<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, January 13, 2004

Q>terangkan serba sedikit tentang low level utk sistem building automation?

saya cerita apa yg saya tahu/ingat. Utk sistem mbsa tersebut, pendawaian antara PLC Koyo dan semua peralatan2 spt lampu, chiller dll, dibuat oleh technician. tapi, setahu saya, pendawaian tidak dibuat secara direct krn voltan + arus yg dibekalkan dpd I/O PLC tidaklah mencukupi spt lampu memerlukan 230V, sementara PLC 12V rasanya. mungkin saya silap disini, tapi point saya ialah, voltan dan arusnya tak cukup.

so, selalunya technician ni akan sambung dpd I/O plc ni kpd peranti lain yg membekalkan voltan dan arus pada tahap yg mencukupi. I/O plc bertindak lebih sebagai tukang on/off kan shj. bila on, voltan dan arus dibekalkan, bila off, voltan dan arus dimatikan. maaf la, saya tak ingat namanya. 10 tahun lepas ada la belajar semua ni masa diploma dan degree electric, tapi sekarang dah lupa.

bhgn saya pulak, ialah membuatkan satu sistem yg perlu berhubung dgn PLC ini. PLC Koyo menyediakan API nya dlm bentuk MS DLL. Rakan saya hasilkan JNI(java native interface) layer supaya program java saya boleh bercakap dgn DLL Koyo ni. Dia guna C dan ambil masa lebih kurang 2 ke 3 minggu, part time (dia buat 2 ke 3 jam sehari, dan terror gile dlm C). Saya pulak ambil masa lebih kurang 2 ke 3 minggu juga, tapi full time, utk faham sepenuhnya cara utk kawal PLC tersebut guna JNI/DLL tu. Ni krn, API yg dibekalkan adalah agak low level. address conversion, plc id, analog value conversion, reconnection dan lain2 kena handle sendiri. API tu tak bantu. tu yg timbul kes, onkan FCU1, FCU3 ter off!!!

sistem saya provide smart :-) scheduler. lampu dan air cond kena onkan setiap sabtu kecuali sabtu pertama dan ketiga. setting ni buat sekali je, tak perlu setkan tarikh dan ia boleh berfungsi tanpa apa2 gangguan, bertahun2 lamanya. err, setakat ni baru 3 tahun la.


Q>apakah cara paling mudah utk belajar buat sistem building automation ni?

cara paling mudah? saya tak tahu cara mudah krn saya lalui cara sukar, pahit dan lama iaitu selama 1 tahun utk bermula from scratch, sampai la siap beserta site installation dan commisioning. 2 orang buat lebih 90% sistem tu secara full time dan 2 orang lagi part time (beberapa minggu), tolong tang jni tu dan linux+postgresql installation and setup.

awal tahun ni, kami upgrade sistem lama supaya berprestasi lebih baik lagi spt mampu menerima event spt lampu dikesan trip, dll, sampai tahap melebihi 2000 event sesaat (sistem lama hanya mampu sokong beberapa puluh event sesaat je) dan ini semua ambil masa lebih 4 bulan utk siap.

point saya, saya tak tahu apa2 cara mudah utk belajar benda alah ni.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?