<$BlogRSDUrl$>

Tuesday, August 01, 2006

Gambar...

Baru terima satu email, disertakan slide dgn gambar2 dan tulisan yg bermaksud berikut:




Gadis2 Israel menulis "kata2 ucapan"...



Dan inilah kanak2 yg menerimanya...

Marilah sama2 kita boikot barang2 Israel secara direct dan indirect, serta penyokong2 kuatnya terutamanya US dan Britain, sedaya upaya kita. Ditakuti, setiap ringgit yg dibelanjakan membeli barang2 mereka ini, dipulangkan kembali dlm bentuk peluru dan bom...


Peluang Pekerjaan Lagi

OK, ada 2 jenis peluang pekerjaan kat tempat kerje saya sekarang ni.
1. Contract employment selama 3 tahun. Ini yg biasa / standard sekarang ini. Saya perlu SA dan Java/C#.Net developer. Lebih kurang 2 kekosongan. Siapa yg ada good experience, punya kelebihan.
2. Management Trainee. Ini baru dan contract selama 1 tahun. Khas utk fresh grad. Sama ada utk unit saya, mahupun utk dept ICT. Lebih kurang 10 kekosongan. Tapi... saya kurang pasti bila nak mulanya skim Management Trainee ini. Management dah sebut2, tengah tunggu HR finalize package dia. Total lebih 50 kekosongan, tapi IT related hanya 10 aje. Dan, selepas tempoh 1 tahun, syarikat ada option utk mengambil yg bagus utk bekerja contract renewable setiap 3 tahun (jenis 1 di atas).

Sesiapa yg berminat, boleh la email resume anda kpd saya. Hebah2kan la...

Sesiapa yg dah hantar resume anda sebelum ini dan tak dipanggil interview, boleh hantar lagi kalau nak, utk mengingatkan saya. Sesiapa yg saya dah panggil 1st interview, tak hantar pun tak pe krn anda memang dlm perhatian saya. Tapi, siapa yg dipanggil interview, datang, tapi cabut tanpa sebab, bila saya call tak jawab, tak perlu hantar. Anda dah kena black list.


Welcome!

Selamat datang kpd 3 staff baru saya. 2 SAP 'ABAP'ers dan 1 SA, telah melaporkan diri pada 1 ogos, 2006. So, sekarang ni, staff saya dah ada 4 orang. Yg mula2 masuk ialah SA gak. InsyaAllah, seorang Senior SA dan seorang Senior Java developer akan masuk pertengahan bulan ini. Saya masih menunggu offer letter seorang lagi Java developer dari HR. Kalau jadi, dia akan masuk pertengahan bulan ogos ni gak.

Saya tengah menunggu keputusan ya/tidak developer Senior C#.Net ni. Dia telah di'counter offer' oleh company dia. Saya dikhabarkan, dia dlm dilema...

Utk saya, saya amat berharap yg dia akan join. Dah lama dia berguru dgn saya. Dah beberapa cara kami cuba utk dia belajar dgn lebih berkesan dgn saya. Kalau dia join, inilah usaha cara terakhir utk dia belajar dgn saya, dan saya utk belajar dgn dia gak. Betul2 face to face. Dan rancangan saya utk hasilkan a common development platform utk kedua2 Java dan C#.Net, yg berasakan dan berorientasikan open source, insyaAllah, akan tercapai.

Tapi, Allah shj yg lebih tahu apa yg terbaik utk kita di sisiNya. Semoga, dlm solat istiharah yg dilakukan, Allah memberikan petunjukNya. Dan, apabila diberi petunjuk, jgn la takut2, jgn la risau2. Yakin dan bertawakkallah kpd Allah. Atasi perasaan hati. Tekadkan hati. Bergerak dan bertindak ikut petunjukNya. Apa shj pahit maung yg dihadapi selepas itu, adalah yg terbaik utk kita sisiNya. Kadang2 sebagai latihan, kadang2 sebagai pengajaran. Faedahnya diperolehi, kalau bukan utk jangka masa pendek, maka ia utk jangka masa panjang.

Semoga Allah memberikan petunjuk, sama ada utk kekal atau utk berhijrah.



x2

Hari ahad yg lepas, siap la satu enhancement kpd x2. Lama gak, lebih kurang 2 hujung minggu la utk siapkan enhancement terbaru ni, atau lebih kurang 1 full day keje.

Enhancement kali ini telah mengembangkan feature metadata atau data about data dlm x2. Sebelum ini, x2 support meta secara hard code. Meta2 yg disupport adalah:
1. AddressType1
2. DateType1
3. DescriptionType1
4. MoneyType1
5. NameType1
6. RoundNumberType1
7. RoundNumberType2

Dgn adanya meta ni, maka, class spt Orang dibawah:

<class name="test.Orang">
<field name="name" type="string" length="50" label="Nama"/>
<field name="address1" type="string" length="50" dm="false" label="Address1"/>
<field name="address2" type="string" length="50" dm="false" label="Address2"/>
<field name="city" type="string" length="50" dm="false" label="City"/>
<field name="postCode" type="string" length="10" dm="false" label="Post Code"/>
<field name="state" type="string" length="30" dm="false" label="State"/>
<field name="country" type="string" length="30" label="Country"/>
<field name="gaji" type="d" dm="false" pattern="#,###,###,###,###,##0.00" label="Gaji"/>
<field name="tarikhLahir" type="date" pattern="dd/MM/yyyy" label="Tarikh Lahir"/>
</class>


dpt dipermudahkan kpd:

<class name="test.Orang">
<meta type="nameType1"/>
<meta type="addressType1"/>
<meta type="moneyType1"/>
<meta type="dateType1"/>
</class>


Simple la sikit, kan.

Utk teruskan meta ini, saya dah tukar dpd hard code (dihasilkan sebagai proof of concept bhw meta boleh jalan dan berguna) kpd yg lebih sesuai utk perkembangan x2, iaitu boleh ditambah dgn hanya menambah meta file ke dlm x2.

So, sekarang ini, semua meta diatas dah dimasukkan ke dlm file2 *_meta.xml.

Dan, keupayaan meta ni dah ditambah lagi.

Ada requirement utk ubah field length, katakan address1 dan address2 kpd 100 char. Katakan gak kita nak query by postCode, di mana, by default ia adalah false(dm="false") yg menyebabkan DM yg dijana utk class tu, tak ada helper method utk query by field tersebut. Katakan date pula nak stail us, MM/dd/yyyy.

Maka, class Orang boleh diubah sedemikian:

<class name="test.Orang">
<meta type="nameType1"/>
<meta type="addressType1">
<address1 length="100"/>
<address2 length="100"/>
<postCode dm="true"/>
</meta>
<meta type="moneyType1"/>
<meta type="dateType1" pattern="MM/dd/yyyy"/>
</class>


Ini adalah cth source xml yg x2 support. Biasa aje kan? Simple dan teramat la biasa aje...

Oh ya, version terbaru x2 ni, hanya ada kat rumah aje. Kat pejabat ni takde. Belum install lagi. Nanti la, tengah tunggu pc baru saya sampai...

(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?