<$BlogRSDUrl$>

Monday, December 08, 2003

>kalu banding java ngan .net application... mane lagi ok in term of hasil and application

saya tak pernah guna .net tapi saya yakini kedua2nya ada kelebihan dan kelemahan masing2. satu faktor yg elok diambil kira ialah keselesaan, style dan citarasa diri sendiri terhadap kedua2nya, mahupun dgn programming lang. dan teknologi yg lain.

utk saya, saya jauh lebih selesa dgn Java berbanding C, assembly lang. mahupun VB. tapi, satu kelemahan atau boleh dianggap sebagai kelebihan ialah, keselesaan dgn Java ni bukan datang bergolek. saya kena sediakan environment supaya ia lebih selesa, dari masa ke semasa.

maksud saya, walaupun teknologi java dah baik, tapi as is, ia masih tak cukup bagus dan saya tak puas hati. saya berusaha utk jadikan ia lebih bagus utk buat sistem dlm beberapa kategori:
1. 3rd party tools
2. development environment
3. custom tools
4. complementary development techniques


3rd party tools spt :
1. OR mapper spt castor, hibernate, etc
2. Xml Parser spt electric xml
3. Web service spt glue
4. Application Server spt tomcat, jetty, jboss
5. Unit Test spt JUnit
Semua tools ini dan banyak lagi, adalah complement kpd teknologi sedia ada dlm Java, dan menambahkan nilai dan keselesaannya.


Development environment spt:
1. ant utk customise build sw kita, mengikut cara yg kita nak.
2. IDE spt eclipse

One size does not fit all. Oleh itu, menggunakan ant dll, kita customise environment sw dev kita mengikut selera kita. Dari masa ke semasa, bila nak ubah cara build sw, adalah amat senang krn kita ada hampir kawalan penuh terhadapnya. Cth nak build sw adalah spt step2 berikut:
a. compile semua files dlm dir src ke target dir
b. runkan semua unit test terhadap code yg telah berjaya dicompile
c. create file utk deployment spt war, jar, ear
d. copy file deployment ke application server
e. arahkan application server utk reload application yg baru di deploy.

Semua steps diatas diautomatekan dlm build process dgn hanya 1 arahan.


Custom tools
Buat la customs tools sendiri utk memperkemaskan lagi development kita. Cthnya, hasilkan code generator yg menghasilkan pelbagai code, configuration files, html/javascript, dll. Gabungkan kalau boleh, dgn ant build kita. Ini mampu meningkatkan productivity kita beberapa kali ganda.


Complementary development techniques
Masa guna VB dulu, saya kantul dlm mempelajari OOAD selama lebih 1 tahun. Setelah berpindah ke Java dan dapat bimbingan dlm OOAD, saya dapati antara faktor penghalang kpd saya belajar OOAD ialah cara development dlm VB yg 'unik'. Perlunya 'unlearn' cara ini utk lebih mudah menerima OOAD. Dan, setelah belajar OOAD, saya merasakan ianya amat sesuai dgn Java. Meningkatkan keselesaan saya.

Ni pendapat dan pengalaman saya je. Lain orang, lain pendapat dan pengalaman. Take it for what it's worth.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?