<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, October 11, 2005

Tambahan Lagi Java

Java Legend Dispels Urban Myth: Gosling on Performance. Perbincangan kat javalobby tentang komen james gosling berkenaan perbincangan kat /. tentang kelajuan Java vs C. Blog james kat sini.

(Not So) Stupid Questions : Inheritance vs. Interfaces.

Stack Allocation RFE Accepted.


Kelajuan Java

Berkenaan dgn performance Java, memang agak ketara serangan "Java lembab" dah semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, dpd Java berkali ganda lebih slow dpd C++ kpd Java lebih slow dpd C++ (berkali ganda dah hilang). Sekarang, serangan yg ditujukan terhadap Java ialah "Java lebih laju dpd C!!?? Mungkin tidak...". Ramai yg tak percaya Java boleh kalahkan, bukan shj C++, bahkan C sekali pun dlm bhgn tertentu. Ada pihak yg membalas balik kumpulan ini dgn kata2 spt "Nape, tak pecaya?".

Walaupun saya berat kpd Java, tapi, saya setuju dgn beberapa pendapat yg menyatakan bhw Java dah boleh atasi kelajuan C apps yg dihasilkan dgn lemah, tapi masih ketinggalan berbanding apps C yg dihasilkan oleh pakar C, walaupun tak la banyak. Dan, saya percaya kelajuan java mampu bertambah lagi di masa hadapan, ketahap yg mampu mengatasi apps C dgn lebih kerap.

Baru2 ini, saya ubah batch file tomcat saya supaya run Java dgn switch -server dan perbezaan kelajuannya boleh tahan ketara gak antara jvm server dan jvm client. By default, Java akan run guna client jvm. Utk guna jvm server, kena run spt:
Java -server ...

Tapi, server jvm tak sesuai utk semua keadaan. Ia sangat sesuai utk application yg
berjalan dgn lama spt sistem courier saya. Apabila saya guna utk runkan codegen dan unit test dpd ant, server jvm lebih lambat(!!) sikit dpd client jvm.

Sekarang ni, saya cuba Java 5 plak. La ni guna 1.4.2 aje. Al kononnya ketara perbezaan kelajuan antara kedua2nya. Baru siap download.


Tambahan Java

1-2-3 messaging with Spring JMS.

What Is Spring, Part 2.

Diagnostic Tests with Ant.

Demystifying Security Standards.

Unit Testing Hibernate Mapping Configurations.

Microsoft Project Evaluation.


Pagi semalam... bhgn 3 (episod terakhir)

Aa beritahu D yg dia masuk ke company sekarang ini sekitar tahun 2002, setelah 6 tahun guna java. Spt biasa, Aa, spt orang2 di kemah yg lain, cuba utk mempengaruhi pemikiran orang dgn pelbagai fakta2 against java, antaranya:

1. Java byte code yg dihasilkan antara pelbagai jvm spt sun jvm, bea rocket jvm, tomcat dan jboss adalah tidak compatible dan akan throw exception bila cuba run kat jvm yg lain.

2. EJB utk satu2 app server (Weblogic, Websphere, jboss, etc) juga tak compatible bila run kan app server yg lain. Ini Aa kata ikut pengalaman yg dia lalui dlm projek masa dia buat java dulu.

3. Code dlm vs adalah senang2 3x lebih sedikit dan jauh lebih produktif berbanding dgn Java.

Dan macam2 lagi. D bertekak gak utk point 1 dan 2, tapi seterusnya D dah malas nak bertekak krn D hadir ke situ adalah atas urusan syarikat dan mesti jaga nama baik syarikat. D pun keep cool aje la. Lagi pun bulan puasa, tak bagus bertekak dgn orang, apatah lagi D ni tetamu.

Apa yg D jawab dan pendapat D tentang point2 di atas:
1. Hello! Bila masa tomcat dan jboss ada jvm??!! Nampaknya 3 tahun tinggalkan java, mampu distort ilmu seseorang tentang java ni. Pengalaman D sendiri ialah sekitar tahun 2000 ke 2002, D dah pernah cuba 3 jvm, sun punya, ibm punya dan bea jrocket. Tak perlu recompile pun code java, semuanya boleh run dgn cantik.

2. Sekitar tahun 2001 ke 2002, memang ada issue ejb yg dihasilkan kat satu app server tak leh run kat app server yg lain krn ejb tu guna service khusus app server yg tak standard dan tak ada dlm app server vendor lain. Ejb spec yg seterusnya banyak gak support feature2 yg app server dah ada. Juga, dinasihatkan seberapa boleh utk tidak guna feature2 khusus sesuatu app server utk memastikan maksimum portability.

3. Salah satu kelemahan java ialah ia mempunyai begitu banyak cara utk buat sesuatu projek. Malangnya, cara standard dlm Java merupakan cara yg lambat dan banyak LOC (lines of code). Jadi, agak ramai yg ikut cara standard ni. Sayang seribu kali sayang, ramai yg tak tahu cara utk buat development guna java yg mampu memberikan RAD pada tahap yg, diyakini, mampu match vs. Begitu banyak tools yg ada yg boleh digabung dan disynckan utk memberikan ini. D yg sederhana mahir dlm java ni pun dah boleh dpt rasakan peningkatan dlm produktiviti semasa menghasilkan sw. Walaupun source sistem yg D hasilkan punya banyak loc, tapi, ia dihasilkan dlm masa beberapa saat shj.

Apa2 pun, D dah cukup faham bhw setiap sesuatu teknologi tu, punya kelebihan dan kelemahan masing2. Yg terbaik utk si A, tak semestinya yg terbaik utk si B. Bergantung kpd kesesuaian dan keserasian diri masing2.

Sebelum balik, D sempat berjumpa dgn bekas mentor dia yg baru beberapa bulan join, Dr Dz, sebagai National Technology Officer. Lama dah tak jumpa.

Aa ajak D utk join Independent Software Architects Council of Malaysia yg mana architect2 kat situ seramai lebih kurang 35 orang, datang dpd company2 spt microsoft, oracle, hp, etc.

Lebih kurang pukul 1, D menapak keluar dpd syarikat itu dgn membawa pelbagai freebies spt 2 baju T .net, kunci dan tali utk letak access card. D tersengeh bila teringat kata Aa kpd Dr Dz yg lebih kurang maksudnya,

"dia masih dalam proses utk ditukarkan ke .net..."

Berjayakah mereka? Atau mingkinkah SAP yg akan berjaya? Kita tunggu dan lihat cerita seterusnya. Cerita reality tv yg tak menarik dan saya sendiri pun tak tahu kesudahannya...


Pagi semalam... bhgn 2

D masuk berjumpa receptionist. Disuruh masukan nama, dari syarikat mana dan siapa staff yg nak dijumpai kat dlm PC kat sebelah kiri. Selepas submit, tunggu 2 minit utk dptkan sticker dgn nama D utk ditampal kat baju.

"Macam masuk setengah2 seminar atau conference plak."

Setelah tunggu hampir 10 minit, Aa, seorang Architect & Platform Strategy Advisor kat company ni pun sampai dan mereka masuk ke dlm bilik perbincangan. Perbincangan lebih 3 jam itu memberikan beberapa maklumat (yg takde kaitan sama sekali dgn Java) utk D. Antaranya:

1. Reflector - satu software yg boleh digunakan utk convert dari satu programming language ke programming language yg lain, pada tahap source code, utk beberapa programming language.

2. Interoperability - website dgn pelbagai info utk berhubungan antara kedua2 teknologi yg tiada kaitan dgn Java ini.

3. Windows Services for UNIX (SFU). Aa kata software sfu ni boleh tukar source code utk platform unix tertentu supaya boleh run kat ms win. Saya berminat dgn ini krn kat group level, ada beberapa sistem2 lama yg big bos mungkin berminat utk tukar.

4. JaNet dan JNBridge.

5. Clustering support memang spt yg diterangkan dulu, tak ingat oleh siapa, sama ada chatid atau ryzam, iaitu menggunakan database server.

6. Kelebihan mereka ialah tightly integrated products yg punya skop yg amat luas, sampai la ke sw dev methodology spt CMM level 3, built in dlm vs 2005 team system. Tapi, it is still to be seen whether it is flexible enough to support agile sw dev. Aa kata xp tak disupport dan siap kata xp hanya utk prototype shj. D memperbetulkan persepsi Aa yg silap tu.

Overall, satu perbincangan yg boleh tahan menarik. Banyak gak yg D dpt, utk potentially digunakan kat group level.

Aa rupa2nya adalah orang ex-Java dan dah berkecimpung sejak jdk 1.0 lagi, sekitar 1995, lebih awal dpd D yg bermula dgn jdk 1.1


Pagi ini...

Pagi tadi, 11/10/05, D sampai ke stesen putra kat pasar seni lebih kurang pukul 9:05 pagi. D tunggu tak sampai 2 minit, dah sampai LRT putra. Perjalanan yg tak sampai 10 minit tu, meletakkan D di hadapan KLCC.

"Ha. Dah lama gak tak ke sini. Sekarang nak ke arah mana yek...?"

Walaupun D agak biasa dgn KLCC, tapi dia tak pernah ke situ. D pun berjalan dan nampak papan tanda yg dicarinya.

"OK. Dah jumpa. Kena masuk dan daftar sebagai pelawat..."

Kaunter utk daftar berada di kiri sekali.

"Tingkat berapa encik?"

D beritahu tingkat yg ditujunya. Kena tulis nama dan butir2 lain. Ambil pas. Masuk melalui gate dgn menggunakan pas yg diberi tadi. Awek tadi kata naik escalator. Lift kat situ. Lepas naik escalator aje, kena lalu pintu yg macam kat air port.

"Waah! Dasat rupanya security kat sini..."

Cari punya cari, tara pun. Pak guard kata lift kat bawah bukan kat aras ni. D pun turun dan jumpa lift utk ke tingkat yg dituju.

Lebih kurang pukul 9:25, D menjejak kaki buat kali pertama ke tingkat 30, tower 2, klcc...


Macam2

ebXML Registry and Repository. Maceh kpd rizan atas link ini. Menarik gak. Sesuai utk mereka yg kena guna ebxml dlm project mereka.


Iraq

The sights, sounds and threat of violence are a constant in Baghdad.

Comments:
D ni nama manja ke ni? Panggil "Encik D" lah lepas ni :)
 
1khz, D ni nama manja sape? sape plak Encik D ni? saya kenal ke encik D ni? hmm...
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?