<$BlogRSDUrl$>

Monday, May 31, 2004

Bhgn 3 - Bekerja di syarikat SR, tahun pertama

Bulan april dan mei 1994 adalah bulan mencari kerja, seperti biasa utk budak2 yg baru grad. Yg diidam2kan oleh D masa tu ialah utk bekerja dgn celcom. Sebab utama ialah gaji fresh grade yg besar iaitu rm 2100.00 + elaun rm 210.00 menjadikan total rm 2310.00. Besar betul gaji tu masa dulu.

Mohon punya mohon, yg D dpt ialah Samsung di Senawang dan SR di ulu klang. Dari segi gaji, samsung lebih rm 100 dpd SR dan menawarkan overtime yg mampu memberikan jumlah pendapatan melebihi rm 2000.00 dgn senangnya. SR hanya bagi gaji. Itu je.

Sebagai fresh grad, sudah tentu, matlamat utama D ialah mendapatkan gaji yg paling lumayan. Kerja tu belakang kira. D nak duit, duit dan duit.

Maka, dgn matlamat tersebut, pada 1 Jun 1994, D melangkah masuk ke syarikat SR! Kenapa SR? Ntahlah. Tapi D pilih SR, syarikat yg bagi D gaji yg paling kecik sekali. Hmmm....

Sebenarnya, masa tu, D berhasrat utk jadikan SR sebagai batu lonjatan shj. Niat dia ialah, dlm masa beberapa bulan lagi, D nak join celcom! D rupanya masih mengharapkan gaji yg besar! Ialahkan, lebih rm 700 dpd gaji yg dia dpt di SR. Tentulah D idamkan gaji sebanyak tu.

Dgn niat utk join celcom, D datang bekerja di SR. D tetap cuba bagi usaha/hasil yg baik utk SR, walaupun bukan 100%, walaupun bukan yg terbaik. Tapi... ditakdir satu peristiwa berlaku dlm masa 6 bulan pertama D di SR yg merubah segala2nya. Ceh! Dramatik pulak bunyinya, yek?

Baru aje 3/4 bulan D join SR, SR dilanda badai! MD SR bergaduh dgn big bos. Bergaduh tahap teruk yg akhirnya mengakibatkan MD tersebut resign serta merta. Dia bukan shj keluar dpd syarikat, tapi telah mengajak sekali begitu ramai senior2 SR yg dasat2 belaka.

Sedikit back ground tentang SR. SR ialah, pada masa tu, salah sebuat syarikat RnD tempatan yg terulung di malaysia. Walaupun dgn budget yg amat la terhad, SR telah berjaya menghasilkan pelbagai produk berasaskan telecommunication utk syarikat induknya. Antara yg paling utama ialah produk telefon yg mana pelakon utamanya ialah seekor burung kakak tua menjawab panggilan. Selain itu, SR juga ada produk SCADA (Supervisory, Control and Data Acquisition) yg telah pun dipasang kat Langkawi dan pada masa D join, kat Sungai Piah - Grik. Semuanya utk TNB. Engineer kat SR ni memang bukan calang2 punya orang la. Dasat2 gak.

Jadi, bila md SR nak cabut dgn membawa hampir 50% senior2 SR, beserta beberapa senior yg lainnya pun nak cau, SR pun bergoyang. Tulang belakang SR dah hampir tiada. Tinggal beberapa kerat je senior SR dpd berbelas orang. Pelbagai spekulasi timbul. "SR akan ditutup". "Habis la kita, tiada sokongan lagi". "Sape nak siapkan semua projek yg ada ni?". Dan bermacam2 lagi. Mood semua pekerja, termasuk D, begitu rendah sekali. Senior2 yg tinggal macam tak larat dan tak mampu nak tanggung semua beban yg diberikan. Junior2 macam D, menjadi tak tentu arah, apatah lagi, tak pandai nak mengharungi pelbagai spekulasi yg melanda.

Tiap2 hari, semasa menunggu syarikat induk utk beri arah dan tujuan, D tak duduk lama kat kerusinya. D, seperti semua pekerja yg lain, bermundar-mandir ke sana sini, berbincang dan terus berspekulasi. Semua pekerja? Ya, itu la yg D nampak. Semua pekerja buat benda ini. Tapi... D silap. Tak semua pekerja buat ini.

Diceruk satu sudut, dlm cubicle nye sendiri, Y, salah seorang pekerja baru yg masuk lebih kurang sama waktunya dgn D, sedang sibuk bekerja. Sibuk buat kerja yg betul2 kerja. Bukan sibuk berbual tentang masa depan syarikat.

"Y, apa pendapat awak tentang keadaan SR sekarang ni?" tanya D. Y yg sedang sibuk menguji PCB (printed circuit board) salah satu produk SR dgn osiloscope, mendongakkan kepalanya dan menjawab, lebih kurang maksudnya, "Ntahlah. Apa nak jadi, jadilah. Yg penting utk saya ialah matlamat saya utk belajar. Di SR ni, saya boleh belajar begitu banyak sekali. Selagi SR masih wujud, saya akan teruskan kerja saya ni krn saya nak belajar sebanyak mungkin. Kalau SR betul2 ditutup, barulah saya akan pindah kerja. Selagi itu belum berlaku, saya nak teruskan belajar dan tak mahu keadaan SR masa kini menjadi penghalang utk saya terus belajar".

D tersentak dgn jawapan Y tu. Jawapan Y tu spt menampar pipi D, membuatkan dia sedar. D sedar bukan shj tentang dia tak buat kerja, tentang dia tak belajar akibat tak buat kerja, tapi lebih mendalam lagi, tentang matlamat D dlm alam pekerjaan ini. Apakah matlamatnya, utk jangka masa pendak, sederhana dan panjang? Jangka masa pendek, D hanya nak gaji yg besar. Jangka masa sederhana tiada, apatah lagi jangka masa panjang.

"Ya, betul kata2 Y. Saya perlu letakkan matlamat yg lebih kukuh dan bernilai utk hidup ku ini. Matlamat jangka panjang yg akan menjadi pendorong dan memberi garis panduan utk semua langkah2 ku di masa hadapan."

Mulai ketika itu, D berubah. Perubahan yg berlaku dlm diri D, menjadi asas kpd perubahan2 seterusnya.

D kembali ke meja dan PC nye. Dia teruskan kerjanya. Kali ini D bersungguh2 bekerja. "Aku nak belajar. Aku nak belajar." D dah kurangkan masa dia berbual2 tentang perkara yg kurang berfaedah. D memastikan dia teruskan kerjanya, dan kalau kerja tak ada, dia akan cari kerja utk terus belajar.

Akhirnya, syarikat induk panggil semua pekerja SR utk taklimat penting tentang masa depan SR. Big bos sendiri yg bagi ucapan. Semua pekerja SR bergembira krn big bos memberi sokongan sepenuhnya kpd SR. "SR adalah syarikat RnD yg memberi kekuatan kpd syarikat induk. Kalau syarikat kumpulan kita bermasalah pun, yg paling akhir kena tutup ialah SR." Bersungguh2 big bos bagi jaminan. "Hooray!". Jaminan big bos ini melegakan hati setiap pekerja. Masalah dan kerisauan utama dah selesai. Masalah2 lain boleh diusahakan utk diselesaikan.

D sedar, walaupun gaji yg dia dpt kat SR tak sebesar syarikat lain, tapi dia mampu belajar begitu banyak kat SR. Bila D berjumpa dgn rakan2nya yg berjaya masuk celcom dan samsung, dia tanya apakah pekerjaan yg mereka buat dan apakah yg telah mereka pelajari? Salah seorang kawan dia yg buat cell planning utk celcom bercerita yg dia naik van dan dgn menggunakan alat khas, dia akan perhatikan kekuatan isyarat sambil van tersebut bergerak dari satu kawasan ke kawasan yg lain. "Ye ke? Lain? Itu aje?" tanya D. "Adalah la lain spt buat report..." Ish! Tak berminat D.

Kat kilang samsung, kawan2 dia pergi melalui pelbagai latihan utk memahirkan diri dgn pelbagai peralatan yg digunakan. Mereka kena maintain semua peralatan tersebut sepanjang masa ia beroperasi. Bahkan, mungkin kena "on call" sekiranya tengah2 malam, mesin rosak menyebabkan mereka terpaksa berkejar ke kilang. Pun D tak berminat.

Akibatnya, rancangan D utk pi ke syarikat yg bergaji lebih besar dilupakan. D nak belajar dan SR memberikan peluang utk D belajar dgn banyak.

Betul ke sangkaan D ini? Bersambung....



Oh ya. Hari ini, genap 10 tahun D bekerja. Harapan D, hasil usaha kerjanya membantu majikan dan rakan2 yg lain. Semoga Allah memberkati hasil usaha ini dan menetapkan hatinya dijalan yg benar. "Ya Allah, jgnlah Engkau bebankan aku, beban yg tak sanggup aku tanggungi".

Comments:
pipi saya pun tertampar sama ! tq bro for bringing this story ....
lama termenung lepas baca posting hang ni .....
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?