<$BlogRSDUrl$>

Wednesday, July 18, 2007

Hari terakhir ku di syarikat P

InsyaAllah, hari ini adalah hari terakhir saya di syarikat P. Hampir 4 tahun saya bekerja di sini. 3 project telah dilalui. Lain semuanya dan semuanya memberikan pelajaran yang berguna buat saya. Alhamdulillah, 3 orang ex bos saya kat sini, berpuas hati dgn hasil kerja dan usaha saya. Sampai menyebabkan ex big bos yang offer saya kerja kat tempat baru, di WPI (http://www.irda.com.my/). An honour to be trusted as such. An honour to lead the IT division, comprising of application development, data centers, servers and network. An honour indeed.

InsyaAllah, saya sekeluarga akan berpindah ke rumah sewa di JB hari sabtu ini. Lori sampai pagi, pukul 8:30. Rancangannya, sebelum 11 pagi, siap angkut semua masuk lori dan boleh bergerak dah. Harapannya, saya sekeluarga serta lori tersebut, sampai ke rumah sewa serta punggah semua barang2 masuk, siap semuanya sebelum waktu maghrib.

Ya Allah, selamatkanlah dan permudahkanlah perjalanan kami ini. Berkatilah hijrah kami ini. Dan sentiasalah kami berada dalam golongan yang mendapat hidayah dan petunjukMu. Aamiin, ya Allah.

Selamat tinggal KL. Setelah 13 tahun bekerja di KL, sekarang angin bertiup ke selatan. Selamat tinggal rakan-rakan seperjuangan yang meneruskan perjuangan IT di KL dan di mana-mana jua. Thanks for the sms dari Efendi, Afriza, Nazir dan rakan2 lain. InsyaAllah kita akan jumpa lagi. InsyaAllah, saya akan kembali ke KL, 5 - 6 tahun lagi.

Oh ya, hampir lupa lak. Sesiapa yang berminat atau ada kawan2 yg berminat untuk apply kerja kat WPI, dept IT, boleh email resume kpd saya. Tolong sertakan current salary dan expected salary sekali. Untuk yang dah email tu, harap bersabar. Saya kena masuk dulu WPI ni baru boleh hasilkan proper org chart serta kekosongannya. InsyaAllah, jumpa di sana... :)

Comments:
Sekali lagi, Semoga Berjaya!! :)

Harap semua angkut-mengangkut berjalan lancar.. Penat betul kalau pindah barang ni...
 
Assalamualaikum...saudara Hamdi saya berminat
utk bekerja di WPI kerana saya ingin menabur bakti di negeri kelahiran saya sendiri.saudara hamdi ada email untuk saya hantar resume ?
 
ikhwan:
thanks! jumpa lagi!

ahmad:
blh email kat hamdimy2@gmail.com
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?