<$BlogRSDUrl$>

Thursday, May 27, 2004

Bhgn 2 - Alam Menara Gading
D melangkah masuk ke UTM sekudai. Tahun 1 DEP (diploma elektrik perhubungan) bermula dgn agak goyah. Banyak masa diperlukan utk menyesuaikan diri dgn alam baru ini. Hasilnya dia hanya dpt 2.9 gpa semasa semester 1. Walaupun D secara keseluruhannya lebih rajin dah sekarang, satu tabiat yg tak dpt dihapuskan ialah belajar last minit. Nak periksa/ujian baru belajar betul2. Kalau tidak, lebih kurang dan main2 aje. Dah la tu, hampir tiap2 minggu balik kampung. Ialah, naik satu bas aje.

Tahun 2, D kena pindah ke UTM jalan semarak. D, sepertimana pelajar2 tahun 2 yg lain, diberi asrama. D dpt bilik kat blok A, dlm kawasan UTM. Blok A ini adalah blok yg paling hampir dgn masjid UTM. Menapak tak sampai 1 minit dah sampai.

Sekali lagi, D kena sesuaikan diri dgn persekitaran di UTM jalan semarak ni pulak. Di blok A ini, dia ditemani dgn salah seorang budak best student. Budak tu duduk di bilik yg bertentangan dgn biliknya. Selain tu, D juga diperkenalkan kpd seorang lagi budak yg terror, dlm kumpulan budak2 melayu, yg juga tak jauh dgn biliknya. Kedua2nya berada dlm kelas yg berbeza dgn D. "Wah! Mereka ni merupakan 3 pointer yg dasat. Keciknya aku ni...".

D sememangnya seorang yg low profile. Jarang keluar ke bandar kecuali jika perlu. Kurang huu haa. Jumlah rakan2 dia yg agak rapat taklah ramai. Di UTM jalan semarak ni, dia meneruskan cara ini. Cara lain dia tak tahu. Tak dikenali ramai, biarkan la.

D meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar, dgn keyakinan bhw dia hanyalah seorang pelajar biasa je. D juga semakin kerap solat berjemaah kat masjid. Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Ialah, begitu dekat dan mudah sekali. Yg last sekali utk pi solat berjemaah kat masjid ialah solat Subuh. Terima kasih kpd seorang mamat tabligh krn rajin mengejutkan bangun dpd tidur. Tanpa D sedari, dia sedang melalui latihan, tarbiah, yg begitu lembut dan halus.

Naik semester 2, tahun 2, D meneruskan solat berjemaah ini dari mula semester lagi. Sesuatu yg anih berlaku. Sebelum ini, dia masih meneruskan belajar di saat akhir. Tapi, entah, kenapa tiba2 D merasa terdorong utk mula belajar semasa baru masuk minggu ke 3, semester 2 itu. "Awalnya dah terasa nak belajar. Belum ada apa2 ujian pun...". D pun mula belajar, dan belajar, dan belajar. Seorang pelajar dari blok lain, K, turut belajar bersama2 dgn D. K selalu berkemah di bilik D utk, err, berguru dgn D. "Kah, kah, kah. Nak berguru dgn aku ni? Sape la aku... Kah, kah, kah....". Tapi K berkeras nak belajar dgn D dan bukan dgn orang lain. OK, no problem. Yg bagusnya, setiap kali azan, K akan ikut sekali D pi berjemaah.

Akibatnya, D mendapat keputusan gpa yg agak baik iaitu 3.74 utk semester 2, tahun 2. Best student yg duduk bertentang dgn bilik D dpt gpa 3.86. "Hish! Macam tak pecaya. Aku ni kan budak biasa. Macam mana boleh beza 0.12 aje dgn mamat tu? Hish!". K pulak, buat pertama kalinya, mencecah 3 pointer.

D belajar sesuatu yg baru. D baru sedar, betapa kuatnya didikan dgn hanya solat berjemaah 5 waktu setiap hari. "Hish! Power betul yek. Aku yg pemalas terus ni pun mampu diubah...".

Tahun 3, D duduk luar. Jauh dpd masjid/surau. Keputusan kedua2 semester tahun 3 ni tak de satu pun yg menghampiri 3.5.

D mengakhiri kursus DEPnya dgn keputusan cgpa 3.3. D meneruskan perjuangan dgn mengambil kursus SKE di UTM semarak. D berjaya mengakhiri kursusnya dgn cukup2 cgpa 3.0.

Setiap kali D lalu blok A, dia terkenang latihan yg dia lalui dulu. "Power. Cukup power. Sayang dah tamat...".

6 tahun mengambil kedua2 kursus DEP dan SKE ni, mencungkil minat D terhadap programming. Bermula dgn basica masa tahun 1 dulu, D diajar assembly language pulak. Selepas beberapa minggu belajar assembly language utk 6800, D tiba2 faham. D tak faham kenapa dia faham. Sebenarnya D melalui paradigm shift atau perubahan paradigmanya yg pertama. D berpeluang utk belajar assembly language 8086 di tahun akhir SKE dan telah mengambil projek tahun akhir yg memerlukan dia buat simulator menggunakan Borlang C++ dgn OWT (object windowing toolkit).

D buat programming C dia spt mana dia buat assembly language. Dari atas sampai la ke bawah. Program D hanya ada 1 function iaitu Function main. Semua code dlm function itu. Bila ada rakan memberitahu bhw elok utk pecah2kan kpd beberapa function, D masih berdegil krn rakan dia tu tak dpt bagi sebab yg kukuh kenapa mesti buat begitu. Akhirnya D melalui perubahan paradigma kecil dan bertukar kpd pelbagai function.

D grad bulan march, tahun 1994. Fresh lagi. "Kemana aku selepas ini..."

bersambung...

Comments:
Menarik jugak citer mamat D ni ye... tak sabar nak tunggu siri di mana D akan jumpa sorang mamat yg power gak la, K namanya. Cerita selanjutnya, tunggu ... ;)
 
Hahahaha! K... eh silap, cairo, you are too much! :D
 
Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?