<$BlogRSDUrl$>

Thursday, July 29, 2004

Tambahan
Hari Isnin sampai hari Rabu depan kena pi kursus. Jumpa lagi hari khamis depan :)

Slide Javaone dlm pdf tu besau!!! Lebih kurang 104MB! Nasib baik download sebelum pi solah jumaat. Hooray!! Banyak betul nak baca ni. Best! :D


Grid/Table/lain2 taglib utk JSP

Servlet Suite

DBGrid dan perbincangan tentang kelemahannya di theserverside :)

Value List

Display Tag



Macam2

izpack - cross-platform application installers

PDFs from the 2004 JavaOne conference available on JavaOne Online for free.

Echo - framework for developing object-oriented, event-driven Web applications. Perbincangan tentangnya di theserverside.

(0) comments

Wednesday, July 28, 2004

Bhgn 6 - Belajar OOD dan OOP dgn VB

D beli satu buku tentang OOD (object oriented design) utk VB 4.0 yg juga merangkumi OOP. Lupa lak nama pengarang buku tersebut. Perempuan rasanya. D membaca buku tersebut dgn lahapnya, spt orang yg amat kehausan. D cuba ikut spt cara dlm buku tu, step by step, by the book, dgn patuhnya.

Malangnya, yg diingatkan intan, rupanya hanyalah kaca. D sesat jalan, sesesat-sesatnya. Terlalu banyak persoalan yg timbul dlm hati D yg tak dijawab oleh buku tersebut. Serangan bertubi2 soalan ini membuatkan D buntu fikiran. "Betul ke apa yg ku buat ni? Betul ke apa yg aku main hentam je ni? Apa nak buat seterusnya? Aku berada, bukan disimpang empat, tapi disimpang 10! Nak belok mana satu ni?!". D cuba jugak, dgn terkial2nya dia cuba lakukan OOD dan disusuli dgn OOP.

D cuba pujuk dirinya, "Agaknya betul la apa yg aku buat ni. Takkan la buku ni silap. Pengarang ni mesti terror giler dan dah banyak kali berjaya...".

Setelah beberapa waktu D mencuba, D masih tak dpt merasakan apa2 code reuse spt yg dijanjikan oleh OOP. Yg D dpt rasakan ialah code hancus. "Agaknya, aku la yg bermasalah. Aku ni tak cukup teror utk belajar dan guna OOP ni. Aku yg salah dan bermasalah. Aku tak cukup pandai. Aku yg lemah...". D kecewa, dejected.

D letak buku tu ketepi. "Mungkin satu hari nanti, aku akan cuba lagi. Buat masa ni, aku kembali kpd mu, wahai teknik code reuse yg paling senang, walaupun mampu jadi antara yg paling sakit, ya copy, paste and modify. Aku kembali..."

Seterusnya, D berkenalan dgn Java, bukan Jawa krn D ngomong ngak reti.


bersambung...



Macam2

Panduan menghasilkan GUI dgn Swing dpd JGoodies yg terkenal dgn kemahiran guna Swing.

Spring ver 1.1 RC (release candidate) 1 dah release. Perbincangan tentangnya di theserverside. Ia dah support JMS.

Artikel tentang menggunakan Hibernate / Spring / Middlegen / XDoclet - bhgn 1.

Artikel tentang menggunakan Hibernate / Middlegen - Inheritance and Many To Many - bhgn 2.

(0) comments

Tuesday, July 27, 2004

Macam2

Combating Complexity: Eight Architects Tell You How

Bab contoh tentang penggunakan Spring.

Web site tentang membina business rule application atau rule-based systems.

Peraduan SMS haram. Rizan bagi link tersebut.

(0) comments

Monday, July 26, 2004

Bhgn 5 - Belajar Code Reuse

Setelah gagal menyiapkan PMS (payphone management system) utk payphone Tamura bagi pelanggan U, D ingatkan semua hasil usahanya selama lebih 1 tahun ni, akan berkubur begitu shj. Rupa2nya tidak. Syarikatnya S, iaitu majikannya sendiri, berminat utk hasilkan payphone buatan tempatan. Dan, sudah pasti ia memerlukan pms nya yg sendiri. D ditugaskan utk menghasilkan satu pms, khas utk payphone syarikat S.

Setelah membuat penelitian, terdpt beberapa perbezaan antara kedua2 payphone S dan payphone Tamura ni, dari segi sistem. Dua yg utama ialah:
1. Komunikasi payphone Tamura menggunakan DTMF. Komunikasi payphone S menggunakan modem pada kelajuan 1200 baud.
2. Walaupun kebanyakan data adalah sama, terdpt beberapa yg berbeza. Payphone syarikat S ni, adalah gabungan yg terbaik antara kedua2 payphone Tamura dan payphone GPT.

Design pms yg D buat dulu memisahkan antara bhgn komunikasi dgn bhgn GUI pms yg mengawal bhgn lain spt tetapkan rate table, register payphone baru, reporting, dll. Jadi, utk pms baru ni, bhgn komunikasi perlu diubah 100% utk menyokong modem. Bhgn GUI mempunyai lebih kurang 70% ke 80% persamaan.

Di sini la, D belajar code reuse teknik terhebat iaitu copy, paste, modify! Walaupun teknik terhebat ni bukanlah teknik baru buat D, tapi inilah kali pertama D buat pada tahap yg begini besar. Begitu banyak code VB yg perlu D copy dpd pms lama dan paste ke pms baru, dan lakukan perubahan supaya memenuhi kehendak yg baru.

"Agaknya, inilah caranya utk melakukan code reuse. Agaknya, inilah cara standard. Agaknya, inilah cara terhebat utk lakukan code reuse. Mana ada cara lain." Itu la kata2 hati D.

Tapi, cara ini juga punya masalah yg D rasa tak puas hati, antaranya:
1. Code yg dicopy dpd pms lama tu, jalan dgn baiknya di pms lama, tapi hancus di pms baru. Kena ubah lebih banyak lagi serta debug lebih lagi sebelum berjaya menjalankannya.
2. Terdpt fungsi yg banyak digunakan, tapi terhadap, cthnya, data structure yg berbeza. Code yg dicopy dpd pms lama, di paste kat pelbagai tempat dlm pms baru. Setelah penat lelah merubahnya supaya jalan, tiba2 fungsi tu perlu diubah.

Akibatnya, D terpaksa cari code yg menjalankan fungsi tersebut kat merata2 tempat dan melakukan perubahan yg lebih kurang sama. Lagi teruk bila D terlupa/terlepas mana2 code ini dan terpaksa mencari2 dlm code sebelum ... "Ceh! Kat sini rupanya engkau!...".

D merasa tidak puas hati, cukup tak puas hati. "Mesti ada cara yg lebih baik dpd ini?! Takkan la ini je caranya!!...".

D pernah dengar tentang OOP (object oriented programming). Dan al kononnya, oop mampu meningkatkan code reuse ke tahap yg dasat. "OK. Saya dah cukup terseksa dgn teknik copy, paste, modify ini. Sudah tiba masanya utk saya cuba teknik lain plak. Let's try oop plak."


Bersambung...

(0) comments

Sunday, July 25, 2004

Macam2

Baru baca separuh artikel Introduction to Public-Key Cryptography ni, tapi best betul! Satu artikel intro yg amat jelas. Check it out!

Rujukan ringkas utk JavaScript dlm HTML. Boleh download html dia dlm format zip.

Wi.Ser - Java/XML server-side GUI-framework.

Google ambil ramai pakar Java dpd Sun dan BEA utk bekerja dgn mereka.

(0) comments

Thursday, July 22, 2004

Macam2

ActiveBPEL. :D Ntah, saya tak tahu apa kebendanya ni.

WADI 0.9 - Open source distributed session management.

Artikel tentang menguruskan jdbc connection dan update.

Artikel OutOfMemoryError Warning System.

Semasa pi ke artikel di atas ni, terjumpa la web site depa yg mengandungi banyak gak artikel, iaitu kat Maximum Solutions. Macam menarik.

(0) comments

Wednesday, July 21, 2004

Macam2

OSS Security Framework


Kerja
Nampaknya, offer kerja kat syarikat T yg saya pergi beberapa minggu lepas dah senyap sunyi. Saya mengambilnya sebagai petanda bhw belum tiba masanya utk saya bergerak. Mungkin, satu masa kelak boleh saya apply sekali lagi kat syarikat T ini.


Gmail
Saya boleh jemput 5 orang utk join gmail. Ada sesiapa yg berminat?

(4) comments

Tuesday, July 20, 2004

Lagi tambahan

Movie...
Jgn lupa kuatkan volume speaker.
movie1

movie2 atau terus


Tambahan


Artikel2 Menarik

Java annotations

Hasilkan web apps guna JSP, Spring dan Hibernate

Design by Contract guna AOP


Java Layout utk GUI

Perbincangan tentang Java GridBagLayout di javalobby.


Test Driven Development (TDD)

Perbincangan agak hangat tentang JANGAN terlalu mengikut TDD ini di theserverside. Spt biasa, terdpt 3 pihak. Satu yg menyokong TDD habis2an, satu yg menentang TDD ini habis2an, satu lagi yg tengah2, tak menyokong dan tak membangkang, tapi menggunakan unit test dgn banyaknya, dan di masa yg sama, juga mementingkan bhgn2 lain spt integration, design, analysis, dll. Maksudnya, unit test bukanlah faktor utama, tapi salah satu faktor penting dlm sw dev.

Saya meletakkan diri saya dlm pihak ke 3 ini. Yg tinggal ialah betul2 buat unit test. Pendapat dah sama, tindakkan je yg masih belum ... bwhawhawhahahaha!


Buku Struts
Tengah baca buku struts, bab 1 :D

Menarik gak, mengingatkan kembali masa buat struts development suatu ketika dulu, walaupun cthnya teramat la mudah. Memang struts ni banyak gak persamaan dgn webwork ver 1.x. Harapnya, mudah la usaha utk tambah full support utk latest struts kat dlm code generator saya.

(0) comments

Sunday, July 18, 2004

Tak ada apa2 nak lapur hari ini. Kurang happening nampaknya.

Sekarang ni tengah sibuk buat 5 year bugdet. Gerun gak tengok jumlah dia. Bukan la banyak sangat, hanya, tak pernah termimpi akan bertanggungjawab merancang belanjawan syarikat dlm bhgn IT yg mencecah .... errmm, lebih 6 angka. Best gak kalau belanjawan ni diluluskan, boleh ajak rakan2 yg terror2 belaka utk join sekali.

Cerita tentang D akan saya cuba tulis kembali. Tunggu la ya (macam la menarik). Hmmm... apa lagi yg nak dikarang....


(0) comments

Thursday, July 15, 2004

Macam2

Buku Java Servlets and JSP yg baru di theserverside dlm format PDF, boleh di download sekarang secara percuma. Cepat! Cepat! Sebelum terlambat. Jgn lupa download sekali dgn source code nye.

Hmmm... Blogger dah upgrade screen utk compose blog dia. Macam canggih, tapi masih banyak bugs. Nasib baik boleh edit html code yg dijanakan.

Interview dgn seorang mamat bernama Bruce Tate di theserverside. Manarik gak, terutamanya tentang kepentingan AOP (aspect oriented programming). Nampaknya, ramai gak orang putih ni yg tak tahu tentang AOP. So, kita tak ketinggalan la, kan, kan. Hanya, camna nak ajak developer 2kat malaysia ni mencuba AOP yek? Hmmm...

(0) comments

Tuesday, July 13, 2004

Brainbench

Hari terakhir! Sempat buat satu test sat tadi, masa lunch time. Buat test Java 2. Cit! Hanya dpt 4.17! Aaarrrgghhhh!!!! Agak hancus! Yg gelakknya, dlm analisa depa, saya agak kuat dlm Swing!!! Hahahahahaha. Tapi lemah dlm RMI dan Standard API! CIS!!!!! Aaarrrrgggghhhhh!!!!

(0) comments

Sunday, July 11, 2004

Macam2

Artikel tentang menjalankan Java apps di ms windows melalui native app launcher.

Artikel tentang Jython di ibm.

Blog Martin Fowler tentang perbezaan mock objects dgn stub. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Apache James ver 2.2 dah release. Ia adalah satu email server implementation menggunakan Java. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Tinggal 3 hari shj lagi utk ambil ujian di brainbench. Belum sempat ambil Java 2 lagi. Java 2 non gui pun kena ambil a 2nd time. Harap2 sempat.


Semalam, ada jemput beberapa rakan2 ke rumah utk meraikan 2 pasangan pengantin yg masih agak baru, iaitu efendi dan syaril. Semoga sentiada dlm bimbingan Allah. Selain 2 mempelai ni, cairo, ajakv6 dan rizan pun datang. Farid dan Ishak je yg mia.

Mereka bagi feedback, yg mana, mereka baca aje blog ni, tapi tak dpt nak implement idea2, mahupun tools yg saya nyatakan, which is ok krn idea dan tools adalah mengikut kesesuaian dan keperluan projek masing2.

Tapi, adakah blog ini terlalu cryptic? Terlalu memeningkan para pembaca? Terlalu merapu? Hmmmm....

(0) comments

Thursday, July 08, 2004

Macam2
Wow! Banyaknya link2 kpd projek2 yg menarik di theserverside. Saya dah kumpulkan kebanyakannya dpdnya di bawah ini dan akan memasukkannya dlm senarai saya sendiri.

noodle transparently making arbitrary changes to an HTTP request and response.

vmtools XML-oriented tools. xbis pun utk xml, tapi lain fungsi. Nak terangkan pun tak reti. jibx utk convert java objek ke xml dan sebaliknya dgn al kononnya kelajuan tinggi.

Multivalent tukar kpd pelbagai format spt PDF, serta keupayaan utk membuat manipulation terhdpnya.

hipergate CRM dan Groupware. Nampak menarik.

jtextcheck spell checkers, grammar checkers, style checkers, thesauri, dictionaries etc.

jpoller melakukan polling terhadap directory yg kita nak dan fire event jika dikesan ada file yg dah berubah.

zipdiff cari perbezaan antara 2 zip, jar, ear, war file.

mondrian OLAP (online analytical processing) database. jpivot JSP custom tag library that renders an OLAP table and chart.

anthill menggunakan ant build dan lebih lagi. Menarik gak. Kena cuba belajar ni. Nape tak perasan sebelum ni...

batik utk SVG convertion, viewing dlm applet dan application dll. Dpd keluarga Apache.

HotSheet retrieves news headlines from multiple websites, displays them, and allows you to interact with them.

jaxor Model Driven Persistence.

(0) comments

Wednesday, July 07, 2004

Macam2

Web site utk cara nak implement Design Patterns menggunakan AspectJ di sini. Menarik gak.

AspectWerkz dah release ver 1.0 beta. Perbincangan tentangnya di theserverside.

Tengah belajar Drools, salah satu open source rules engine utk Java. Menarik gak.


Tambahan

Lagi artikel dan web site tentang AOP.

(0) comments

Tuesday, July 06, 2004

Brainbench
Best! Cairo, farid, rizan and juga azeman dah menempah nama dlm senarai pelbagai ujian kat brainbench utk malaysia. Saya tengah tunggu efendi dan ajakv6 plak.

Utk saya, saya masih gagal mencapai matlamat saya. Markah OO Concepts saya yg kedua masih tak dpt atasi markah lama. Markah OO Design Patterns yg kedua plak hanya 3.66. Kantul!

Percubaan pertama utk Java 2 Fundamentals plak hanya 3.88. Aduuuhhh!!

Kena cuba lagi...


AOP kat Java 1
AOP Panel at JavaOne di blog oleh Cedric Beust. Perbincangan di Java 1 tersebut dihadiri oleh antaranya James Gosling dan bapa AOP, Gregor Kiczales. Satu artikel yg ringkas. Menarik gak. (Saya! Saya! Saya angkat tangan ni!...)

(0) comments

Sunday, July 04, 2004

Swing
Perbincangan menarik tentang kelajuan Swing di javalobby dan link kpd lib Foxtrot, satu lib utk penggunaan thread dgn Swing.

(0) comments

Friday, July 02, 2004

Kelajuan Servlet
WOW! Keputusan ujian kelajuan servlet ini cukup menarik! Nampaknya, tomcat bukan lagi budak belasahan macam dulu. Bukan shj tomcat ver 5.0.X dah kalahkan jetty, bahkan, ia mampu bersaingan dgn yg terbaik spt orion dan resin. Dasat! Ni kes macam bola sepak Greece la ni. :)

Tahniah tomcat ver 5.0! Selain tu, tomcat ver 5.0 ni pun dah support distributed session, membolehkan ia digunakan utk load balancing web container. Cukup dasat! Salut! :)

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?