<$BlogRSDUrl$>

Monday, May 31, 2004

Bhgn 3 - Bekerja di syarikat SR, tahun pertama

Bulan april dan mei 1994 adalah bulan mencari kerja, seperti biasa utk budak2 yg baru grad. Yg diidam2kan oleh D masa tu ialah utk bekerja dgn celcom. Sebab utama ialah gaji fresh grade yg besar iaitu rm 2100.00 + elaun rm 210.00 menjadikan total rm 2310.00. Besar betul gaji tu masa dulu.

Mohon punya mohon, yg D dpt ialah Samsung di Senawang dan SR di ulu klang. Dari segi gaji, samsung lebih rm 100 dpd SR dan menawarkan overtime yg mampu memberikan jumlah pendapatan melebihi rm 2000.00 dgn senangnya. SR hanya bagi gaji. Itu je.

Sebagai fresh grad, sudah tentu, matlamat utama D ialah mendapatkan gaji yg paling lumayan. Kerja tu belakang kira. D nak duit, duit dan duit.

Maka, dgn matlamat tersebut, pada 1 Jun 1994, D melangkah masuk ke syarikat SR! Kenapa SR? Ntahlah. Tapi D pilih SR, syarikat yg bagi D gaji yg paling kecik sekali. Hmmm....

Sebenarnya, masa tu, D berhasrat utk jadikan SR sebagai batu lonjatan shj. Niat dia ialah, dlm masa beberapa bulan lagi, D nak join celcom! D rupanya masih mengharapkan gaji yg besar! Ialahkan, lebih rm 700 dpd gaji yg dia dpt di SR. Tentulah D idamkan gaji sebanyak tu.

Dgn niat utk join celcom, D datang bekerja di SR. D tetap cuba bagi usaha/hasil yg baik utk SR, walaupun bukan 100%, walaupun bukan yg terbaik. Tapi... ditakdir satu peristiwa berlaku dlm masa 6 bulan pertama D di SR yg merubah segala2nya. Ceh! Dramatik pulak bunyinya, yek?

Baru aje 3/4 bulan D join SR, SR dilanda badai! MD SR bergaduh dgn big bos. Bergaduh tahap teruk yg akhirnya mengakibatkan MD tersebut resign serta merta. Dia bukan shj keluar dpd syarikat, tapi telah mengajak sekali begitu ramai senior2 SR yg dasat2 belaka.

Sedikit back ground tentang SR. SR ialah, pada masa tu, salah sebuat syarikat RnD tempatan yg terulung di malaysia. Walaupun dgn budget yg amat la terhad, SR telah berjaya menghasilkan pelbagai produk berasaskan telecommunication utk syarikat induknya. Antara yg paling utama ialah produk telefon yg mana pelakon utamanya ialah seekor burung kakak tua menjawab panggilan. Selain itu, SR juga ada produk SCADA (Supervisory, Control and Data Acquisition) yg telah pun dipasang kat Langkawi dan pada masa D join, kat Sungai Piah - Grik. Semuanya utk TNB. Engineer kat SR ni memang bukan calang2 punya orang la. Dasat2 gak.

Jadi, bila md SR nak cabut dgn membawa hampir 50% senior2 SR, beserta beberapa senior yg lainnya pun nak cau, SR pun bergoyang. Tulang belakang SR dah hampir tiada. Tinggal beberapa kerat je senior SR dpd berbelas orang. Pelbagai spekulasi timbul. "SR akan ditutup". "Habis la kita, tiada sokongan lagi". "Sape nak siapkan semua projek yg ada ni?". Dan bermacam2 lagi. Mood semua pekerja, termasuk D, begitu rendah sekali. Senior2 yg tinggal macam tak larat dan tak mampu nak tanggung semua beban yg diberikan. Junior2 macam D, menjadi tak tentu arah, apatah lagi, tak pandai nak mengharungi pelbagai spekulasi yg melanda.

Tiap2 hari, semasa menunggu syarikat induk utk beri arah dan tujuan, D tak duduk lama kat kerusinya. D, seperti semua pekerja yg lain, bermundar-mandir ke sana sini, berbincang dan terus berspekulasi. Semua pekerja? Ya, itu la yg D nampak. Semua pekerja buat benda ini. Tapi... D silap. Tak semua pekerja buat ini.

Diceruk satu sudut, dlm cubicle nye sendiri, Y, salah seorang pekerja baru yg masuk lebih kurang sama waktunya dgn D, sedang sibuk bekerja. Sibuk buat kerja yg betul2 kerja. Bukan sibuk berbual tentang masa depan syarikat.

"Y, apa pendapat awak tentang keadaan SR sekarang ni?" tanya D. Y yg sedang sibuk menguji PCB (printed circuit board) salah satu produk SR dgn osiloscope, mendongakkan kepalanya dan menjawab, lebih kurang maksudnya, "Ntahlah. Apa nak jadi, jadilah. Yg penting utk saya ialah matlamat saya utk belajar. Di SR ni, saya boleh belajar begitu banyak sekali. Selagi SR masih wujud, saya akan teruskan kerja saya ni krn saya nak belajar sebanyak mungkin. Kalau SR betul2 ditutup, barulah saya akan pindah kerja. Selagi itu belum berlaku, saya nak teruskan belajar dan tak mahu keadaan SR masa kini menjadi penghalang utk saya terus belajar".

D tersentak dgn jawapan Y tu. Jawapan Y tu spt menampar pipi D, membuatkan dia sedar. D sedar bukan shj tentang dia tak buat kerja, tentang dia tak belajar akibat tak buat kerja, tapi lebih mendalam lagi, tentang matlamat D dlm alam pekerjaan ini. Apakah matlamatnya, utk jangka masa pendak, sederhana dan panjang? Jangka masa pendek, D hanya nak gaji yg besar. Jangka masa sederhana tiada, apatah lagi jangka masa panjang.

"Ya, betul kata2 Y. Saya perlu letakkan matlamat yg lebih kukuh dan bernilai utk hidup ku ini. Matlamat jangka panjang yg akan menjadi pendorong dan memberi garis panduan utk semua langkah2 ku di masa hadapan."

Mulai ketika itu, D berubah. Perubahan yg berlaku dlm diri D, menjadi asas kpd perubahan2 seterusnya.

D kembali ke meja dan PC nye. Dia teruskan kerjanya. Kali ini D bersungguh2 bekerja. "Aku nak belajar. Aku nak belajar." D dah kurangkan masa dia berbual2 tentang perkara yg kurang berfaedah. D memastikan dia teruskan kerjanya, dan kalau kerja tak ada, dia akan cari kerja utk terus belajar.

Akhirnya, syarikat induk panggil semua pekerja SR utk taklimat penting tentang masa depan SR. Big bos sendiri yg bagi ucapan. Semua pekerja SR bergembira krn big bos memberi sokongan sepenuhnya kpd SR. "SR adalah syarikat RnD yg memberi kekuatan kpd syarikat induk. Kalau syarikat kumpulan kita bermasalah pun, yg paling akhir kena tutup ialah SR." Bersungguh2 big bos bagi jaminan. "Hooray!". Jaminan big bos ini melegakan hati setiap pekerja. Masalah dan kerisauan utama dah selesai. Masalah2 lain boleh diusahakan utk diselesaikan.

D sedar, walaupun gaji yg dia dpt kat SR tak sebesar syarikat lain, tapi dia mampu belajar begitu banyak kat SR. Bila D berjumpa dgn rakan2nya yg berjaya masuk celcom dan samsung, dia tanya apakah pekerjaan yg mereka buat dan apakah yg telah mereka pelajari? Salah seorang kawan dia yg buat cell planning utk celcom bercerita yg dia naik van dan dgn menggunakan alat khas, dia akan perhatikan kekuatan isyarat sambil van tersebut bergerak dari satu kawasan ke kawasan yg lain. "Ye ke? Lain? Itu aje?" tanya D. "Adalah la lain spt buat report..." Ish! Tak berminat D.

Kat kilang samsung, kawan2 dia pergi melalui pelbagai latihan utk memahirkan diri dgn pelbagai peralatan yg digunakan. Mereka kena maintain semua peralatan tersebut sepanjang masa ia beroperasi. Bahkan, mungkin kena "on call" sekiranya tengah2 malam, mesin rosak menyebabkan mereka terpaksa berkejar ke kilang. Pun D tak berminat.

Akibatnya, rancangan D utk pi ke syarikat yg bergaji lebih besar dilupakan. D nak belajar dan SR memberikan peluang utk D belajar dgn banyak.

Betul ke sangkaan D ini? Bersambung....



Oh ya. Hari ini, genap 10 tahun D bekerja. Harapan D, hasil usaha kerjanya membantu majikan dan rakan2 yg lain. Semoga Allah memberkati hasil usaha ini dan menetapkan hatinya dijalan yg benar. "Ya Allah, jgnlah Engkau bebankan aku, beban yg tak sanggup aku tanggungi".

(1) comments

Sunday, May 30, 2004

Buku tentang struts - percuma!
Buku Jakarta Struts Live dlm format pdf, boleh diperolehi dpd theserverside secara percuma! Huray! Cepat dptkannya. Selagi stok masih ada :)


Speech Recognition
Wah! Tak sangka ada speech recognition dlm pure java. Check out Sphinx. Macam menarik.


Artikel
Artikel tentang kelajuan java yg melibatkan garbage collector di ibm.

(0) comments

Thursday, May 27, 2004

Java dan Barcode
Terdapat sokongan yg agak banyak utk ini. Antaranya:
java4less barcodes. Murah gak. rm 100 ke rm 200 aje. Siap dgn source code sekali.

barbecue. OSS kat sourceforge. Menarik.


Html ke PDF
Lib PD4ML utk convert mana2 html ke pdf. Sedikit mahal iaitu antara rm 400 ke rm 700.


Echo Point - application framework lagi
Echo Point. Menarik gak komponen yg dia ada. Check it out.

(1) comments

Bhgn 2 - Alam Menara Gading
D melangkah masuk ke UTM sekudai. Tahun 1 DEP (diploma elektrik perhubungan) bermula dgn agak goyah. Banyak masa diperlukan utk menyesuaikan diri dgn alam baru ini. Hasilnya dia hanya dpt 2.9 gpa semasa semester 1. Walaupun D secara keseluruhannya lebih rajin dah sekarang, satu tabiat yg tak dpt dihapuskan ialah belajar last minit. Nak periksa/ujian baru belajar betul2. Kalau tidak, lebih kurang dan main2 aje. Dah la tu, hampir tiap2 minggu balik kampung. Ialah, naik satu bas aje.

Tahun 2, D kena pindah ke UTM jalan semarak. D, sepertimana pelajar2 tahun 2 yg lain, diberi asrama. D dpt bilik kat blok A, dlm kawasan UTM. Blok A ini adalah blok yg paling hampir dgn masjid UTM. Menapak tak sampai 1 minit dah sampai.

Sekali lagi, D kena sesuaikan diri dgn persekitaran di UTM jalan semarak ni pulak. Di blok A ini, dia ditemani dgn salah seorang budak best student. Budak tu duduk di bilik yg bertentangan dgn biliknya. Selain tu, D juga diperkenalkan kpd seorang lagi budak yg terror, dlm kumpulan budak2 melayu, yg juga tak jauh dgn biliknya. Kedua2nya berada dlm kelas yg berbeza dgn D. "Wah! Mereka ni merupakan 3 pointer yg dasat. Keciknya aku ni...".

D sememangnya seorang yg low profile. Jarang keluar ke bandar kecuali jika perlu. Kurang huu haa. Jumlah rakan2 dia yg agak rapat taklah ramai. Di UTM jalan semarak ni, dia meneruskan cara ini. Cara lain dia tak tahu. Tak dikenali ramai, biarkan la.

D meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar, dgn keyakinan bhw dia hanyalah seorang pelajar biasa je. D juga semakin kerap solat berjemaah kat masjid. Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Ialah, begitu dekat dan mudah sekali. Yg last sekali utk pi solat berjemaah kat masjid ialah solat Subuh. Terima kasih kpd seorang mamat tabligh krn rajin mengejutkan bangun dpd tidur. Tanpa D sedari, dia sedang melalui latihan, tarbiah, yg begitu lembut dan halus.

Naik semester 2, tahun 2, D meneruskan solat berjemaah ini dari mula semester lagi. Sesuatu yg anih berlaku. Sebelum ini, dia masih meneruskan belajar di saat akhir. Tapi, entah, kenapa tiba2 D merasa terdorong utk mula belajar semasa baru masuk minggu ke 3, semester 2 itu. "Awalnya dah terasa nak belajar. Belum ada apa2 ujian pun...". D pun mula belajar, dan belajar, dan belajar. Seorang pelajar dari blok lain, K, turut belajar bersama2 dgn D. K selalu berkemah di bilik D utk, err, berguru dgn D. "Kah, kah, kah. Nak berguru dgn aku ni? Sape la aku... Kah, kah, kah....". Tapi K berkeras nak belajar dgn D dan bukan dgn orang lain. OK, no problem. Yg bagusnya, setiap kali azan, K akan ikut sekali D pi berjemaah.

Akibatnya, D mendapat keputusan gpa yg agak baik iaitu 3.74 utk semester 2, tahun 2. Best student yg duduk bertentang dgn bilik D dpt gpa 3.86. "Hish! Macam tak pecaya. Aku ni kan budak biasa. Macam mana boleh beza 0.12 aje dgn mamat tu? Hish!". K pulak, buat pertama kalinya, mencecah 3 pointer.

D belajar sesuatu yg baru. D baru sedar, betapa kuatnya didikan dgn hanya solat berjemaah 5 waktu setiap hari. "Hish! Power betul yek. Aku yg pemalas terus ni pun mampu diubah...".

Tahun 3, D duduk luar. Jauh dpd masjid/surau. Keputusan kedua2 semester tahun 3 ni tak de satu pun yg menghampiri 3.5.

D mengakhiri kursus DEPnya dgn keputusan cgpa 3.3. D meneruskan perjuangan dgn mengambil kursus SKE di UTM semarak. D berjaya mengakhiri kursusnya dgn cukup2 cgpa 3.0.

Setiap kali D lalu blok A, dia terkenang latihan yg dia lalui dulu. "Power. Cukup power. Sayang dah tamat...".

6 tahun mengambil kedua2 kursus DEP dan SKE ni, mencungkil minat D terhadap programming. Bermula dgn basica masa tahun 1 dulu, D diajar assembly language pulak. Selepas beberapa minggu belajar assembly language utk 6800, D tiba2 faham. D tak faham kenapa dia faham. Sebenarnya D melalui paradigm shift atau perubahan paradigmanya yg pertama. D berpeluang utk belajar assembly language 8086 di tahun akhir SKE dan telah mengambil projek tahun akhir yg memerlukan dia buat simulator menggunakan Borlang C++ dgn OWT (object windowing toolkit).

D buat programming C dia spt mana dia buat assembly language. Dari atas sampai la ke bawah. Program D hanya ada 1 function iaitu Function main. Semua code dlm function itu. Bila ada rakan memberitahu bhw elok utk pecah2kan kpd beberapa function, D masih berdegil krn rakan dia tu tak dpt bagi sebab yg kukuh kenapa mesti buat begitu. Akhirnya D melalui perubahan paradigma kecil dan bertukar kpd pelbagai function.

D grad bulan march, tahun 1994. Fresh lagi. "Kemana aku selepas ini..."

bersambung...

(2) comments

Wednesday, May 26, 2004

Cerita
Setelah berfikir2 tentang sama ada nak menyatakan sesuatu cerita ni atau tidak, sekejap nak, sekejap tak nak, akhirnya, ok la, saya akan post kat sini satu cerita ringkas tentang kehidupan seorang mamat ni, D. Kalau menarik dan berguna, ambil la iktibar. Kalau tak menarik, flush aje la dpd memori.

Inilah cerita kehidupan si D

Bhgn 1 - Alam Persekolahan
D dilahirkan beberapa dekad yg lalu sebagai anak bongsu dlm keluarganya. D ni teramat2 la manja (read: spoilt). Apabila dia membesar dgn memasuki alam persekolahan rendah, dia banyak memecahkan rekod adik beradik dia.

Semasa dlm darjah 2B, dia telah berjaya dpt no 3 dlm kelas yg ada seramai 42 murid. No 3 tercorot la! Ini adalah akibat kemalasan D utk belajar dan mengulangkaji. Bila ditanya, kenapa boleh dpt no 3 tercorot, D menjawab "ala, ada 2 lagi yg lebih corot dpd saya...".

Sebagai hadiah, D berjaya memasuki kelas 3C dgn cemerlang, gilang dan terbilang pada tahun berikutnya.

Semasa peperiksaan penilaian darjah 5, D juga berjaya memecahkan rekod adik beradik dia dgn mengondol 4A 1B.

Abang dan kakak dia kedua2nya dpt 5A dan tak pernah turun dpd kelas A sepanjang persekolahan mereka.

Kemalasan D belajar dan mengulangkaji merisaukan ibu dan ayah D. Apa nak jadi dgn anak bongsu mereka ini.

Semasa melangkah masuk ke sekolah menengah, D berubah sedikit. Dia mula belajar lebih sedikit. Lebih sedikit aje. D mula gila2 dgn catur.

Hasilnya, semasa peperiksaan SPR, dia mengejutkan kedua ibu bapanya bila berjaya mendapat keputusan mata pelajaran agama, cukup2 lulus. Yg lain tu, nasib baik ok la. Satu lagi rekod adik beradik dipecahkan.

Keputusan SPR yg tak la hancus tu, memberikan D memilih satu hadiah dpd bapanya. "Nak apa?". "Nak papar catur yg automatik." Masa dulu, program catur dlm komputer susah dicari. Yg ada ialah papan catur yg boleh berlawan dgn kita. Itu la hadiah yg D nak. Setelah memperolehinya, D bermain catur dgn papan catur elektroniknya setiap malam, sampai lupa tutup lampu dan tak habis pun permainan terakhirnya akibat dah berlayar dilautan mimpi.

Walaupun tahap catur D semakin baik, tapi tahap pembelajarannya adalah membimbangkan. Apatah lagi, semasa percubaan SPM, dia dpt aggregate 20++. Boleh ke D masuk U? Itulah persoalan kedua orang tuanya.

Apabila keputusan SPM keluar, D berjaya memeranjatkan kedua ibu bapanya sekali lagi dgn mendapat aggregate 13. Kali ini kedua ibu bapanya gembira. Tak lah teruk. Alhamdulillah. D berjaya masuk UTM, kursus DEP.

bersambung...

(0) comments

Tuesday, May 25, 2004

AspectJ
Version 1.2 baru direlease. Best. Tapi lambat betul nak download.

Tak banyak happening hari ini.

Semalam, dpt offer kerja dpd bos lama. Hmmm... susah gak nak buat keputusan. Kena solah istiharah lagi...

(2) comments

Monday, May 24, 2004

Kiraan Perbezaan Masa
Rizan me'YM' saya semalam utk menanyakan cara mudah membuat kiraan utk perbezaan masa. Saya dah terfikir cara utk melakukannya, tapi, ia bukan la mudah sangat. So, saya cari la dlm google dan tak jumpa apa2 yg dasat.

Pagi tadi, rizan bagi artikel yg menarik tentang ini kat javaworld. Satu cara yg menarik, tapi, agak lembab. Saya uji, kiraan perbezaan 2 tarikh iaitu antara 30/12/2000 ke 1/2/2004 memberikan masa kiraan utk hari ialah lebih 16 saat utk kiraan hari sebanyak 10 ribu kali, sementara utk bulan ialah lebih 1.4 saat utk kiraan sebanyak 10 ribu juga.

OK la juga, tak le lembab sangat. Tapi.... kalau digodek2, berapa agaknya kelajuannya. Setelah tenyeh hampir 10 minit, hasilnya, juga utk kiraan sebanyak 10 ribu kali, ialah 0.47 saat utk kiraan hari dan 0.32 saat utk kiraan bulan.

Ini memberikan peningkatan 4X utk kiraan bulan dan 20X utk kiraan hari. OK la.


I18N - Internationalization
2 artikel tentang/berkaitan i18n di sini dan sini. Perbincangan lanjut tentangnya di theserverside.


Eclipse
Version 3.0 M9 / RC0 dah release. Perbincangan tentangnya di theserverside.


Baru:
Terfikir sesuatu tentang kiraan perbezaan tarikh tu dan setelah godek2 lagi, masanya dah turun kpd 100ms utk 1 juta kali kiraan utk kedua2 hari dan bulan. ok gak. lagi ringkas.

(0) comments

Sunday, May 23, 2004

Work Flow
Artikel tentang work flow. Perbincangan tentangnya di theserverside.

SOA - Service Oriented Architecture
Web site baru yg ditaja oleh theserverside dan BEA utk best practice soa di sini. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Knowledge Base Javalobby
Javalobby hasilkan satu perkhidmatan baru iaitu knowledge base mereka. Sikit2 macam jguru aje rupanya. Boleh diacces kat sini.

Pelbagai
Quake engine port ke Java di sini. Perbincangan di javalobby.

JGraph ver 4.0 dah release. Boleh diaccess dari menu sebelah kiri blog ini.

Software utk membuat penelitian terhdp source code di sini. Perbincangan tentangnya di theserverside.

(0) comments

Thursday, May 20, 2004

JDBC
JDBC FAQ dari IBM.

JSP
Satu link lama yg terjumpa semula. Terdapat begitu banyak kumpulan tag lib jsp yg dirujuk kat sini.

(0) comments

Wednesday, May 19, 2004

Music dlm Java
Artikel kat IBM developerWorks ini menerangkan tentang menggunakan jMusic dan pelbagai algo utk ... bermain music dlm java.

Simpan Data
Satu lagi usaha utk memudahkan menyimpan data dlm db, dgn menggunakan groovy bean dan satu persistance framework baru iaitu pbeans, dlm artikel ini. Perbincangan tentang kelebihan/kekurangan cara ini pula di theserverside.

Speedo JDO ver 1.0, satu usaha utk mengimplement standard JDO dah release.

Design yg bagus
Artikel tentang 10 perkara yg membantu menghasilkan design yg baik di sini. Spt biasa, kritikan2 di theserverside.

(0) comments

Tuesday, May 18, 2004

Open Office
Ver 1.1.1 dah release. Baru habis download. Hanya 63MB aje. Hehehe, terus slow internet access kat office ni.

JasperReport
Ver 0.5.3 dah release. iReport, iaitu gui utk jasperreport pula dah release ver 0.3. Boleh access dari menu sebelah kiri blog ini.

Mozilla Firefox
Sejak blogger tukar ke version baru, saya mula menghadapi masalah utk buka blog saya sendiri menggunakan firefox. Terpaksa guna IE. Yg peliknya, ini hanya berlaku kalau saya masukkan url tulisaninsan.blogspot.com, tapi a ok kalau masukkan mana2 url arkib.

Godek punya godek, akhirnya selesai masalah. Saya kena bersihkan cache firefox, baru dia nak load blog saya. Agaknya, firefox pun dah muak dgn blog ini kot...

Tips Java Guru
servlet berhubung dgn jsp
hadkan access kpd web apps kita mengikut lokasi
Lucene search engine mampu meng'index'kan perkataan selain BI
Cache hasil search yg dilakukan oleh Lucene

Kelajuan J2EE
Artikel JavaWorld tentang kelajuan J2EE

(0) comments

Monday, May 17, 2004

Pelbagai
Artikel tentang menganalisa kelajuan j2ee apps menggunakan aop di onjava. Terima kasih kpd mnajem.

Satu projek utk ketepatan floating point kat sourceforge. Terima kasih kpd chatid.

(0) comments

Sunday, May 16, 2004

IDE utk J2ME
Ide community edition ni khabarnya adalah free dan tanpa had masa. Menarik gak nampaknya.

Blitz JavaSpaces
Satu implementation kpd sun javaspaces yg dinamakan blitz javaspaces.

Blog baru
Jumpa blog tentang aspects di sini.

(0) comments

Thursday, May 13, 2004

AspectJ
Aisey, baru je download rc1, dah keluar rc2. Setelah download dan cuba compile guna compiler dia, nampaknya tiada berbezaan dlm compilation speed.

Tools/Libs
JCache, satu Open Source implementation kpd JSR-107, JCache API.

JTGL, satu java library utk buat gui. Sesuai utk mobile apps.

Perbincangan tentang Tools/Libs
Satu senarai sw yg digunakan dlm blog ini dan di javalobby.

(0) comments

Wednesday, May 12, 2004

AspectJ
Baru je download AspectJ 1.2rc1. Boleh tahan gak laju compiler dia. Sebelum ni a full build guna ant amik masa lebih 2 minit kat notebook saya yg over work ni (kecian dia). Sekarang, dah turun kpd lebih sikit dpd 1 minit. Yahoo! Kembalilah lebih sedikit produktiviti dlm diri ini.

(1) comments

Komen dlm Blogger
Nampaknya, komen hanya boleh dimasukkan ke dlm ruang komen kat blogger ni oleh mereka yg dah register dgn blogger. Depa tak bagi anonymous punya komen.

Eh, cairo, hang dpt tak email account google, gmail? Email account saya dah ada berpuluh email, tapi masih 0% from 1000MB used :D

Best!

(0) comments

Tapestry dan Async Logging
Artikel yg nampaknya menarik tentang Tapestry, salah satu web framework yg sekarang ni dlm naungan Apache, di sini.

Artikel yg mungkin menarik tentang Async Logging, kat javaworld.

(0) comments

Tuesday, May 11, 2004

Blog Komen
OK. Atas permintaan cairo, saya dah bubuh ruang utk komen sebagai percubaan. Rupa2nya, blogger version baru ni dah ada support komen. So, saya cuba la...

(2) comments

Sibuk
Sibuk gak keje sekarang ni. Plak tu dah driver ke pejabat dan tak naik train lagi. Tak dapat la nak baca apa2 nota. Semoga cepat la dapat projek. Bolehlah request utk dptkan pekerja, instead of buat sorang2.

(2) comments

Sunday, May 09, 2004

AOP
Tengah experiment cara development menggunakan AOP. Cara yg saya buat begini:
Code generator saya dah boleh janakan class Action utk webwork. Builtin dlm class ini ialah fungsi CRUD (create/retrieve/update/delete) utk digunakan bersama2 dgn jsp yg juga dijana, khusus utk fungsi ini.

Utk saya tambahkan view lain iaitu jsp lain spt view utk read only, selalunya saya kena ubah class Action tersebut. Rule of thumb utk guna code generator ialah utk TIDAK merubah class yg dijana. Salah satu cara ialah dgn subclass kan class yg dijana. Sekarang ada satu cara lagi iaitu dgn menggunakan AOP. Saya 'letakkan' pelbagai view kpd action class ini dgn menggunakan AOP. Saya juga 'letakkan' pelbagai fungsi tambahan spt access rights, redirect ke login page kalau belum login, dll, semuanya terhadap class action yg dijana ini dgn menggunakan AOP. Setakat ini, masalah utama ialah perlunya structure 'melekat' yg sesuai. Utk class action saya tu, ada hampir 10 Aspect yg saya lekatkan, jadi kalau main 'lekat' aje, application kita tak akan jalan dgn betul, kira, bugs la.

Setakat ini, masih nampak best. Belum jumpa show stopper lagi :)

(0) comments

Thursday, May 06, 2004

Sekuriti Web Application
Jumpa satu web site yg menarik tentang ini, bernama OWASP. Sape2 yg terlibat, please check it out. Menarik maklumatnya.

(0) comments

Wednesday, May 05, 2004

Kelajuan Java
Perbincangan tentang kelajuan Java vs. Objective-C vs. C serta blog yg dirujuknya di sini.

Utk saya, cukup la utk tahu bhw Java sekarang ni tak lembab sangat. Kira, just nice :-)

(0) comments

Office Baru
Yahooo! Office baru tak blok YM dan email account saya yg lain. Best :-)

Internet access pun lajuuuuu. Rasanya, bandwidth depa sama dgn office lama, tapi kat office baru ni, tak ramai orang yg guna internet. Hasilnya, saya boleh access internet dgn lajunya. Best :-)

Yg kurang bestnya, surau agak jauh dan kurang semangat solah berjemaah. :-( Semoga senior sekerja saya dpt bantu memperbaiki keadaan sama2

(0) comments

Harga Petrol
Aduuuhhh! Naik lagi 2 sen. Sakit gak poket. Keseluruhannya, naik 27 sen!!! Setelah bertahun2 harga petrol kekal kat RM 1.10, walaupun harga minyak dunia turun suatu ketika dulu, harganya kekal kat paras tersebut. Sekarang, harga petrol meningkat lagi dan lagi, sikit demi sikit. Pada hari ini, harganya dah mencecah RM 1.37, naik 27 sen. Aduuuuhhh!

Kenaikan 25% tu!!! Aduuuuhhh! Harga gas pun naik jugak. Manalah tak naiknya harga pelbagai barang sekarang. Saya hairan kenapa orang tertentu rasa pelik dgn kenaikan harga barang2 ini, krn saya percaya, mereka lebih dpd tahu kenapa naiknya harga barang2 ini.

(0) comments

Pindah
Alhamdulillah, dah selesai pindah :-)

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?