<$BlogRSDUrl$>

Thursday, January 06, 2005

Book Review

Enterprise Patterns Book Review. Macam menarik. Baru ada 4 bab.


Sms dgn Java

Wow! Satu artikel yg amat baik utk melakukan sms menggunakan Java dan phone Nokia 30, Sony Ericsson T610 dan Sony Ericsson T68i. Terima kasih kpd shakir. Check it out!


Design access rights

Perbincangan yg menarik dimulakan oleh 1kHz kat ittutor. harimaumalaya telah memberikan 1 cara penyelesaian yg baik.

Saya tambah complexity problem statement nye spt berikut:

Meneruskan cth yg harimaumalaya bagi tu, katakan scenario dia ialah, 1 syarikat ada 1..* anak syarikat (AS) dan mempunyai 1..* department (D) which in turn ada 1..* sub department (SD). Cthnya syarikat AA ada anak syarikat AS1, AS2, dll, dan ada department Corporate Service (CS), IT, Operations, dll, di SEMUA tahap iaitu di syarikat AA dan di anak syarikat AS1, AS2, dll.

Department2 ini pulak ada SD spt CS ada SD HR, Admin dan Finance. Manager CS kat AS1 adalah boss kpd manager HR kat AS1. Vice President (VP) CS kat AA adalah bos kpd manager HR kat AA dan semua manager CS kat AS(1..*)

Jadi, semua data2 HR kat AS1 boleh diaccess oleh manager HR dan manager CS kat AS1, dan oleh VP CS.

Setakat ini, scenarionya adalah masih sama dgn apa yg harimaumalaya nyatakan. Saya tambah sikit lagi.

Katakan utk setiap projek, ada projek manager (PM) yg in charge of all the resources spt kewangan dan man power. Jadi, approval pembelian, costing, kenaikan gaji dan pangkat satu2 staff, memerlukan penglibatan projek manager2 ke dlm module CS dlm sub module HR dan Finance. Jadi, PM ni boleh access sub module2 ini bergantung kpd projek dan pekerja yg terlibat dlm projek ini, dlm satu2 masa. Projek dan pekerja lain dia tak leh access. Jadi, seorang PM kat syarikat AS1 boleh access submodule2 utk projek dan staff tertentu ini kat AS1 selain manager masing2.

Katakan demi utk meningkatkan utlization staff, maka staff bebas bergerak bukan shj dpd satu projek ke satu projek, bahkan dari satu anak syarikat ke satu anak syarikat yg lain bila perlu. Maka, PM kat AS1 utk satu2 projek tu, boleh melangkaui sempadan utk access submodule2 ini kat anak syarikat2 yg lain, dibatasi dgn projek yg ia ketuai.

Perlu ingat, projek mempunyai tempoh masa aktif, jadi selagi ia aktif, PM tu boleh access sub module finance mana2 anak syarikat. Selain itu, selepas projek tamat pun, tapi asalkan dlm tempoh tertentu spt tak lebih 1 tahun calendar, PM tu boleh masukkan nilaian prestasi staff utk satu2 projek sebagai input kpd peningkatan gaji/pangkat.

err, ada faham ka soalan saya?

kalau faham, camna anda nak hasilkan access rights utk masalah sedemikian?


Malangnya, ada yg tak faham. Memang tak pandai nak terangkan ni. Camna nak ajar kat bengkel ni??? Saya cuba sekali lagi:

Katakan ada syarikat bernama A yg ada 3 anak syarikat bernama A1, A2 dan A3. Dlm struktur syarikat kumpulan A, ada beberapa department spt department corporate service, IT dan operations. Department corporate service plak ada 3 subdepartment iaitu HR, Finance dan Admin. A, dan semua anak syarikatnya mempunyai department2 ini dlm syarikat masing2.

Kat syarikat A, ketua corporate service ialah vice president of corporate service (vpcs). vpcs ni boleh access SEMUA data department corporate service bagi syarikat A dan semua anak syarikatnya. ketua corporate service utk syarikat A1 plak boleh access semua data department corporate service tapi hanya utk syarikat A1. ketua subdepartment HR utk syarikat A1 plak hanya boleh access data HR syarikat A1 je, sebegitu juga utk ketua admin dan ketua finance.

Ini ialah struktur syarikat secara vertical. Ada plak secara horizontal di mana, syarikat kumpulan A ini adalah projek based. 1 projek boleh dibuat oleh syarikat A ATAU mana2 anak syarikatnya. 1 projek juga boleh dibuat oleh gabungan mana2 syarikat A dan anak syarikatnya.

Project Manager utk satu2 projek tu, boleh access semua data spt costing dpd system finance, dan staff appraisal dpd system HR utk projek tu dan staff2 yg terlibat dlm projek tu, dpd syarikat A atau pun mana2 anak syarikat.

Jadi, camna nak design sistem dgn access rights yg sedemikian. Masa memang penting tapi, masa tu bukan la fix. Ia tertakluk kpd tempoh masa projek tersebut. Selain tu, utk access sistem HR, selain masa, kena check gak semua staff yg terlibat dlm projek yg dihandle oleh project manager tu.

Satu lagi, jika dibenarkan juga 1 orang utk memegang beberapa jawatan spt ketua HR syarikat A1 juga adalah ketua Admin syarikat A1 sementara utk syarikat lain, kedua2nya adalah orang yg berbeza.

Camna designnya?

Harap lebih jelas kali ini.


Any takers? kalau tak de sape2 yg nak cuba selesaikan problem statement saya ni, saya akan cuba cover ia kat dlm bengkel akan datang, insyaAllah.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?