<$BlogRSDUrl$>

Monday, August 20, 2007

Kerja kat tempat baru

Minggu ini ialah minggu ke 4 (mula 30/7) saya bekerja di selatan tanah air. Rancangannya masuk 23/7, akan tetapi, saya kena demam campak pula. Berjangkit daripada anak2 saya. Alhamdulillah, ubat yg doktor bagi tu memang kuat. Lebih kurang 4 ke 5 hari selepas kena dan mula makan ubat tu, bhgn kulit saya yg timbul dah mula berwarna hitam, menunjukkan virus tu dah mula mati dan kering. Disebabkan ini, saya masuk kerja lewat seminggu. Ada hikmahnya. Masa rehat seminggu tu, dptlah saya bantu isteri saya mengemas rumah dan barang2 dpd kotak.

Setelah masuk, tugas pertama saya ialah develop Enquiry Management System yg perlu capture butir2 customers dan semua enquiries mereka. Tugasan ini diberikan pada pertengahan minggu pertama, tapi notebook company tak dpt lagi. Tempoh yg diberi: 2 minggu. Skop:
1. User management
2. Customer management
3. Enquiries management (beserta simple workflow utk menjawab enquiries dan approve jawapan yg diberikan)
4. Portal integration utk semua enquiries yg dibuat melalui portal kami.

So, selama 2 minggu (minggu ke3 dan ke4) saya kembali jadi programmer. Satu kelebihan develop sorang2 ni, takde sebarang bangkangan utk guna tools/lib apa. Setelah berdebat seorang diri, akhirnya, saya menang. Aku nak mencuba jboos seam. Saya nak mencuba grails. Tapi, saya menang dan aku kalah. Takpelah aku, lain kali yek.

Walaupun saya dah cuba grails berkali2 sebelum ini, tapi, mencuba dan betul2 guna adalah 2 tahap penggunaan yg jauh berbeza. So, saya mempertaruhkan berjaya atau tidaknya tugasan ini. Satu langkah yg berani? Atau bodoh? 2 hari pertama saya menggunakan grail 0.5.6, percubaan utk run web application gagal besar! Kantul dan tergolek2 dibuatnya! Saya dah mula cemas dan was-was. Akhirnya, setelah mencuba version grails yg terdahulu, saya dapati ver 0.5 boleh run dgn baik.

Inilah risiko menggunakan 'cutting edge' technology. Ceh!

Saya pun berusaha utk mengejar masa akibat dijatuhkan oleh grails masa mula2 berlari tu. Tapi, ialahkan, ini adalah projek sebenar yg pertama. Susah tentunya byk terhantuk kepala. So, 3 hari berikutnya, saya terkial2 develop guna grails.

Rasa cemas masih ada. Tapi, at least lega krn dah ada progress. User management dan Customer management siap! Enquiry management dah mula. Good progress indeed.

Masuk minggu berikutnya, Enquiry management berjaya disiapkan (fasa 1) dalam masa 2 hari, setelah memasukkan sekali feedback pertama.

2 hari berikutnya, saya buat automated web tests menggunakan canoo yg dah built in dalam grails. Best gak. Kat company lama dulu, team saya guna Watin. Tapi, saya tak pernah mencubanya. Salah satu sebab, tak reti C#. Satu lagi, malas... Tapi, guna canoo dpd grails ni, not bad. Terkial2 gak utk beberapa jam pertama, tapi lepas tu, lajuu... (read: productive).

1 hari lagi, saya siapkan integration dgn portal kami, menggunakan ftp. Guna Quartz support yg dah built in dlm grails. Best gak. Simple je nak schedulekan task.

So, dah deploy lah sistem tu, kan, kan. Nope. Tak lagi. Selain sistem ini, kami juga kena run sekali dgn system call center, no telefon yg cantik, dan segala peralatan dan persiapan yg diperlukan. Tapi, ada 2 item ni yg delay. So, delay 1 minggu lagi.

Hari ini, saya tambah lagi test script krn minggu lepas, test script yg disiapkan, sedikit sangat. Ialahkan, buat sorang2, masa terhad. (Alasan, alasan...) Tapikan, saya ni memang kurang sikit dgn documentation, termasuklah test script. Buat automated unit tests takpe. Buat test script... ntah kenapa, program dlm diri saya ni, secara auto, tukar kpd lembab. Kira, padan muka gak le. Kat company lama, manja. Ada 1 team (team system analyst) yg tolong buatkan. Ni, kena buat sendiri. Aduh! Rindu kat rakan2...

Masa rehat (byk 'take 5' pulak hari ni, ntah kenapa... ;p) sat tadi, terfikir nak masukkan sekali search engine capability. Terutamanya utk feature FAQ nanti. Boleh sekali guna keupayaan ini utk search for enquiry yg lama2 tu.

Saya cari kat grails, camna nak guna Lucene kat dlm grails. Terjumpa link ini. Akibatnya, dlm masa tak sampai 15 minute (sekali dgn download Searchable plugin), sistem tu dah support seaching utk enquires. Nice! Very nice! Nak kena tambah module FAQ management ni. Nampak simple benar. Yes! Yes!

Aloo. Sudah siap ka? Belum? Masa utk teruskan buat test script... adeh...

Comments:
> Setelah berdebat seorang diri,
> akhirnya, saya menang

Haha! Lawak betul baca part ni :D

Power gak Grails ni, boleh ride on existing Java libraries, tu yg bestnya..
 
Susah ooo nak lawan diri sendiri... ;)

Grails ni, secara keseluruhan, ok. Satu masa nanti, saya nak godek2 scaffolding dia. Nak tambah lagi. Yg ada ni, basic je.
 
En. Hamdi, terjumpa blog en hamdi masa tgh google grails. Nak tanya, untuk security en.hamdi guna jsecurity plugin tu or acegi?

Just playing around with grails aje.
 
fadhli,

Dua2 saya tak pakai. Belum lagi. Saya guna cth dlm buku "The Definitive Guide to Grails". Ada cth access rights yg sangat simple, guna aspect. Mudah dan memenuhi keperluan simple saya buat masa ni.
 
Oh ye ke. Saya sebelum ni ada buat web application guna spring framework and security pakai acegi. Sebab saya suka declarative feature utk acegi ni.

So hari tu sy cuba nak emulate projek lepas saya guna rails tapi sangkut bab nak guna acegi ni. saya guna grails v0.56.

Setakat ni saya dah cuba guna compass dalam grails (Searchable Plugin). Mak aih.. senang giler nak install and make it running compared to masa saya mula2 nak configure guna spring mvc dulu.

Setakat ni, groovy on grails nampak positif pada mata saya.
 
Boss, apa cite Groovy/Grails? Ada kemajuan? Stabil tak?
 
Ok, boleh tahan stabil dan memang lancar developmentnya. Seorang diri buat, macam ada team of extra 2 ke 3 orang rasanya :)
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?