<$BlogRSDUrl$>

Thursday, August 05, 2004

Bhgn 8 - Berkenalan dgn Java

Sekitar tahun 97/98, D mula terdengar tentang Java. Pada mulanya, D amat keliru tentang Java ni. Ada yg D baca tentang Java yg menunjukkan ianya adalah satu lagi programming language, kali ini direka oleh Sun Microsystems dpd US. Ada pulak tentang Java Virtual Machine, Java Runtime Environment, Java Software Development Kit, Java Platform dan macam2 lagi, yg menunjukkan Java ni lain, bukan programming language. Pening D. D tak dpt nak tangkap apa sebenarnya yg dimaksudkan dgn Java ni.

Pagi suatu hari, bos D, en S, panggil D. "Ini ada satu white papar tentang Java. Tolong baca dan terangkan kpd saya petang nanti.". Apa yg D nak kata selain "baiklah..."? Jadi, sepanjang hari tu, dari pagi sampai la ke petang, D menatap white paper tersebut dan cuba la sedaya upaya utk faham isi kandungannya. Baca dan lebih 5 kali, faham masih kurang. Lewar petang hari itu, en S pun panggil D. "Cis! Ingat rupanya bos aku tentang perkara ini. Harapan aku yg dia dah lupa, tak kesampaian..." Nasib baik masa tu, D dah faham lebih 50% tentang isi kandungan white paper tersebut.

D pun menerangkan kpd bos dia, bhw teknologi Java ni bukan setakat satu programming language baru, tapi ia datang sekali dgn satu runtime platform yg juga dikenali dgn nama Java Platform. Secara mudahnya, Java platform ini terdiri dpd Java virtual machine dan Java API. Java Virtual Machine (JVM) ini adalah ibarat satu PC beserta dgn OSnya sendiri, ibarat Java PC la. Assembly language utk Java PC ni ialah Java byte code. Java source code dicompile kpd Java byte code. Ringkasnya, Java Virtual Machine alias Java PC ni execute / jalankan Java byte code. Java Virtual Machine ini pulak adalah Java PC yg maya. Kat mana2 PC dan OS yg sebenar boleh dihasilkan JVM ini spt kat intel+ms windows, intel+linux, intel+solaris, mac, freebsd, solaris, aix, dll. Asalkan ada JVM, Java byte code ini boleh run krn ia tak nampak / tak kenal / tak tahu kehadiran machine selain JVM. Ini yg memberikan Java, keupayaan cross platform nye.

Java API pulak adalah library2 piawai / standard yg datang sekali dgn Java. Ia merupakan library yg core kpd mana2 Java platform. Terdpt lebih 300 class dlm Java ver 1.0.x, lebih 600 class dlm Java 1.1.x dan lebih 1500 class dlm Java 1.2.x. Java version terkini lagi la banyaknya class2 yg datang sekali dlm API dia.

Kedua2 JVm dan Java API ni menjadikan Java Runtime Environment (JRE). Utk runkan Java application, minima sekali yg diperlukan ialah JRE ini. Utk buat sesuatu Java application, JRE ini tak cukup. Kita perlukan Java Software Development Kit (JSDK). Mulai Java 1.2.x, Sun dah menukar nama Java kpd Java 2 utk menunjukkan satu peningkatan yg besar dlm keupayaan platform Java secara keseluruhan. Jadi, JSDK dah bertukar nama sekarang kpd J2SDk. J2SDK ini merangkumi JRE dan beberapa tambahan spt javac utk membolehkan kita compile Java source code kpd Java byte code.

Penerangan D kpd bos dia, taklah se extensive spt ini, krn masa D terangkan dulu tu, Java hanya setakat ver 1.1.x je. Tapi, penerangan D dah cukup utk membuatkan bos dia berminat utk mencuba Java. "Apa pendapat awak tentang Java ini? Bagus ke?" Tanya bos D. D, secara sepontan menjawab "Ya, saya yakin Java mempunyai masa depan yg cerah. Java mampu menjadi teknologi ulung di masa hadapan". Sebenarnya, D pun tak pasti betul atau tidak kenyataannya. D hanya 50% yakin aje.

Hasil dpd tu, D ditugaskan utk mengetuai satu team yg fokusnya utk buat sw development dlm Java. Syarikat S telah mengambil ramai developer2 baru utk menyertai team Java ini dan utk keperluan department lain.

Apa jadi kpd semua buku2, CD2, 3rd party lib dan pelbagai bahan utk VB? Ia semua telah di'pencen'kan. IT syarikat S ini telah berpaling tadah kpd Java plak. Java dan Linux.

Berikutnya, D belajar Java dan OOP (sekali lagi).

Bersambung...

Comments:
>impressed ... u r well verse in java techs & still follow-up its evoluation ...

errr, not really. i probably know less than 30% of ALL the standard specs for java. java is THAT HUGE, imo. luckily, u don't have to know that many to be productive.

>curious, what r u doing at the moment? what is ur company doing?

i'm a software architect, and my company is, among others, into logistics.
 
A'kum.... teruskan explore java.. dr ape yg awk coretkn, cepat jugak awk kenal java.. nanti blh la jadi pakar java utk rujukan sy yer..

sy budak baru belajar..
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?