<$BlogRSDUrl$>

Monday, December 08, 2003

Saya dan team saya dulu pernah kena buat projek yg guna visual c++ utk hasilkan fax engine utk cirrus chip set, sekitar 97/98. Hancus! complexity nye melampaui tahap saya. Akhirnya projek tu kantul, bukan krn tak siap, tapi krn dipermain2kan oleh satu syarikat dpd US yg menjanjikan seribu satu janji (senang je, kami boleh ajar dan bimbing, jgn risau, siap punya, etc).

Kami bernasib baik krn masa tu, saya dpt seorang Object Oriented consultant tempatan, DZ. Dia grade dpt PhD kat Australia dan jadi VP RnD salah sebuah syarikat terkemuka tempatan masa tu sebelum go on his own. Utk bantu projek ni, dia bawak masuk seorang mamat tempatan juga, S, yg rupa2nya, walaupun berdarah jawa, tapi tak mahir Java, tapi mahir giler C, sejak zaman U kat us lagi khabarnya. Memang terror si S tu.

Berbekalkan buku tentang fax protocol dll yg saya beli tapi tak faham / tak reti, beserta bimbingan DZ tu, dia berjaya siapkan fax engine guna C. Antara kepayahan fax engine ni ialah:
1. memerlukan real time programming krn fax protocol ni ada berbagai peringkat dan setiap peringkat ada beberapa ms shj utk siapkannya.
2. memahami setiap peringkat ni bukan la mudah.

Walaupun S ni tahap sederhana dlm C++ dan kurang mahir dlm OOAD, tapi ke terror an dia dlm C memang cukup hebat.

Kesimpulannya, utk setiap projek yg hendak dibuat, analisa risiko2 yg ada dan cuba atasinya. Dlm kes saya, kami dah cuba, tapi tahap C/C++ yg lemah beserta kelemahan dlm real time & time critical programming, memerlukan pakar utk masuk, join the team dan bagi dia ruang utk manuver. Hanya bila dia dah selesa, barulah dia mula ajar kpd selected team members utk technology transfer. Yg penting, system tu siap.

Tapi, sama penting atau lebih penting ialah, jgn la percaya sangat dgn syarikat2 yg promote product dan keupayaan mereka seolah2 tahap dewa. Mereka banyak yg tipu. Akibatnya, syarikat yg saya keje tu mengalami kerugian yg besau dan terpaksa downsize.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?