<$BlogRSDUrl$>

Sunday, January 30, 2005

Iraq

THE CHILDREN OF IRAQ. Banyak gambar .


OOAD study group

Hmmm... kurang sambutan nampaknya. Dah post kat ittutor, dah email kpd semua yg attend 1st course, dah email kpd rakan2 dan dah post kat sini. Tak sampai 5 orang (bekabox, 1kHz, mnajem, ryzam) yg nak join dan dah cadangkan tarikh utk bulan 2 ini.

Mungkin kesibukan kerja masing2 menghalang mereka yg berminat ni utk respond dlm masa beberapa hari ni. Ke, saya ni banyak sangat masa utk diluangkan kot, hahahaha!

Saya harap, mereka yg berminat akan nyatakan bila mereka boleh dlm bulan feb ini. Kalau tak sampai 5 orang, saya kensel aje la. Mungkin lain kali.

Ada yg tanya kesesuaian study group ini dgn tahap mereka. Utk saya, datang la sekali ke study group ini, selagi tak sampai 10 orang. Lepas 1st session, buat la penilaian sendiri, kalau apa yg diperbincangkan mendatangkan faedah kpd mereka DAN mereka boleh participate dan beri contribution, maka teruskan la. Kalau tidak, kalau sesat, kalau lemas, usah gusar, cuba tingkatkan ilmu, belajar la lagi, buat la lagi projek2 sw dan join la semula lepas itu.

Hasrat saya, team yg mula2 ini, selepas satu waktu, akan tubuhkan study group yg mereka sendiri ketuai dan sebarkan ilmu ini, kpd ummah.


Database replication

Artikel Heterogeneous database replication with SyncML.

Artikel SyncML intensive.

Artikel Sync traps.

Sync4j.


Macam2

Perbincangan kat javalobby - Does using "early return" in function impact/improve performance?.


(6) comments

Thursday, January 27, 2005

OOAD study group

Saya berhasrat utk meneruskan usaha sebaran ilmu OOAD ini dgn
mengadakan satu study group tentang OOAD.

Butir2nya:
- 1 kali sebulan, sama ada hari sabtu atau hari ahad, 9 pagi sampai 4 petang.
- jangkaannya dibuat di sekolah rendah integrasi masjid darul ehsan
kat subang jaya, berdekatan dgn carrefour / subang parade, betul2
sebelah masjid.
- bayaran rm 10 seorang sehari utk sewa bilik kat sekolah tu. kira, derma utk
sekolah la.
- jangkaannya, max 10 orang shj. ramai2 sangat nanti tak terurus pulak
study group ni.
- bincang 1 bhgn kecil dlm OOAD ni setiap kali dan bebas juga utk
menyatakan apa2 masalah OOAD yg sedang dihadapi utk dibincang bersama,
kira free consultation la.
- memerlukan kesungguhan utk sertai dan participate dlm study group
ini. faedah study group ini utk para peserta juga.

Sesiapa yg berminat, sila balas email ini dan nyatakan beberapa tarikh
dibulan Feb yg sesuai dipihak anda utk kita ada kelas yg pertama.


Macam2

Caucho’s Hessian binary protocol ported for Microsoft. Ini menambah interoperability antara ms platform dgn platform lain spt Java. Mungkin berguna utk saya satu masa kelak. Home page utk protocol hessian di sini.

TheServerSide dibangunkan semula menggunakan, antara lain, Tapestry.

JSON-RPC - JavaScript to Java Remote Scripting.

Internals of Java Class Loading. Komen menarik tentang artikel ini kat javalobby yg membetulkan beberapa kesilapan dlm artikel tersebut.


(0) comments

Tuesday, January 25, 2005

Cuti dan Abang Saya

Baru kembali dari cuti 2 hari kat Melaka. Sambung kerja yg menimbun. Makan tengahari dgn abang saya. Dia dijadualkan balik ke US sabtu ini. Lewat 2 minggu dari rancangan asal krn US embassy kat sini takde kepakaran utk menilai kerja yg dia buat. Terpaksa hantar ke Washington utk mereka menilainya. Sepatutnya petang ini, dia akan dpt entry visa yg dimohon tu.


Macam2

Java Graphics and Gaming - menarik gak buku online ini. Jumpa link kat ittutor.


(0) comments

Wednesday, January 19, 2005

Macam2

WOW!!! AspectJ dan AspectWerkz bergabung utk bertukaaarrr menjadi, jeng, jeng, Super Ultra Mega Power Digimon Doraemon AspectJ5!!! :D Perbincangan tentangnya kat theserverside. Saya memang berhasrat utk belajar guna AspectWerkz selepas khatam guna AspectJ krn AspectWerkz ni tersangat la berguna dan powernya utk runtime weaving dan sangat berguna utk nak lakukan AOP dgn code 3rd party yg tak de source code mereka.

Dgn ini, maka lagi la senangnya utk saya guna keupayaan dan kelebihan AspectWerkz ni selepas mereka bergabung. Kalau sekarang software yg tara source code tak leh saya AOPkan, lepas ini, takde code/software yg boleh terlepas dari genggaman saya. Walaupun tak de source code!!

YESSSSS! Dasat!!! Best!!! Feeeeel the Power!!! hahahahaha!!!

OSCache 2.1 released.

Perbincangan tentang Synchronizing Databases between Remote Locations kat javalobby.

trails - a domain driven development framework in the spirit of Ruby on Rails or Naked Objects.

Open Source Database Engines in Java.

Daffodil DB - One$DB, a Java RDBMS.


(0) comments

Macam2

Practically Groovy: Get Groovy with JDBC programming.

Open Source Code Review Tool, Hammurapi 3.7, released.

Armed Forces of the World.

Boxer diced rice.


(0) comments

Monday, January 17, 2005

Macam2

Developing Custom Swing Components With Test Driven Development.

Perbincanan kat theserverside tentang XStream bertajuk XStream 1.1 released - Serialize Java objects to XML and back.


Iraq

caughtonvideo. Sangat menarik. Video wawancara yg memalukan dan mendedahkan penipuan yg dilakukan oleh orang atasan US. Pastikan volume PC cukup utk jelas mendengarnya.

Blog entry baru riverbend.

Blog baru pengarang buku "Iraq's Nuclear Mirage", Free Iraq.

US Losses - Photos Hidden By US News Media.


(0) comments

Friday, January 14, 2005

Peluang pekerjaan

Kekosongan 1 jawatan Software Developer masih belum tutup. Saya kena cari sekurang2nya 3 orang utk diinterview. Seorang shj tak boleh. Arahan CEO. OK, sape2 yg berminat utk mencuba, bolehlah hantar resume anda. Ada 2 interview. Mula2 dgn saya dan bos saya. Kalau berjaya, ada 2nd interview dgn CEO.

Berminat? email la resume anda.


Macam2

Nvu - A complete Web Authoring System.


Pengalaman Seorang Pelajar kat Acheh

Hanya Allah shj yg lebih mengetahui kesahihan cerita ini, tapi, setelah membacanya, ia mempunyai point2 tertentu yg boleh dijadikan iktibar.

Di petik dr catatan pengalaman sebenar adik pengendali
bicarasufi.com,semoga boleh dijadikan iktibar:

Aceh 26 Dis 2004,kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18
pelajar
Malaysia yg terselamat.

Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang menjadikan sebahagian
peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku.

Pagi itu tenang,sunyi,ye lah pagi hari minggu.Tak ada aktiviti kuliah
pada
pagi-pagi cuti.Selalu nya lepas solat subuh pelajar? biasa nya membaca
Alquran,berwirid,mentelaah kitab?,menyiapkan tesis sambil duduk depan pc
laptop,mencuci pakaian dan mengemas rumah.

Pagi itu sibuk mengemas pakaian,membersihkan bilik rumah pelajar di
Kompleks Ruzi,Jln Tengku Diblang,Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3
hingga 4 km daripada persisiran pantai.

Sambil asyik melipat pakaian dan mendengar lagu drp laptop kawan,lagu
nya
pulak lagu " Balik Kampung " dendangan Allahyarham Sudirman,cukup
menyentuh hati hai lama tak balik kampung,terasa la rindu nak balik.Hari
raya baru ni pun memang tak balik kampung.

Rindu benar nak main dengan anak-anak
saudara,Syairah,Syafiqah,Zikry,Hareez,Syahmi,Zufayri,terhibur dan
terkenang

satu persatu wajah-wajah dan kenakalan deme tu. Tapi apakan daya
tuntutan
menuntut ilmu mengatasi segala-galanya demi memenuhi cita-cita yang
tersemat di lubuk hati.

Lebih kurang jam 7 am lebih atau dekat?jam 8 pagi keadaan sekeliling
terasa

berayun-ayun,terbuai-buai.Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh daripada
rak.,dibetulkan kembali..lalu jatuh balik.

Eh kenapa ni,apa yang tak kena ni? pening ke ni? atau ... .?
Haa ye lah gempa bumi ni.,memang ada kawan pernah bagi tahu yang Aceh
biasa

dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.tapi kini aku merasakannya sendiri la.
Kedengaran kat luar rumah org hiruk pikuk bunyi suara kawan kawan
bertempik,gempa bumi,..gempa bumi..keluarr..keluar dari rumah...!!

Masa tu hanya terlintas nak capai passport,hp dan tudung kepala.lari
keluar

dan duduk di luar rumah.Tanah terus bergoyang-goyang,bukan setakat
bergegar

kecik anak tapi betul-betul bergoyang goyang kiri dan kanan sama macam
naik

buaian besi ditolak orang waktu tu.
Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la.
Tak dapat nak berdiri langsung waktu tu.,yang boleh hanya duduk
mencangkung.
Nampak jelas ada tanah yang terbukak,merekah luas,ternganga macam nak
telan

si anak derhaka je gaya nya.
Cukup kalut,cemas dan panik sungguh tak pernah rasa sebelum ni.
Bekalan letrik terputus,talian handphone tidak berfungsi sama sekali.

Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit,fikiran
tak
menentu waktu tu.,rasa macam mimpi pun ada.
Perasaan terkejut menyelubungi hati,betul ke gempa bumi ni?

Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,aku masuk balik rumah,kemaskan
balik almari dan peralatan rumah yang dah jatuh jatuh.Dalam pada masa
dok
asyik kemas balik buku buku dan almari tu,dengar lagi sekali jeritan
orang
ramai kat luar tu..air naik..air naik..,air naik..! lari
cepat..keluar..keluar dari rumahhh!!

Tersirap darah dan tergamam dengar tempikan orang kat luar tu,terus je
capai 1 beg kecil yang dalamnya passport,sedikit duit rupiah dengan
tangan
yang terketar-ketar akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.

Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku
yang
terakhir sekali keluar dari rumah tu.,langsung tak nampak kawan-kawan
se-kampus,se negara.hilang lesap entah ke mana mereka tu.sampai hati
tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu.
Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari,nampak mereka menuju ke
masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid
seribu tiang tu.
Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara menyuruh kami lekas
berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di gegendang telinga
ni.Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang pegawai polisi tu..>
">
goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati yaa..! tak nampak
air bah besar tu??!!-dia juga dalam keadaan termengah mengah mencukupkan
langkah seribu nya.

Sesampai je kat masjid tu,memang orang kat situ dah beratus-ratus
bilangan
nya,keadaan cukup sesak berhimpit-himpit.Semua muka-muka tak kenal,rasa
terasing sangat.Air mata ku dah mula mengalir,hiba sesangat.Mana la
kawan
kawan dan orang yang aku kenal> ...>
Nampak satu kawasan ruang bawah tangga,terus je duduk kat situ ambil
tempat

berlindung.,gempa terus datang balik.lagi sekali kepala pening dan macam
nak kena migrain pun ada.
Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi.
Masa tu harapan dan kekuatan berdoa kepada Allah terasa berlainan sangat
drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi ayat2 bacaan doa,hanya semacam
Allah
bersaksi di depan ku.,aku bersaksi kepada Nya.
Datang kekuatan berdoa.. " Ya Allah tolonglah tunjukkan pada hamba
dengan
orang yang ku kenali kat sini.." -Terpancang satu sumber kekuatan yang
entah dari mana sumber nya dalam doa itu.

Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid,rupa2 nya
kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku
serumah dan pelajar pelajar satu negara.
Semua wajah wajah muram,sedih,terkujat,terkejut,terlopong.yang gelak
tawar2

pun ada datang menerjah pada ku.,sambil berpeluk menenangkan antara satu
sama lain yang jelas masing-masing tak reti nak berkata apa apa.Tapi
yang
pasti hampir semua kawan2 ku menangis.

Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya
berdiri
je sambil menangis senyap-senyap.
Bunyi tangisan,teriakan,ratapan kat dalam masjidi dah macam pesta sapa
yang

paling kuat je laku nya.Satu persatu suara terdengar " ratus dah
tewas,ratus2 dah mati.dah jadi korban air naik pak ".

Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh.,se iring dengan
bunyi
suara sayup2 mintak tolong,bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka.,suara
wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah.Orang lain
waktu

tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi..semua nya
nafsi

nafsi.

Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni??
Takut bukan kepalang.kecut bukan main.Nampak ada yang terkincit bincit
dalam masjid,bauan hancing pun ada,rupa nya ada yang terkecing dalam
seluar

sebab ketakutan tahap maksimum menerpa.

Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu,ada seorang ustaz atau
pak
imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang
bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator,mententeramkan
orang
ramai,minta semua bertenang..ingat pada Allah Ta'ala.sejurus lepas tu
pak
imam mula..

mengalunkan zikir kalimah ..Lailah haillaLah> ...> Lailah haillaLah>
...>
Lailah haillaLah> ...> Lailah haillaLah> ...> ..Allahuakbar..
Allahuakbar.. Allahuakbar..
AstaghafirulLahala> '> zim> ...> AstaghafirulLahala> '> zim> ...>
AstaghafirulLahala> '> zim> ...> ..SubhanalLah> ...> SubhanalLah> ...>
SubhanalLah> ...>

Dan bermacam-macam bunyi munajat yang terhambur keluar drp para penduduk
yang lari berlindung kat masjid jamek Al-Unshiah tu tak
henti-henti,..kadang-kadang kuat..kemudian perlahan..diselangi dengan
suara
sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja yang ada di
situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati ni.> ">
">
Ya Allah hamba ni banyak lalai dan dosa,ampunilah diri ini Ya
Allah,sesungguh nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun.Ampuni lah
hamba
yang lemah dan tak terdaya ini.Siapa lah hamba di sisi Mu.> ">

Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp
murshid kat surau Jerlun yg abgLie bawakkan aku dulu.
Jarang isi dan amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja
metelaah
di samping ibadah rutin yang lain.
Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah latifatul qalbi 5000
tu,terlintas semacam nak hantar mesej kat abgLie kat Malaysia.ni kalau
abgLie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia ni,elok juga
ni.tak lah deme risau kat sana.Kurang-kurang pun dapat keluarga kat sana
mendoakan keselamatanku kat sini >
Ingat masa tu pukul 10 pagi lebih.

Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak
gempa,mata
orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye..kat kubah masjid
tu.Kalau

la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya
menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah
di
bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah
kampung

tadi.serba salah dibuat nya aku..nak keluar masjid air bah laut laju
melanggar,nak duduk dalam masjid,kubah nya pulak macam nak goyang dan
runtuh je.aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak
dilanda
air bah bagi menenangkan perasaan.

Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu
arah
lagi menuju ke arah kami di masjid,melompat pagar masjid mencari tempat
perlindungan.masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid
balik.,waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid
berkriuk-kriuk bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu.sempat aku
capai

tangan seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu,nasib baik dia
tak

jadi mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu.
Kaki kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk
tempatan,masa tu betul2 kena keraskan semangat,memang kena ada sikit
perasaan nafsi-nafsi,kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik
dan
patah hati pada waktu tu.

Tengahari-mula lapar,kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk
kami

minum,keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab terkejut
dan

tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi.

Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut.Pekedai dan peniaga
dah
tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka,semua nya dah bersedekah
membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu.
Dapatlah kami beberapa botol air mineral,sedikit biskut kering dan
beberapa

bungkusan maggi makan kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga
balik.
Datang seorang perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata
nya

nak dibagikan kepada anak nya yang kelaparan,dengan titisan air mata ku
hulurkan sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar> ...> tak sampai
hati
kecilku> ...>

Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan,darah-darah sana sini,ada
yang putus tangan,ada yang bebola mata nya tersembul,ku terpandang juga
mayat seorang kakak usia nya,di mana rambut panjang nya tersangkut pada
pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah
tsunami,tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink.Jasad? manusia leper
bawah
runtuhan? batu bangunan.
Terhidu bauan darah yang hanyir,tak pernah ku hidu pun sebelum ini.
Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,tapi lama kelamaan ku
gagahkan tengok juga.

Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan
plastik,memang tak dapat nak lelap sepicing pun,kawan-kawan sebelah ada
yang dah mengigau,tak dapat nak tidur,perasaan libang libu sebab gegaran
masih selang seli datang menggempa.

Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas,dah boleh balik rumah.
Keadaan rumah memang mengejutkan.palitan tanda air bah terlihat nampak
melepasi kayu gelegar bumbung rumah.almari tonggang terbalik,cermin meja
tercampak keluar,Cuma satu keadaan yang agak aneh.Al-quran yang biasa
aku
baca selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit
pun.!
Maha suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.!

Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian
bencana

tu yang baru melanda semalam.,bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia
yang
berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam
seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya),kumpulan itu
ditegur oleh seorang pakkiyai di situ,tetapi dibalasi dengan ugutan
muncung

pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di situ.
Lalu
pak kiyai itu memberi amaran,hati hatilah kalian semua,tunggulah tidak
lama

lagi.Entahlah.tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.

Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam
kejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh
sebahagian penduduk di negara-negara lain.,kami tak menjangka kan
sebegitu.sangka kami di Aceh sahaja.

Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,.(Sharul Anwar Idris-drp
Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati
langsung.serba serbi tak kena.malam tu buat tahajud tak kena,bertadarus
tak

kena,telaah kitab rasa tak selesa.memang luar biasa sungguh malam tadi,>
">

dah nak mati aku ni kut> "> ...> -kata nya seorang diri pada masa tu.
Tak sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal
berhadapan
dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu.

Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari
Rabu.,menaiki pesawat TUDM C130-Hercules.
Daripada masjid Al-Unshiah,berdekatan Institut Agama Islam
Negeri(IAIN)-Banda Aceh,kami menaiki pikap kecil yang digunakan sama
untuk
membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang Iskandar Muda
Aceh.Terasa duduk di bandar zombie.Habis baju jubah ku melekat bauan
mayat.

Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan
Banda
Aceh.
Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di
situ.Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel,se comel
anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,..kini kaku dengan
keadaan
tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah
nya,terbayang
imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala.
Tampak wajah-wajah memohon simpati drp kami.Apa daya kami> ...>
Antara mereka ada yang tahu kami rakyat Malaysia,tentu saja akan pulang
bersama sama keluarga tercinta,bebas drp belenggu derita yang sedang
mereka

tanggung itu,bertapa bertuah nya kami.
Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka.
Di Medan kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.

Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku
kenali,menjadi
jiran-jiran ku setahun yang lalu.
Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu Allah ini,ustaz ustaz
ku,pensyarah2

ku,kawan-kawan warga Aceh yang pernah ku kenal,mungkin ada yang dah
kembali

menemui Ilahi dalam bencana ini.Di sinilah tempat aku memahami cabaran
jalan fi sabililah,erti jihad yang sebenar.Aceh,memberi aku seribu
pelajaran,sejuta makna guru kepada ku.
Mungkin daku akan kembali ke sini,entah kan bila> ...
Salam rindu tanah Aceh> ...



Cubaan utk menyesatkan melalui buku

The True Furqan.

(0) comments

Wednesday, January 12, 2005

Development III

Alhamdulillah. Create Customer's Clients dah siap. Ambil masa 3/4 jam (dpd 3:45 sampai 4:30pm), sambil2 melihat video tsunami dan menaip dlm blog ini. Dah tak de apa2 pembetulan yg dibuat kpd code generator utk siapkan bhgn 3 ini. Masih kena tambah satu lagi Aspect utk senarai client plak.

HCLOC: lebih kurang 50 lines.


Firefox

Afzal bagi link ini yg menyatakan satu security flaw dlm Firefox ver 1.0. Nasib baik kurang kritikal, iaitu 2 bintang dpd max 5. Harapnya developer Firefox dpt perbaikinya dgn segera.

Go Firefox!!


Gempa bumi & tsunami

Web site menarik dgn pelbagai video tentang ombak besar yg melanda baru2 ini.


Development II

Alhamdulillah. Siap bhgn 2. Steps2nya sama je dgn bhgn 1. Ambil masa 2 1/2 jam. HCLOC sekarang dah hampir 40 lines. Lebih 10 line dpd 40 tu, disebabkan kena tambah satu Aspect khas utk user listing di mana, kalau kami yg login, papar semua user, dan kalau system admin customer yg login, semua user company system admin tu aje yg kelihatan. Masih ada pembetulan sikit sini dan sana kat code generator saya. Semakin sikit pembetulan ini as the development transpires, menunjukkan kematangan code generator ver baru ni.

Next: Create Customer's Clients

Harapnya sempat sebelum balik hari ni.


Development

Customer Database ada 3 bhgn:
1. Create Customer's Info and Customer's Admin.
2. Create Customer's Users.
3. Create Customer's Clients.

Bhgn 1 baru je siap. Step2nye:

Design form nye dgn memilih field2 yg dikehendaki kat dlm form tu. Masukkan design ni kat dlm code generator dan generate. Masukkan view kat dlm view.properties. Declare castor mapping kat dlm database.xml. Create table2 dpd sql yg dijana. Test. Ada bugs sana sini. Perbetulkan code generator. Perbetulkan file yg mengandungi design for tadi.

Betulkan punya betulkan, selepas 3 1/2 jam, akhirnya, baru siap dan berjalan la CRU saya. CRU? Create, Retrieve (serta listing) dan Update. Mana pi Delete? Baru tadi terperasan, saya lupa letak keupayaan Delete. Hish! Tak pe la. Nanti aje la saya tambah keupayaan delete ke dlm code generator.

Lama gak. 3 1/2 jam baru siap:
1. lima jsp utk listing, insert, insert tapi error, update dan update tapi error.
2. satu class action utk lakukan semua insert, update dan retrieve serta listing ni.
3. view.properties utk kelima2 view ini. kena manually copy and paste kat dlm actual view.properties.

HCLOC : kurang dpd 20.

Next, Create Customer's Users plak.

To be continued...


Macam2

jSMSEngine API. Thanks to shakir sekali lagi.

Zeus Java Swing Components Library 1.05.

TSS Industry Track at Aspect-Oriented Software Development. Theserverside.

TechTalk with Ron Bodkin on thinking in AOP. Theserverside.

Mining Photoshop Album Data with Java. Blog entry.

An Introduction to Jython. Artikel Javalobby.

If your Tomcat undeploy ant task doesn't work in 5.5.x. Blog entry.

Packaging JNLP Applications in a Web Archive. Artikel Sun.

Java trick for reading OpenOffice.org files. Blog entry.

Caching Dynamic Content with JSP 2.0. Artikel OnJava.

(0) comments

Tuesday, January 11, 2005

Development

Ah! Kena buat balik sistem courier saya ni. Prototype yg mula2 saya buat tu, dah tak sesuai lagi. Bila teliti semula, user requirements dah berubah cukup banyak utk membuatkan saya terpaksa buat balik, kena hasilkan satu sistem courier yg di refactor dpd sistem lama.

So, saya bermula dgn hasilkan use case diagram. Bincang dgn rakan yg ketuai operasi. Actor ditambah dpd sebelumnya. Beberapa proses pun ditambah juga, tapi yg lama ada yg dibuang. (lebih kurang 2 jam)

Seterusnya, object model dilakukan utk use case pertama shj. Masukkan object model ini ke dlm code generator dgn meng'copy'kan beberapa file prototype ke dlm dir baru dan modify. Runkan code generator. (kurang 1 jam)

Selepas siap, masukkan keupayaan login dgn meng'copy' dan modify file aspect login dlm apps lama ke apps baru. Modify supaya merujuk kpd class2 baru dlm app baru ni. Tambah view kat dlm file view.properties. (10 minit)

Compile, run dan test. Berjaya! Login berjaya! :D Jumlah HCLOC (hand coded lines of code) yg baru : kosong (0).

Next, masukkan feature register customer.

To be continued...


Interview

Semalam, seorang calon telah di interview oleh bos saya. Kalau bos saya setuju, dia kena interview dgn CEO plak. Masalahnya, CEO ni teramat la sibuknya. Kalau dischedule pagi, dpt jumpa petang tu dah kira bertuah la, silap2 kena malam. Bawa la buku atau apa2 bahan bacaan.

Peringatan: masa interview tu, kena pakai tali leher, kena speaking english lebih lagi dan bercakap lebih kuat supaya jelas orang mendengarnya.

Good Luck! Hope to see you in my team soon, insyaAllah. :)

Cairo, I hope you will be next. Harapnya hang tak terlalu sibuk bila tiba masanya.


Macam2

IBM frees 500 software patents. Perbincangan kat theserverside.

XUI 1.0.4 final is now available.

GNU Classpath 0.13 Released.


Iraq

Satu video yg menarik tapi agak panjang, lebih kurang 15 minit, tentang keadaan di Falujah. Link keseluruhan kat sini.


(3) comments

Monday, January 10, 2005

Macam2

Perbincangan Never ending user requirement changes, how do you deal with them? kat Javalobby. Saya masih kantol kat sini, secara real life.

JSF in Chains kat theserverside. Thread itu mengandungi link ke blog entry tentang penggunaan JSP dgn Apache Commons Chain.

Zap bugs with PMD.

TestNG makes Java unit testing a breeze.

Derby database development with Apache Ant.

Dynamic compilation and performance measurement.

(0) comments

Thursday, January 06, 2005

Book Review

Enterprise Patterns Book Review. Macam menarik. Baru ada 4 bab.


Sms dgn Java

Wow! Satu artikel yg amat baik utk melakukan sms menggunakan Java dan phone Nokia 30, Sony Ericsson T610 dan Sony Ericsson T68i. Terima kasih kpd shakir. Check it out!


Design access rights

Perbincangan yg menarik dimulakan oleh 1kHz kat ittutor. harimaumalaya telah memberikan 1 cara penyelesaian yg baik.

Saya tambah complexity problem statement nye spt berikut:

Meneruskan cth yg harimaumalaya bagi tu, katakan scenario dia ialah, 1 syarikat ada 1..* anak syarikat (AS) dan mempunyai 1..* department (D) which in turn ada 1..* sub department (SD). Cthnya syarikat AA ada anak syarikat AS1, AS2, dll, dan ada department Corporate Service (CS), IT, Operations, dll, di SEMUA tahap iaitu di syarikat AA dan di anak syarikat AS1, AS2, dll.

Department2 ini pulak ada SD spt CS ada SD HR, Admin dan Finance. Manager CS kat AS1 adalah boss kpd manager HR kat AS1. Vice President (VP) CS kat AA adalah bos kpd manager HR kat AA dan semua manager CS kat AS(1..*)

Jadi, semua data2 HR kat AS1 boleh diaccess oleh manager HR dan manager CS kat AS1, dan oleh VP CS.

Setakat ini, scenarionya adalah masih sama dgn apa yg harimaumalaya nyatakan. Saya tambah sikit lagi.

Katakan utk setiap projek, ada projek manager (PM) yg in charge of all the resources spt kewangan dan man power. Jadi, approval pembelian, costing, kenaikan gaji dan pangkat satu2 staff, memerlukan penglibatan projek manager2 ke dlm module CS dlm sub module HR dan Finance. Jadi, PM ni boleh access sub module2 ini bergantung kpd projek dan pekerja yg terlibat dlm projek ini, dlm satu2 masa. Projek dan pekerja lain dia tak leh access. Jadi, seorang PM kat syarikat AS1 boleh access submodule2 utk projek dan staff tertentu ini kat AS1 selain manager masing2.

Katakan demi utk meningkatkan utlization staff, maka staff bebas bergerak bukan shj dpd satu projek ke satu projek, bahkan dari satu anak syarikat ke satu anak syarikat yg lain bila perlu. Maka, PM kat AS1 utk satu2 projek tu, boleh melangkaui sempadan utk access submodule2 ini kat anak syarikat2 yg lain, dibatasi dgn projek yg ia ketuai.

Perlu ingat, projek mempunyai tempoh masa aktif, jadi selagi ia aktif, PM tu boleh access sub module finance mana2 anak syarikat. Selain itu, selepas projek tamat pun, tapi asalkan dlm tempoh tertentu spt tak lebih 1 tahun calendar, PM tu boleh masukkan nilaian prestasi staff utk satu2 projek sebagai input kpd peningkatan gaji/pangkat.

err, ada faham ka soalan saya?

kalau faham, camna anda nak hasilkan access rights utk masalah sedemikian?


Malangnya, ada yg tak faham. Memang tak pandai nak terangkan ni. Camna nak ajar kat bengkel ni??? Saya cuba sekali lagi:

Katakan ada syarikat bernama A yg ada 3 anak syarikat bernama A1, A2 dan A3. Dlm struktur syarikat kumpulan A, ada beberapa department spt department corporate service, IT dan operations. Department corporate service plak ada 3 subdepartment iaitu HR, Finance dan Admin. A, dan semua anak syarikatnya mempunyai department2 ini dlm syarikat masing2.

Kat syarikat A, ketua corporate service ialah vice president of corporate service (vpcs). vpcs ni boleh access SEMUA data department corporate service bagi syarikat A dan semua anak syarikatnya. ketua corporate service utk syarikat A1 plak boleh access semua data department corporate service tapi hanya utk syarikat A1. ketua subdepartment HR utk syarikat A1 plak hanya boleh access data HR syarikat A1 je, sebegitu juga utk ketua admin dan ketua finance.

Ini ialah struktur syarikat secara vertical. Ada plak secara horizontal di mana, syarikat kumpulan A ini adalah projek based. 1 projek boleh dibuat oleh syarikat A ATAU mana2 anak syarikatnya. 1 projek juga boleh dibuat oleh gabungan mana2 syarikat A dan anak syarikatnya.

Project Manager utk satu2 projek tu, boleh access semua data spt costing dpd system finance, dan staff appraisal dpd system HR utk projek tu dan staff2 yg terlibat dlm projek tu, dpd syarikat A atau pun mana2 anak syarikat.

Jadi, camna nak design sistem dgn access rights yg sedemikian. Masa memang penting tapi, masa tu bukan la fix. Ia tertakluk kpd tempoh masa projek tersebut. Selain tu, utk access sistem HR, selain masa, kena check gak semua staff yg terlibat dlm projek yg dihandle oleh project manager tu.

Satu lagi, jika dibenarkan juga 1 orang utk memegang beberapa jawatan spt ketua HR syarikat A1 juga adalah ketua Admin syarikat A1 sementara utk syarikat lain, kedua2nya adalah orang yg berbeza.

Camna designnya?

Harap lebih jelas kali ini.


Any takers? kalau tak de sape2 yg nak cuba selesaikan problem statement saya ni, saya akan cuba cover ia kat dlm bengkel akan datang, insyaAllah.

(0) comments

Wednesday, January 05, 2005

Tambahan - Peluang pekerjaan.

Ada 1 kekosongan utk jawatan Software Developer kat company yg saya kerja ni. Requirements nye ialah Java, JSP, Servlet, Ant, or mapper, mvc framework, Swing, dan tahu serba sedikit object model. Sesiapa yg berminat, sila email kpd saya. Paling lewat ialah minggu depan. Terima kasih.


Buku2 online yg baru dijumpai III

Where am I? Sensors and Methods for Mobile Robot Positioning

Your Internet Consultant

Wireless Networking Handbook

Wine

C++: A Dialog

Java Performance Tuning

The Unicode Standard, Version 3.0

Tutorial on Internet Monitoring & PingER at SLAC

Trapped in the Net: The Unanticipated Consequences of Computerization

SSL

Security in open systems

Securing Java. Ni dah ada, tapi saya letak gak.

The Scientist and Engineer's Guide to Digital Signal Processing

Samba Installation, Configuration, and Sizing Guide

Ethernet Web Site
Quick Reference Guides to 100 Mbps Fast Ethernet
Quick Reference Guides to 10 Mbps Ethernet

Probability and Algorithms

Parsing Techniques - A Practical Guide

Optimizing C++

Open Distributed Systems

Object-Oriented System Development

Object-Oriented Software Composition

C++ in 21 Days

Java in 21 days

Parsing

Maximum Security

Build a Compiler

The Linux Documentation Project

(0) comments

Tuesday, January 04, 2005

Macam2

The timestamp-based caching framework: Current data with peak performance.

Use search engine technology for object persistence.


Learn TCP/IP.

IP Addressing and Subnetting.


Masjid

Masjid di Acheh.

Masjid di Turkey.


(0) comments

Monday, January 03, 2005

Abang Long

Abang saya berada di Malaysia utk bercuti sekarang ni, tak lama, 10 hari shj. Website dia kat sini. Dia akan beri satu presentation / talk kat UTM Skudai minggu depan tentang, antaranya, apa yg selalunya dinilai terhadap satu2 research, bagaimana nak present dan yakinkan orang tentang research kita, dll. So, dia kena prepare la utk presentation tu. Hai! Masa cuti pun kena buat kerje. Tak pe la. Kerja amal. Ni semua gara2 kawan dia yg belajar sama2 kat Chicago dulu dan sekarang jadi lecturer kat UTM.


Rizan

Saya ucapkan selamat kembali ke kampung dan bekerja di sana kpd rizan. Semoga dpt bertahan kerja kat sana :D


Buku2 online yg baru dijumpai II

ru

THE HACKER CRACKDOWN

Handbook of Applied Cryptography

Breaking into computer networks from the Internet

High Performance Oracle Database Automation

High-Performance Oracle Database Applications

The Handbook of APPLIED EXPERT SYSTEMS

Getting Started with Data Warehouse and Business Intelligence

Beej's Guide to Network Programming

Engines of Creation - The Coming Era of Nanotechnology

e-business Application Solutions Using Java: Volume I

FreeBSD Handbook

From Power Up To Bash Prompt

Functions and aliases in bash

(0) comments

Sunday, January 02, 2005

Macam2 Java

Java Doctor Book in Review, Bab 9.


Tsunami

TSUNAMI -- Animals fled; a warning missed


Iraq

Macam2 video tentang Iraq dan macam2 lagi.

Carta kematian tentera US di Iraq.

Video The Power of Nightmares Part I, Part II dan Part III. Menarik gak.

Mosul: Iraqi insurgents release footage of Mosul bomb attack. Click preview. Video nye agak besar.


US marine killed in Iraq
. Kematian tentera us yg pertama tahun 2005 ini, agaknya. Atau pun yg ini? Entahlah.

Baghdad Burning ada blog entry baru.


(0) comments

This page is powered by Blogger. Isn't yours?