<$BlogRSDUrl$>

Sunday, October 31, 2004

Tambahan

Nak print PDF ke printer:
- dari jguru
- dari javaworld

Printing docs dari sun.



Kehilangan Buku - Minta bantuan!!

Saya baru perasan buku Analysis Patterns tak de dgn saya. Saya agak ada salah seorang rakan saya ada pinjam buku tersebut, tapi tak ingat siapa. Boleh tak sesiapa yg tahu kat mana buku saya tu, utk tolong hubungi saya melalui email ke, atau balas kat sini ke, atau ym saya ke. Thanks!

Nak berhasrat nak bawa beberapa buku rujukan saya ke bengkel tu nanti.


Bengkel Pengenalan Kpd Object Modeling - User Requirements Sistem

OK. Spt yg dijanjikan, user requirements sistem yg pertama iaitu sistem rekod pelajar. Sila go thru, fahamkan dan bagi apa2 komen tentangnya. Saya juga meminta sesiapa yg berminat, utk tolong lengkapkan use case yg lopong2. Sengaja. Latihan utk sape2 yg berminat.

Use case ini semua adalah rekaan semata2. Walau bagaimanapun, ia cuba tiru spt requirements yg sebenar. OK, dipersilakan:



User Requirements Sistem Rekod Pelajar

Senarai Use Case:

Kategori Use Case Setting Up:
1.Daftar Pelajar
2.Daftar Guru
3.Daftar IbuBapa
4.Masukkan Pelajar kpd Kelas masing2
5.Letakkan Guru Kelas kpd Kelas masing2
6.Letakkan Guru MataPelajaran kpd MataPelajaran masing2
7.Masukkan Tarikh Peperiksaan Tahunan

Kategori Use Case Doing The Business:
8.Masukkan Kedatangan Harian Pelajar
9.Masukkan Keputusan Peperiksaan Pelajar
10.Sahkan dan Pra-Publish Keputusan Peperiksaan Pelajar
11.Sahkan dan Publish Keputusan Peperiksaan Pelajar
12.Lihat Keputusan Peperiksaan Pelajar dan Perakuinya


Detail Use Case:

Use Case 1: Daftar Pelajar
Actor: Admin Sekolah / Guru Besar / Guru Kelas
1.Pilih utk daftar Pelajar.
2.Sistem paparkan skrin utk daftar Pelajar.
3.Masukkan butir2 pelajar.
4.Sekiranya keputusan telah dibuat tentang Kelas yg akan diduduki Pelajar tersebut, pergi ke Use Case 4.4b.


Use Case 4: Masukkan Pelajar kpd Kelas masing2
Actor: Admin Sekolah / Guru Besar / Guru Kelas
1.Pilih utk masukkan Pelajar kpd Kelas.
2.Sistem paparkan tahap2 beserta kelas2 yg ada utk setiap Tahap. Sistem juga paparkan carian utk Pelajar tertentu.
3.Pilih tahap dan kelas.
4.Sistem paparkan senarai pelajar utk tahap tersebut, disusun mengikut keputusan peperiksaan atau secara susunan abjad jika belum ada keputusan peperiksaan. Mana2 pelajar yg telah dimasukkan ke Kelas utk Tahap tahun depan akan berada dlm senarai lain.
5.Pilih Pelajar2 yg hendak dimasukkan dan simpan.
6.Kembali ke no 3.

3b. Pilih carian Pelajar tertentu
4b. Sistem paparkan Pelajar yg dicari beserta Kelas2 pada Tahap Pelajar tersebut.
5b. Pilih Kelas utk Pelajar tersebut dan simpan.


Use Case 7: Masukkan Tarikh Peperiksaan Tahunan
Actor: Guru Besar
1.Guru pilih utk memasukkan Tarikh Peperiksaan Tahun itu.
2.Guru boleh hasilkan 1 atau lebih Peperiksaan yg hendak diadakan sepanjang tahun. Setiap Peperiksaan hendaklah dimasukkan sekali tarikhnya. Tarikhnya hanya boleh dipinda jika belum sampai tarikh bermulanya Peperiksaan tersebut.


Use Case 8: Masukkan Kedatangan Harian Pelajar
Actor: Guru Kelas
1.Guru pilih utk memasukkan Kedatangan Harian Pelajar
2.Sistem paparkan senarai pelajar guru tersebut.
3.Guru tandakan semua pelajar yg hadir utk hari itu.
4.Guru boleh pilih hari kedatangan yg sebelumnya
5.Sistem paparkan kedatangan pada hari yg dipilih dlm mode read-only, kecuali bhgn asalan tidak hadir utk Pelajar yg tidak hadir.


Use Case 9: Masukkan Keputusan Peperiksaan Pelajar
Actor: Guru MataPelajaran
1.Guru pilih utk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar.
2.Sistem paparkan senarai semua MataPelajaran yg diajar oleh Guru berkenaan beserta Status setiap satu, sama ada 'belum' dimasukkan, 'sedang' dimasukkan, 'sudah siap' dimasukkan atau 'sudah disahkan' oleh Guru Kelas.
3.Guru pilih MataPelajaran mana yg hendak dimasukkan, kecuali MataPelajaran berstatus 'sudah disahkan', yg hanya read-only.
4.Sistem paparkan semua pelajar utk MataPelajaran tersebut.
5.Guru masukkan/ubah/simpan markah Pelajar.
6.MataPelajaran yg dah siap sepenuhnya, bolehlah disahkan sebagai Siap.
7.Guru boleh kembali ke no 2 utk meneruskan memasukkan markah MataPelajaran yg lain atau logout.


Use Case 10: Sahkan dan Pra-Publish Keputusan Peperiksaan Pelajar
Actor: Guru Kelas
1.Guru pilih utk melihat keputusan semua MataPelajaran utk Kelasnya.
2.Sistem paparkan senarai semua MataPelajaran beserta Status setiap satu, sama ada 'belum' dimasukkan, 'sedang' dimasukkan, atau 'sudah siap' dimasukkan oleh Guru MataPelajaran, atau 'sudah disahkan' oleh dirinya.
3.Guru boleh pilih utk melihat detail mana2 MataPelajaran yg 'sudah siap'.
4.Sistem akan paparkan markah semua pelajar utk MataPelajaran tersebut dlm mode read-only.
5.Sekiranya ada kemusykilan, Guru boleh email kpd Guru MataPelajaran tersebut.
6.Apabila Guru dah berpuas hati dgn keputusan satu2 MataPelajaran, Guru boleh sahkan keputusan tersebut.
7.Apabila semua MataPelajaran utk Kelasnya 'sudah disahkan', Guru boleh 'Pra-Publish' Keputusan Peperiksaan Pelajarnya.


Use Case 11: Sahkan dan Publish Keputusan Peperiksaan Pelajar
Actor: Guru Besar
1.Guru pilih utk melihat keputusan semua Kelas.
2.Sistem paparkan senarai semua Kelas beserta Status setiap satu, sama ada 'sedang' dimasukkan atau 'Pra-Publish'.
3.Guru boleh lihat detail semua keputusan Kelas berstatus 'Pra-Publish'.
4.Guru boleh sahkan keputusan Kelas yg ia berpuas hati.
5.Apabila semua Kelas telah disahkan, Guru boleh 'Publish' keputusan keseluruhan Kelas kpd IbuBapa dan Umum.


Use Case 12: Lihat Keputusan Peperiksaan Pelajar dan Perakuinya
Actor: IbuBapa
1.IbuBapa pilih utk melihat Keputusan Peperiksaan Anak(2) mereka.
2.Sistem paparkan senarai anak2 mereka yg berada di dlm sekolah tersebut. Jika ada seorang anak shj di sekolah tersebut, Sistem terus ke no 4.
3.IbuBapa pilih salah seorang dpd anak2 mereka.
4.Sistem paparkan Keputusan Peperiksaan anak mereka.
5.Apabila IbuBapa berpuas hati, mereka bolehlah memperakuinya.



Macam2

Presentation mamat bernama Bruce Tate tentang sw dev menggunakan Java yg lebih ringan, tanpa menggunakan EJB yg berat. Presentation itu disertai dgn audio dia bercakap. So, pastikan speaker volume dikuatkan sikit. Menarik gak. Lagi satu pendapat yg menembak sw dev menggunakan EJB.

Kaprekar Series Generator. Apa kebendanya ini? Errr, NTAH!!!

Bamboo adalah satu sw Java forum yg open source. Satu lagi open source forum dlm Java.

Perbincangan tentang OOPSLA 2004 kat theserverside. Perdebatan tentang J2EE dan .Net kat OOPSLA 2004 yg dibincangkan kat theserverside. Menarik gak, perbincangan Guru2 OO ni.




Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?