakah Java Generics mampu utk membuatkan code lebih mudah utk maintenance? Perbincangan tentangnya di theserverside. Artikel yg dirujuk kat javaspecialists.

Middlegen ver 2.1 dah release. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Perbincangan tentang kelambatan Java berbanding dgn C dan python utk access file kat javalobby.



(0) comments

Sunday, October 03, 2004

Tambahan - blog tentang Iraq

Blog terbaru riverbend. Menarik.


Macam2

JDock adalah satu lib komersial utk Swing. Sederhana menarik :)

jdbcpersistence, satu lagi OR mapper.

Artikel tentang pengenalan kpd SDO (Service Data Objects). Perbincangan tentangnya di theserverside.


hmmm... ITTutor down nampaknya. Semoga kembali up tak lama lagi. Sementara itu, sesiapa yg nak contact saya, boleh hubungi saya kat email gmail: hamdimy@gmail.com



(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?