<$BlogRSDUrl$>

Sunday, February 04, 2007

Update - outstation

InsyaAllah, saya akan outstation ke Itali dan US bermula hari ini. Flight ke Itali ialah pada pukul 11:40 malam ni. Kembali semula ke tanah air, insyaAllah, pada 26 feb.

"Ya Allah, selamatkanlah dan permudahkanlah perjalanan aku sekeluarga pergi dan balik. Dan permudahkanlah segala urusan kami. Amiinn."


Blog pertama 2007

Warriors of the net. Satu movie pengenalan kpd protocol dan component internet secara ringkas yg menarik. Lebih kurang 12 minit. Sesuai utk anak2. Baru berjaya download movie to. Dulu cuba, kantul. Bandwidth mereka dah besar agaknya. Best gak. Check it out!

Separating Concerns and Advising Domain Objects guna AOP.

Implementing Copy and Paste for the Java ME TextBox.

Grails 0.4 Released - Groovy on Rails web framework. Masih sangkut kat bab 3, buku Groovy in Action. Nak... kena... habis... kan...

Jasypt 1.0 released: simple encryption + hibernate integration.

Smith 1.25, free ColdFusion engine, released.

Microsoft Tries to Patent BlueJ Clone. Nasib baik depa dah tarik balik patent application tu. Bagus la.

JRuby Byte Code Compiler Outperforming Ruby C. JRuby lebih laju dpd Ruby???

Emma: After the Green Bar.

Embedding DSLs in Java using JRuby.

Automated Builds Made Easy with Hudson.

Getting To Know Berkeley DB Java Edition.

OpenToro is a Web Database Publisher, a tool that allows us developing database-driven web applications in an agile and automatic way.


Kelebihan dan kelemahan kerja dengan gaji vs gaji dan benefits

Topik ni saya hasilkan untuk berkongsi pengalaman yg saya sendiri lalui dan sekarang ni dilalui oleh beberapa orang rakan. Semoga menjadi panduan berguna kpd mereka yg mungkin hadapinya satu masa kelak.

Kat Malaysia ni, secara umumnya terdapat 2 jenis pekerjaan:
1. Bergaji shj. Selalunya takde EPF, medical mahupun bonus.
2. Bergaji dan ber'benefit'. Ada EPF, medical, lain2 insuran, bonus dan ESOS (saham).

Selalunya, jenis 1 ni, gaji dia lumayan. Kalau skill bagus, senang2 boleh dpt antara RM5k sampai RM 7.5k sebulan. Dan inilah tarikan utama utk beberapa rakan2 saya menerima pekerjaan spt ini. Saya pun termasuk juga. Sekitar tahun 2000 hingga 2002, saya bekerja dlm syarikat dgn pekerjaan jenis 1 ni.

So, mana yg lebih bagus? Pada saya, tak ada kata putus. Terpulang kpd keadaan anda masa tu. Tapi, secara umumnya:

Kelebihan jenis 1 masa:
1. Bujang lagi. Duit gaji setiap bulan banyak wooo! Aku kaya! Kaya! Ada duit utk beli kereta dan kahwin! Bwahahaha!
2. Baru nak kahwin. Duit gaji yg banyak setiap bulan utk perbelanjaan perkahwinan yg juga banyak setiap bulan adalah satu tarikan kuat utk memilih jenis 1 ni.
3. Baru kahwin atau dah berkahwin tapi tiada anak. Duit gaji yg banyak setiap bulan ni, syok betul masa berdua. Honey moon memanjang :D
4. Dah ada 1 atau 2 orang anak kecil. Dan anak2 ni sihat2 belaka. Jarang sangat sakit. Agak kebal dgn jerebu sepanjang tahun. Duit gaji yg banyak setiap bulan ni, syok dibelanjakan utk membeli barang2 sendiri, isteri dan anak2 yg semakin membesar.

Kelebihan jenis 2 masa:
1. Dah berkahwin dan ada anak. Selalunya anak2 ini tak kuat anti body mereka dan bill klinik ataupun hospital boleh tahan gak.
2. Tidak memerlukan wang yg lebih setiap bulan. Boleh dan sanggup wang lebih tu disimpan dlm EPF, dpt akhir tahun dlm bentuk bonus, dll.

Seterusnya, saya akan cuba hasilkan kiraan kasar berapakah gaji pekerjaan jenis 1 yg lebih kurang setaraf dgn pekerjaan jenis 2.

Anggapan jenis 1:
1. Gaji.
2. EPF takde.
3. Bonus takde.
4. Medical takde.

Anggapan jenis 2:
1. Gaji.
2. EPF (12% majikan iaitu 0.12 dpd gaji).
3. Bonus (2 bulan setahun).
4. Medical (klinik max RM 2,000/tahun, hospital cover item tertentu spt bilik, etc).
5. Selalunya ada insuran spt kematian, etc, tapi, utk senangkan kira, saya tak masukkan kos ini. Tapi, ini adalah tambahan/untung kpd jenis 2.

Katakan pekerjaan jenis 1 yg ditawarkan gajinya RM6,000.00. Berapakah gaji setaraf untuk pekerjaan jenis 2? (Ceh! Macam soalan peperiksaan plak!)

Utk jenis 1, pendapatan setahun = 6,000 X 12 = 72,000.

Formula mudah utk pekerjaan jenis 2:
pendapatan setahun = (G X 12) + (G X 0.12 X 12) + ( (G X 2) + (G X 0.12 X 2) ) + M

di mana M = claim perubatan setahun
dan G = gaji pokok sebulan

Ringkasan formula di atas:
pendapatan setahun = (G X 15.68)+ M

katakan M = RM2,000 (purata RM 100 / bulan utk klinik dan 1 kali masuk hospital / tahun dgn claim RM 800)
dan pendapatan setahun sama dgn jenis 1 di atas tadi, maka:

72,000 = (G X 15.68) + 2,000

G = 70,000 / 15.68

G = 4,465

So, secara ringkasnya, gaji pekerjaan jenis 1 dgn RM 6,000 / bulan adalah lebih kurang sama dgn gaji pekerjaan jenis 2 dgn RM 4,500 / bulan.

Tak ada kepastian yg mana lebih baik. Ikut keadaan. Jika anda memerlukan duit semaksima setiap bulan, jenis 1 mungkin lebih baik krn duit dlm EPF lambat nak keluar dan bonus pula dpt setahun sekali atau dua kali, bukan tiap2 bulan. Jika anda dah agak stabil, jenis 2 mungkin lebih baik. Ada la duit simpanan dihari tua.

Satu lagi pesanan. Sebagai suami/bapa adalah amat penting utk mengumpul duit dihari tua. Utk kumpul, yg penting bukanlah berapa banyak gaji yg kita dapat setiap bulan, akan tetapi, berapa banyak yg dapat kita simpan setiap bulan. Mereka yg bergaji lebih kecil dpd kita, tapi berjaya kumpul lebih banyak adalah lebih kaya dan mewah dpd kita sebenarnya. Untuk itu, berbelanjalah dengan berhemat.

Sekian, nasihat kewangan yg tak bertauliah dpd saya.

(4) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?