<$BlogRSDUrl$>

Friday, April 23, 2004

Pindah Office dan Banjir dlm Masjid
Ok, sah dah. Saya dan rakan2 sepejabat akan pindah minggu pertama bulan 5 ini. Kembali la solah jumaat kat masjid KLCC nampaknya. Selamat tinggal masjid Negara.

Betul2 dasat punya hujan ribut semasa solah jumaat semalam. First time sujud ke lantai yg penuh dgn air. Sebelum sujud pun dah basah, walaupun belum kuyup. Masa rakaat kedua, badan terasa kesejukan akibat terus menerus dilanda hujan yg ditiup kencang oleh angin. Saya solah, lebih kurang 20 kaki dpd hujung bumbung, saf kedua yg kemudiannya menjadi saf pertama akibat mereka disaf pertama masuk ke tengah masjid masa imam nak memulakan solah.

Rakan sepejabat saya yg dah solah jumaat kat situ lebih 15 tahun memberitahu, ini kali pertama berlaku begini. Ada apa2 petanda ke, dpd yg Maha Esa? Takut gak....

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?