<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, October 20, 2004

Kursus/Bengkel Object Modeling

Setelah berbincangan dgn mnajem tentang ini, akhirnya kami setuju utk cuba mengadakannya di UIA gombak, pada 7/11/2004, minggu terakhir sebelum raya. Ini adalah percubaan utk melihat sambutan. Kalau kurang dpd 15 orang, saya akan batalkan shj, mungkin cuba lagi lain kali. Hmmm... ke nak cuba buat hari sabtu, 6/11/2004? Tengok la dulu feedback. Setakat ni, saya baru post kat ittutor aje.

Maklumat kursus:
Tajuk: Pengenalan kpd object modeling
Tarikh: 7/11/2004, hari Ahad, 1 hari shj
Masa: 9 pagi sampai 4 petang
Tempat: UIA gombak. Detailnya akan diberikan oleh najmi. Harap satu peta dpt dihasilkan.

Anggaran bayaran utk seorang:
Pelajar U: rm 10 - rm 13
ITTutorian: rm 15 - rm 17
Lain2/Professional: rm 23 - rm 25

Sijil: tiada sijil kehadiran dikeluarkan. jadi, kena niat sungguh2 utk belajar dpd kursus ini.

Saya meminta tempat/bilik yg boleh memuatkan antara 30 ke 40 orang. Sekiranya jumlah mereka yg nak hadir kurang dpd 15 orang, kursus ini akan dibatalkan.

Utk register, sila email butir2 berikut kpd najmi di md_najmi@yahoo.com:
1. nama
2. no handphone / no office / no rumah
3. pekerjaan (sertakan nama company) dan student(sertakan nama tmpt pengajian)
4. email

Butir lanjut tentang topik perbincangan:
1. Apa dia object modeling?
2. Di mana dan bila object modeling digunakan dlm sw dev dan oleh siapa?
3. Bagaimana nak melakukan / menggunakan object modeling dlm sw dev?
4. Apa faedahnya? Kenapa nak menggunakannya?
Utk jawap soalan 4 ini, kita akan lakukan amali object modeling. 2 sistem akan dimodelkan:
a. Sistem Rekod Pelajar
b. Sistem Portal utk pelbagai maklumat spt Berita, Artikel, dan Event.

Kedua2 sistem di atas akan membongkarkan beberapa rahsia object modeling spt pattern person-role, item-lineitem dan macam2 lagi.

Seperkara lagi. Kursus ini adalah, more or less, technology independent. Java ke, .Net ke, sepatutnya masih sangat releven.



Macam2

Jarhoo adalah satu service yg menarik di mana, ia cuba bantu developer java yg mengalami exception stack trace dan tak tahu class yg menyebabkan exception tersebut berlaku berada dlm jar yg mana atau kepunyaan siapa. Lebih kurang la. Perbincangan tentangnya di theserverside.

MyJavaPack adalah satu lagi java apps installer. Khabarnya, ia secara auto, akan cari semua jar2 yg menjadi dependency kpd application tersebut dan downloadkannya ke dlm pc yg diinstall. Perbincangan tentangnya di theserverside. Terdapat usaha utk jadikan ant supaya berfungsi macam apache maven yg juga mempunyai fungsi yg sama spt MyJavaPack ini di blog ini.

Sw tool utk testing bernama AppPerfect DevSuite version 4. Standard edition mereka adalah free.

JNIWrapper ver 2.6 dah release. Ia memudahkan melakukan JNI tanpa JNI dan juga boleh berhubung dgn ms com objects.

JDBInsight ver 3.0 EA5 dah release - J2EE/JDBC/SQL Analyser.

DataSift ver 1.0b1 dah release - Data validation & transformation

WarDriving - apa kebendanya?



Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?