<$BlogRSDUrl$>

Sunday, August 29, 2004

Hari ini, pi kerja dgn begitu syok sekali krn hampir tak jam langsung. Sangkut sikit kat fly over di bulatan pandan shj. Itu pun, masih lebih sikit dpd 15 minit utk sampai dpd Astro ke pejabat. Best! Kalau la boleh kekal begini setiap hari... Mimpi di siang hari...


Macam2

Jsp File Browser. Dpd web site depa: An easy to use and easy to install file browser java server page. This JSP program allows remote web-based file access and manipulation. Nampak macam menarik. Check it out.

Blitz java spaces dah release version baru iaitu version 0.93.

L2FProd mempunyai sejumlah lib yg selalu digunakan dlm swing apps. Menarik.

jGuard ver 0.60 dah release. Fungsinya utk bantu menyusahkan sesiapa yg nak decompile java byte code yg kita buat.

launch4j ver 1.1 dah release. Fungsinya utk hasilkan .exe kpd java program kita.

Product announcement tentang free chat applet di javalobby.

Perbincangan tentang masalah Redirect selepas Get di theserverside. Menarik gak. Melibatkan current MVC implementation dlm framework spt struts dan webwork.

(2) comments

Thursday, August 26, 2004

XML Localization
XML in localisation: A practical analysis
Tip: Localization within a document format
Two modes of implementing an XML-based localization pack: embed and extend


Macam2
Perbincanan tentang keupayaan baru JDK 1.5 theserverside.

Asynchronous I/O library bernama Coconut AIO dihasilkan dan dibincangkan di theserverside.


(0) comments

Wednesday, August 25, 2004

Kembali dari cuti
Cepat betul cuti berakhir. Tak sempat nak habiskan 1 bab hibernate in action pun! Nasib baik tak bawak balik notebook. Membazir aje. Sibuk berbual dan makan! Dan tiduuuurrrrr... :D


Macam2
Perbincangan tentang menggunakan hibernate sebagai jdbc framework di theserverside.


RMI HTTP Tunneling
http://java.sun.com/developer/onlineTraining/rmi/RMI.html
http://java.sun.com/developer/technicalArticles/RMI/rmi/
http://www.orionserver.com/docs/rmi-http-tunneling.html
http://www-106.ibm.com/developerworks/java/library/j-tunnel/?dwzone=java
http://www.codeguru.com/forum/showthread.php?t=305261
http://www.rmiproxy.com/doc/FAQ.html


Java dan VRML
http://dlp.cs.vu.nl/~ctv/vrml/
http://www.geocities.com/SiliconValley/Lakes/3015/tutorMain.html
http://www.sedtek.com/javavrml.htm
http://www.vrmlsite.com/

(0) comments

Thursday, August 19, 2004

Minggu depan saya akan balik ke kampung di selatan tanah air. Anak2 saya dah tak sabar nak balik utk berjumpa dgn sepupu mereka. Nak main sakan la tu.

Nasib baik bos luluskan cuti. Bolehlah saya rehat beberapa hari. Bolehlah saya cuba baca beberapa bab Hibernate in Action. Sejak memandu ke pejabat ni, dah bertimbun buku2/artikel2 yg nak dibaca. Masa naik commuter dulu, sekotak penuh buku/artikel ini berjaya dikhatam.

Saya juga akan cuba sambung karangan tentang kisah hidup mamat D tu. Ada yg rasa dia tu orang sebenar ke? ;D Next ialah D belajar OOAD dgn Dr Dz, D kena tendang keluar dpd syarikat S beramai2, D menjadi dev jalanan (hak ni paling hot!!!) dan D dgn syarikat M. Sampai situ aje kot. Kepada beberapa kerat peminat kisah hidup D ini, nantikan sambungan cerita tentangnya yg tersangat la tak menarik dan tak glamor :D

Sejak dua menjak ni, hits kpd blog saya semakin banyak. Satu sumber utama ialah dpd search engine yahoo dan google. Tak sangka plak, blog ini boleh keluar dlm page 1 atau page 2 search query depa ni. Camna gaknya depa buat indexing yek?

Selamat bercuti kpd mereka yg nak bercuti. Jumpa lagi hari khamis minggu depan, insyaAllah. Semoga Allah permudahkan perjalanan kita pergi dan balik. Amiin.

(0) comments

Wednesday, August 18, 2004

Macam2

Ha! Ada lagiiii web framework baru. Wicket adalah web framework yg direka oleh salah seorang bekas developer Swing dan ada persamaan dgn Echo dan Tapestry. Perbincangan tentangnya di theserverside. Al kononnya, ia adalah lebih mudah dpd Tapestry. Setakat cth yg diberikan, saya dapati ia lebih senang. Kena benar2 mendalaminya satu hari nanti.

Buku J2EE architect boleh diperolehi secara percuma. Perbincangan tentangnya di theserverside mempunyai banyak kritikan terhadapa buku ini. Hmmm. Cuba la. Ambil mana yg berguna...


(0) comments

Tuesday, August 17, 2004

Macam2

Gabungan jasperreport ver 0.6.0 dan iReport ver 0.3.2 amat dasat! Usah rasa takut dgn nombor ver 0 dihadapan kedua2 sw ni. Ia misleading. Kedua2 sw ni amat power.

Saya mempunyai keperluan utk print bar code sekali dlm report saya, dan ireport dah siap integrate dgn barbecue ver 1.0 utk janakan pelbagai jenis bar code termasuk code39 dan pdf417 yg saya nak. Tapi, bar code yg dijana oleh barbecue utk code39 tak cun sangat. Saya tukar kpd jbarcodebean dan dpt hasilkan report dgn bar code code39 dgn cantiknya. Best! :D

Jadi, sekarang ni saya boleh janakan pdf kpd web browser, menggunakan webwork ver 1.4, jasperreport ver 0.6.0, ireport ver 0.3.2, barbecue dan jbarcodebean. Satu senjata yg berguna dlm senarai senjata2 yg ada. Best! :D



Iraqi ambush killed nine Marines. Menarik gak tentang bagaimana cara tentera US di serang hendap.


(1) comments

Monday, August 16, 2004

Macam2

Perbincangan tentang kelemahan Design Pattern Chain of Responsibility dan cara utk atasinya di theserverside.

Perbincangan tentang Presto, satu lagi implementation kpd sistem Petstore, tapi kali ini menggunakan prevayler dan bukan mana2 RDBMS, di theserverside.

Perbincangan tentang Dependency Injection dan design terbuka berbanding design tertutup di theserverside. Dikarang oleh mamat Richard Oberg.


Semalam, friz ym saya utk memberitahu tentang satu website yg dia terjumpa. Website http://java-source.net/ menyenaraikan projek open source dgn banyaknya, walaupun, sekali imbas, lebih kurang 40% projek yg disenaraikan ada gak disenaraikan kat sini :D

Maceh friz! :D

(0) comments

Wednesday, August 11, 2004

Tambahan
Hooray!!! Baru je berjaya jalankan jasper report ver 0.6.0 dgn webwork ver 1.4. Webwork ver 1.4 ni datang sekali dgn jasper report, tapi versionnya agak lama. Bila copy jar jasper report yg baru ke dir lib dlm apps webwork, sample jasper report dlm webwork dah tak boleh run.

2 perkara yg kena buat ialah:
1. Kena recompile balik report tu menggunakan jasper report compiler ver 0.6.0.
2. Perbetulkan semua import statement class2 webwork dlm package webwork.view.jasperreports dan compile semula.

Lepas buat 2 perkara di atas, sample jasper report webwork dah boleh jalan semula. Yes!


Macam2

JDocs.com adalah satu web site baru yg menggabungkan pelbagai java docs dpd pelbagai projek, menjadikan ia pusat java docs utk java developer. Selain itu, ia juga memudahkan pencarian serta membolehkan developer berkongsi contoh cara penggunaan sesuatu API. Perbincangan tentangnya di theserverside. Menarik gak, terutamanya bila dah ada banyak cth2 penggunaan API.

Perbincangan tentang penggunaan Velocity dlm sesuatu application di theserverside. Terdapat 3 bab contoh tentangnya di dlm thread perbincangan tersebut. Check it out.

(0) comments

Tuesday, August 10, 2004

Macam2

Artikel menarik yg menerangkan barcode 1D dan 2D.

Perbincangan dan artikel tentang menggabungkan spring dan webwork 2 di theserverside.


(0) comments

Monday, August 09, 2004

Macam2

Perbincangan and artikel tentang mengesan thread deadlock dgn Java 1.5.

Perbincangan and artikel tentang HttpClient dan FileUpload.

Prevayler ver 2.0 dah release! Perbincangan tentangnya beserta pelbagai link kpdnya di theserverside.


(0) comments

Thursday, August 05, 2004

Bhgn 8 - Berkenalan dgn Java

Sekitar tahun 97/98, D mula terdengar tentang Java. Pada mulanya, D amat keliru tentang Java ni. Ada yg D baca tentang Java yg menunjukkan ianya adalah satu lagi programming language, kali ini direka oleh Sun Microsystems dpd US. Ada pulak tentang Java Virtual Machine, Java Runtime Environment, Java Software Development Kit, Java Platform dan macam2 lagi, yg menunjukkan Java ni lain, bukan programming language. Pening D. D tak dpt nak tangkap apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn Java ni.

Pagi suatu hari, bos D, en S, panggil D. "Ini ada satu white papar tentang Java. Tolong baca dan terangkan kpd saya petang nanti.". Apa yg D nak kata selain "baiklah..."? Jadi, sepanjang hari tu, dari pagi sampai la ke petang, D menatap white paper tersebut dan cuba la sedaya upaya utk faham isi kandungannya. Baca dan lebih 5 kali, faham masih kurang. Lewar petang hari itu, en S pun panggil D. "Cis! Ingat rupanya bos aku tentang perkara ini. Harapan aku yg dia dah lupa, tak kesampaian..." Nasib baik masa tu, D dah faham lebih 50% tentang isi kandungan white paper tersebut.

D pun menerangkan kpd bos dia, bhw teknologi Java ni bukan setakat satu programming language baru, tapi ia datang sekali dgn satu runtime platform yg juga dikenali dgn nama Java Platform. Secara mudahnya, Java platform ini terdiri dpd Java virtual machine dan Java API. Java Virtual Machine (JVM) ini adalah ibarat satu PC beserta dgn OSnya sendiri, ibarat Java PC la. Assembly language utk Java PC ni ialah Java byte code. Java source code dicompile kpd Java byte code. Ringkasnya, Java Virtual Machine alias Java PC ni execute / jalankan Java byte code. Java Virtual Machine ini pulak adalah Java PC yg maya. Kat mana2 PC dan OS yg sebenar boleh dihasilkan JVM ini spt kat intel+ms windows, intel+linux, intel+solaris, mac, freebsd, solaris, aix, dll. Asalkan ada JVM, Java byte code ini boleh run krn ia tak nampak / tak kenal / tak tahu kehadiran machine selain JVM. Ini yg memberikan Java, keupayaan cross platform nye.

Java API pulak adalah library2 piawai / standard yg datang sekali dgn Java. Ia merupakan library yg core kpd mana2 Java platform. Terdpt lebih 300 class dlm Java ver 1.0.x, lebih 600 class dlm Java 1.1.x dan lebih 1500 class dlm Java 1.2.x. Java version terkini lagi la banyaknya class2 yg datang sekali dlm API dia.

Kedua2 JVm dan Java API ni menjadikan Java Runtime Environment (JRE). Utk runkan Java application, minima sekali yg diperlukan ialah JRE ini. Utk buat sesuatu Java application, JRE ini tak cukup. Kita perlukan Java Software Development Kit (JSDK). Mulai Java 1.2.x, Sun dah menukar nama Java kpd Java 2 utk menunjukkan satu peningkatan yg besar dlm keupayaan platform Java secara keseluruhan. Jadi, JSDK dah bertukar nama sekarang kpd J2SDk. J2SDK ini merangkumi JRE dan beberapa tambahan spt javac utk membolehkan kita compile Java source code kpd Java byte code.

Penerangan D kpd bos dia, taklah se extensive spt ini, krn masa D terangkan dulu tu, Java hanya setakat ver 1.1.x je. Tapi, penerangan D dah cukup utk membuatkan bos dia berminat utk mencuba Java. "Apa pendapat awak tentang Java ini? Bagus ke?" Tanya bos D. D, secara sepontan menjawab "Ya, saya yakin Java mempunyai masa depan yg cerah. Java mampu menjadi teknologi ulung di masa hadapan". Sebenarnya, D pun tak pasti betul atau tidak kenyataannya. D hanya 50% yakin aje.

Hasil dpd tu, D ditugaskan utk mengetuai satu team yg fokusnya utk buat sw development dlm Java. Syarikat S telah mengambil ramai developer2 baru utk menyertai team Java ini dan utk keperluan department lain.

Apa jadi kpd semua buku2, CD2, 3rd party lib dan pelbagai bahan utk VB? Ia semua telah di'pencen'kan. IT syarikat S ini telah berpaling tadah kpd Java plak. Java dan Linux.

Berikutnya, D belajar Java dan OOP (sekali lagi).

Bersambung...

(2) comments

Wednesday, August 04, 2004

Macam2

IBM berhasrat utk release Cloudscape, satu lagi Java based RDBMS sebagai open source software. Perbincangan di theserverside.

Implementation utk Base64 encoder + decoder kat javalobby. Menarik gak. Boleh belajar cara orang lain implement base64 punya encode dan decode.



Bhgn 7 - Jadi tutor kat UTM

Bos syarikat S, iaitu en S, telah offer para pekerja syarikat S utk jadi part time tutor kat UTM Jln Semarak sekitar tahun 96/97. Pada masa itu, UTM menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. En S kata, ini sebagai pendapatan tambahan kpd para pekerja krn syarikat S tak mampu nak bagi apa2 bonus. D setuju bersama2 dgn lebih 5 orang pekerja syarikat S, utk menjadi part time tutor. Mata pelajaran yg D kena ajar ialah Kejuruteraan Komputer yg melibatkan antaranya, seni bina komputer, algo cache yg digunakan dan networking. En S memberikan sokongan yg pada kpd para pekerja ini, asalkan tak menjejaskan prestasi kerja masing2.

Waktu kuliah semuanya sebelah malam, kat dewan kuliah. D ambil satu kelas iaitu 3 DEP dan seorang rakan setugas D, S2, ambil kelas 3 DEE. D yg tak cukup mahir dlm semua silibus mata pelajaran tersebut, merasa risau dan gementar utk mengajar para pelajar 2 DEP ini. Nasib baik D ajak S2 berbincang tentang berkongsi slide nota krn S2 rupa2nya mahir bhgn yg D kurang mahir dan kurang mahir bhgn yg D mahir. Cantik!

D berasa agak gementar pada hari pertama dia ke kuliah. Manalah tahu, ada seorang dua para pelajar yg dasat giler dlm ilmu komputer. Nasib baik budak2 3 DEP ni memang budak baru belajar. Ada gak yg mahir, tapi, masih boleh belajar dgn banyaknya dlm kelas D ini. Satu yg D niatkan dlm kelas dia ialah utk menekankan praktikal dan bukan setakat teori shj. D teringat lagi masa dia jadi pelajar DEP, bagaimana, dia suka pensyarah yg ajar dgn banyak cth dan latihan praktikal, dan bagaimana begitu membosankan bila pensyarah tu hanya ajar teori shj.

Maka, dgn niat sebegitu, semasa kelas keduanya D, dah bawa satu PC syarikat S yg dah lama ke kuliah. D menanggalkan setiap komponen PC tersebut utk diterangkan dan dipasskan dpd satu pelajar kpd pelajar yg lain utk mengenali komponen PC itu. Selain itu, setiap pelajar dimestikan utk kehadapan dan pasang komponen tersebut ke dlm PC. Dpt la mereka belajar utk pasang harddisk, memory, kad vga, dll.

D terus menerus mendedahkan pelajarnya, sambil meneruskan pelajarannya, serentak dgn mereka satu persatu turun utk mencuba pelbagai peralatan spt scanner, digital camera, dan, acara kemuncaknya, networking. Utk networking ini, D terpaksa meminjam 2 komputer dgn OS win 95 kepunyaan syarikat S, satu hub beserta 2 kabel cat 5, dan satu printer. Pelajar diajar bagaimana nak buat networking menggunakan 2 PC dan bagaimana nak share printer. Setiap seorang kena cuba krn ada ujian praktikal dgn markah sebanyak 25%.

Diakhir semester, D merasa satu kepuasan krn dpd feedback yg dia dpt dpd para pelajar, mereka suka dgn cara dia ni. D meneruskan cara ini di semester berikutnya yg mana D ambil 2 kelas, 3DEP dan 3DEE. Penat lelah mengangkut 2 biji PC beserta printer dan hub, selain pelbagai peralatan, berkali2, dirasakan berbaloi apabila D melihat kemahiran mereka jelas ketara diakhir kursus.

D jadi tutor selama 2 semester aje. Beban kerja yg bertambah tak mengizinkan D utk terus jadi part time tutor. Kat mana agaknya bekas pelajar D ini yek? Semoga mereka dah berjaya dlm kerjaya dan hidup.

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?