<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, August 04, 2004

Macam2

IBM berhasrat utk release Cloudscape, satu lagi Java based RDBMS sebagai open source software. Perbincangan di theserverside.

Implementation utk Base64 encoder + decoder kat javalobby. Menarik gak. Boleh belajar cara orang lain implement base64 punya encode dan decode.



Bhgn 7 - Jadi tutor kat UTM

Bos syarikat S, iaitu en S, telah offer para pekerja syarikat S utk jadi part time tutor kat UTM Jln Semarak sekitar tahun 96/97. Pada masa itu, UTM menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. En S kata, ini sebagai pendapatan tambahan kpd para pekerja krn syarikat S tak mampu nak bagi apa2 bonus. D setuju bersama2 dgn lebih 5 orang pekerja syarikat S, utk menjadi part time tutor. Mata pelajaran yg D kena ajar ialah Kejuruteraan Komputer yg melibatkan antaranya, seni bina komputer, algo cache yg digunakan dan networking. En S memberikan sokongan yg pada kpd para pekerja ini, asalkan tak menjejaskan prestasi kerja masing2.

Waktu kuliah semuanya sebelah malam, kat dewan kuliah. D ambil satu kelas iaitu 3 DEP dan seorang rakan setugas D, S2, ambil kelas 3 DEE. D yg tak cukup mahir dlm semua silibus mata pelajaran tersebut, merasa risau dan gementar utk mengajar para pelajar 2 DEP ini. Nasib baik D ajak S2 berbincang tentang berkongsi slide nota krn S2 rupa2nya mahir bhgn yg D kurang mahir dan kurang mahir bhgn yg D mahir. Cantik!

D berasa agak gementar pada hari pertama dia ke kuliah. Manalah tahu, ada seorang dua para pelajar yg dasat giler dlm ilmu komputer. Nasib baik budak2 3 DEP ni memang budak baru belajar. Ada gak yg mahir, tapi, masih boleh belajar dgn banyaknya dlm kelas D ini. Satu yg D niatkan dlm kelas dia ialah utk menekankan praktikal dan bukan setakat teori shj. D teringat lagi masa dia jadi pelajar DEP, bagaimana, dia suka pensyarah yg ajar dgn banyak cth dan latihan praktikal, dan bagaimana begitu membosankan bila pensyarah tu hanya ajar teori shj.

Maka, dgn niat sebegitu, semasa kelas keduanya D, dah bawa satu PC syarikat S yg dah lama ke kuliah. D menanggalkan setiap komponen PC tersebut utk diterangkan dan dipasskan dpd satu pelajar kpd pelajar yg lain utk mengenali komponen PC itu. Selain itu, setiap pelajar dimestikan utk kehadapan dan pasang komponen tersebut ke dlm PC. Dpt la mereka belajar utk pasang harddisk, memory, kad vga, dll.

D terus menerus mendedahkan pelajarnya, sambil meneruskan pelajarannya, serentak dgn mereka satu persatu turun utk mencuba pelbagai peralatan spt scanner, digital camera, dan, acara kemuncaknya, networking. Utk networking ini, D terpaksa meminjam 2 komputer dgn OS win 95 kepunyaan syarikat S, satu hub beserta 2 kabel cat 5, dan satu printer. Pelajar diajar bagaimana nak buat networking menggunakan 2 PC dan bagaimana nak share printer. Setiap seorang kena cuba krn ada ujian praktikal dgn markah sebanyak 25%.

Diakhir semester, D merasa satu kepuasan krn dpd feedback yg dia dpt dpd para pelajar, mereka suka dgn cara dia ni. D meneruskan cara ini di semester berikutnya yg mana D ambil 2 kelas, 3DEP dan 3DEE. Penat lelah mengangkut 2 biji PC beserta printer dan hub, selain pelbagai peralatan, berkali2, dirasakan berbaloi apabila D melihat kemahiran mereka jelas ketara diakhir kursus.

D jadi tutor selama 2 semester aje. Beban kerja yg bertambah tak mengizinkan D utk terus jadi part time tutor. Kat mana agaknya bekas pelajar D ini yek? Semoga mereka dah berjaya dlm kerjaya dan hidup.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?