<$BlogRSDUrl$>

Thursday, August 19, 2004

Minggu depan saya akan balik ke kampung di selatan tanah air. Anak2 saya dah tak sabar nak balik utk berjumpa dgn sepupu mereka. Nak main sakan la tu.

Nasib baik bos luluskan cuti. Bolehlah saya rehat beberapa hari. Bolehlah saya cuba baca beberapa bab Hibernate in Action. Sejak memandu ke pejabat ni, dah bertimbun buku2/artikel2 yg nak dibaca. Masa naik commuter dulu, sekotak penuh buku/artikel ini berjaya dikhatam.

Saya juga akan cuba sambung karangan tentang kisah hidup mamat D tu. Ada yg rasa dia tu orang sebenar ke? ;D Next ialah D belajar OOAD dgn Dr Dz, D kena tendang keluar dpd syarikat S beramai2, D menjadi dev jalanan (hak ni paling hot!!!) dan D dgn syarikat M. Sampai situ aje kot. Kepada beberapa kerat peminat kisah hidup D ini, nantikan sambungan cerita tentangnya yg tersangat la tak menarik dan tak glamor :D

Sejak dua menjak ni, hits kpd blog saya semakin banyak. Satu sumber utama ialah dpd search engine yahoo dan google. Tak sangka plak, blog ini boleh keluar dlm page 1 atau page 2 search query depa ni. Camna gaknya depa buat indexing yek?

Selamat bercuti kpd mereka yg nak bercuti. Jumpa lagi hari khamis minggu depan, insyaAllah. Semoga Allah permudahkan perjalanan kita pergi dan balik. Amiin.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?