<$BlogRSDUrl$>

Sunday, June 13, 2004

Bhgn 4 - Bekerja di syarikat SR, belajar VB

Setelah SR distabilkan, D pi outstation ke Sungai Piah bersama2 dgn team scada SR. Utk beberapa bulan lamanya, mereka bertolak ke Ipoh setiap hari ahad menaiki pajero dan kembali ke kl setiap hari jumaat malam sabtu. Setiap hari bekerja, mereka akan ulang alik antara ipoh dan sungai piah, yg mengambil masa perjalanan 1 ke 2 jam.

D belajar benda2 asas spt soldering dan crimping. Siap berlomba2 dgn budak technician team scada. Sudah tentu la D kalah, tapi itu tak menghalang D dpd menyeronokkan kerja yg sebenarnya membosankan, dlm hutan di station sg piah upper, mahupun 1 km dlm banjaran di station sg piah lower. D sebenarnya diberi tugas software maintenance utk scada SR, tapi dikala tahap projek adalah utk melakukan installation dan commisioning, maka, semua orang turun padang.

Setelah hampir 6 bulan D bersama2 dgn team scada, tiba2 D telah ditukarkan ke team yg terlibat dgn telefon. Tugas D ialah utk bantu Kak I buat sw maintenance utk PMS (payphone management system) utk, masa tu, syarikat U. Ada 2 pms, yg pertama utk GPT payphone dah deliver dan 1 lagi, utk Tamura payphone baru nak trial. Yg kritikal masa tu ialah pms utk tamura ni. Ia mempunyai masalah krn tak stabil, asyik2 down disebabkan out of memory. Kedua2 pms ni dihasilkan menggunakan C.

D yg hanyalah tahap sederhana dlm C masa tu, berusaha sedaya upaya walaupun Kak I tak meletakkan harapan yg tinggi kpdnya utk membantu. Kak I adalah senior yg teramat la mahirnya dlm assembly language dan punya track record yg dasat krn code2 dia la yg menjalankan produk2 telefon SR spt dlm iklan tv bersama burung kakak tua tu.

Kesungguhan D terbalas dgn terjumpanya satu bug yg memang menyebabkan memory leak. Malangnya, sistem pms tu masih down akibat out of memory walaupun ia mengambil masa yg lebih lama sikit utk ini berlaku. D tak berjaya mencari bugs2 yg lain. Walau bagaimanapun, usaha D telah membuka mata beberapa orang, terutamanya bos dia iaitu Kak I.

Antara langkah syarikat induk utk menstabilkan SR ialah dgn mengambil MD baru dan menghantar pekerja2 semua ke satu retreat utk beberapa hari dan melakukan brainstorming, swot dan pelbagai aktiviti lagi utk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan SR yg tinggal dan cara2 utk mengembalikan SR sekurang2nya ke tahap asal.

Semasa retreat tersebut, D telah ditugaskan utk present dan mewakili bhgn sw pms bersama2 dgn Kak I. S, md baru SR, telah mencadangkan pms tamura yg sedia ada, dibuat semula menggunakan Visual Basic. S menyatakan VB ni amat senang dan membolehkan developer menjadi amat produktif.

D setuju dan telah diamanahkan utk membangunkan semula pms tamura ni menggunakan VB, sorang2!. S akan meminta syarikat U utk memberi masa utk sistem ini dibina. Setelah kembali ke office, S telah membelikan D, VB version 3.0. D telah dibebankan dgn satu beban yg agak besar, pada masa dia baru bekerja 1 tahun lebih di SR.

D bertungkus lumus utk belajar menggunakan vb. Learning curve yg dihadapinya agak besar. Ialahkan, dia budak grad electrik, mana tau benda2 spt database, sql, dan macam2 lagi. Binatang apa pulak semua ini? Berbulan2 lamanya D ambil masa utk cuba belajar semua ini. Selain ini, D juga kena handle bhgn berhubung dgn Tamura Payphone. D telah membeli lib vbx yg bernama Visual Voice yg boleh mengawal kad Dialogic utk berhubung dgn Tamura Payphone menggunakan DTMF (dual tone multiple frequency).

Dgn berbekalkan comm protocol yg diperolehi, D cuba utk berhubung dgn tamura payphone. Berbulan2 gak D berusaha utk sokong semua communication yg ada antara tamura payphone dan pms.

Akhirnya, setelah lebih 1 tahun D tenyeh dan ditenyeh, sistem pms baru yg dibuat menggunakan vb siap utk dicuba di syarikat U. D dgn berdebar2nya meletakkan pc dia kat salah satu pusat pms syarikat U. Utk berminggu2 lamanya D berkhemah di situ. Buat permulaan, terdpt banyak gak bugs yg D jumpa dan perkemaskan. Lama2 semakin a ok. Malangnya, terdpt satu comm antara payphone dan pms yg mana formatnya tidak terdpt dlm doc protocol tamura. Nampaknya syarikat tamura tak berterus terang dgn syarikat U.

Keadaan semakin tegang. Setiap kali pc pms tu terima report dpd payphone yg menggunakan protocol yg tidak diketahui ini, comm tersebut dibatalkan dan payphone tersebut akan ulang kembali. Lama kelamaan, apabila comm protocol tersebut masih tidak dpt dicari, syarikat U terpaksa membatalkan hasrat mereka utk menggunakan pms SR.

Kecewa D. Anak yg dikandung selama lebih 1 tahun, telah direject. Waahhhhh! Penat lelah D, siap dgn memasukkan trending, charting, printing dan macam2 lagi, tak digunakan. D gagal melakukan hacking terhadap comm protocol tamura payphone tersebut. Kecewa D. Waahhhhh!


Di bhgn seterusnya, D belajar code reuse. Bersambung...

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?