<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, January 13, 2004

>composition objects nih digunakan untuk ape ye?

dlm oop, 1 object boleh ada hubungan dgn object lain. hubungan tu berbeza dari segi kekuatannya. antara jenis2nya:
1. inheritance
2. composition/aggregation
3. association

cthnya ada 1 object Mamat yg merupakan anak kpd object Mat (inheritance). Semua ciri2 (data/field) spt mata biru, kulit merah, dll diwarisi Mamat dpd Mat. Begitu juga sifat2 dan perangai (methods) Mamat spt rajin membaca, laju lariannya, dll, juga diwarisi dpd bapanya iaitu Mat. Mamat pun boleh ada ciri atau perangai yg tidak diwarisi spt kepandaian dan kecekapan sms yg bapanya tak ada.

Object Mamat ni juga, terdiri (compose of, composition) dpd pelbagai jenis object yg lain spt 2 object tangan, 2 object kaki, 1 object otak, begitu banyak object sel darah merah, dll. Hubungan composition ni amat kuat. Keluarkan object jantung dpd object Mamat ni, habis la alamatnya riwayat hidupnya. Hilangkan 2 object matanya, menyebabkan object Mamat ni cacat akibat tak boleh lihat.

Object Mamat ni juga ada sejumlah object lain yg menjadi kawannya, spt object Man, object Din, object Pian dll. Hubungan jenis ini tidak la kuat, dan selalunya dianggap sebagai association. Apa2 terjadi kpd salah satu object ini, tidak mengganggu object Mamat selain perasaan sedih.

Ada juga jenis hubungan yg lain. Nama saya tak ingat, mungkin tergolong dlm kumpulan aggregation. Saya bagi cth je. Hubungan antara object Beg dgn isi kandungannya. object Beg mungkin ada sejumlah object baju, sejumlah object buku, dll. Hubungannya lebih kuat dpd association, tapi tak la sekuat composition krn setiap object buku tu, tak bergantung kpd object Beg. Kalau dikeluarkan, object Beg tetap wujud dan object Buku tetap wujud.

sikit2 yg saya tahu/ingat...

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?